Friday, 30 September 2016

Bunga-Bunga Hujan

Bermula bulan June yang lalu hinggalah kehari ini hujan sentiasa turun dengan lebatnya. Banyak juga pokok-pokok bunga dan sayuran saya mati samada terlebih air atau diserang fungus. Beberapa hari lagi akan masuk bulan.October.  Selalunya peralihan monsun berlaku dalam bulan ini dimana negeri-negeri di pantai timur pula akan disimbahi hujan lebat  namun isyarat hujan mengurang ditempat saya  belum ada menunjukkan tanda-tandanya lagi. 

Antara pokok yang suka hujan dan panas adalah Alamanda. Tidak payah risau tentang dia. Pokok yang sangat lasak dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Lagi dipangkas lagi mengembang jadinya...

Ini pun tahan cuaca juga tapi belalang sangat suka makan daun dan putik bunga...Bila kembang mesti tidak sempurna kelopaknya..

Hujan yang banyak turun musim ini juga membuatkan kemboja saya berbunga tidak putus. Kemboja pink lembut ini kembang lagi..

Begitu juga dengan kesayangan yang harum ini. Kali ini pasu kedua pula berbunga rendah. Dapatlah hari-hari saya mencium baunya...

Manakala heliconia merah kuning ini tidak mampu menahan beratnya sendiri. Merunduk ketanah akibat timpaan air hujan. Banyak batangnya patah. Bersusah payah saya mengikat dan menarik pokoknya dengan tali agar  tidak menyembah bumi.

Thai Jasmine antara yang  tolerate dengan cuaca semasa. Kelopak bunganya sentiasa berada dalam keadaan mekar sempurna sehingga gugur kebumi. Tidak layu. 

Namun ada juga yang tertewas. Sangat menyedihkan. Bunga Mandevilla putih yang sedang subur berbunga lebat sepanjang masa ini tiba-tiba saja mengecut dan beransur-ansur kering dan layu. Tidak pasti kenapa mati mengejut secara tiba-tiba. Sudah 14 bulan bersama saya.

Pokok yang selalu dibelai biasanya begitulah ragamnya sedangkan pokok zinnia merah menyala yang terabai  begitu saja di homestay sebelah cantik pula kejadiannya. Ini adalah zinnia terakhir saki baki dari benih yang saya tabur tahun lepas sebelum rumah ini  disewakan. 

Thunbergia kuning ini sangat cantik dan comel.

         Namun tidak mampu melenyapkan kekecewaan saya pada kakaknya yang juga tertewas. Black eyed susan yang saya ambil benihnya di Cameron pada tahun 2014.

Plambago biru kali ini tidak meriah berbunga akibat terlindung dari cahaya matahari penuh.

Pada masa yang sama hydrangea saya makin menyusut kelopaknya. Bunganya tidak membulat bagai dulu. Mungkin faktor umur agaknya. Harus buat sesuatu ....belasan tahun sudah...

   Crossandra oren ini mampu hidup subur walau menyelit dicelah pokok lain dan berkongsi pasu.

Kekwa kuning pemberian kawan...setelah lama mencari bunga ini akhirnya dapat juga. Orang dulu-dulu suka tanam pokok ini. Belum lengkap tanpa warna putih dan purple juga pink. Setakat ini dulu. Selamat bercuti dan berhujung minggu untuk semua. 


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!




34 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala..
    SubhanAllah...cantik2 bunga yg kakak miliki...tenang hati tengok. Rasa mcm nak belai2 je bunga2 di laman kakak ni...semua pun cantik2 belaka...terus rasa nak tanam zinnia tu, cantik sangat! Emak Julie pun minat sangat dgn bunga kekwa ni kak, bunga legend ni hihi....have a great weekend kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie..Kak pun geram tengok pokok zinnia ni. Tak pernah baja apa pun tapi pokok besar. Bunga macam dalam gambar la...

      Delete
  2. Aduhai ketuk pintu, bagi salam kat rumah Kak Mala ni mata terus segar bugar. Bibir pun terus senyum disajikan keindahan bunga yg berwarna-warni. Cantik sangat sampai kakak rasa macam bunga plastik even yg kena gigit belalang pun tetap menarik dipandang mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada cantik mana Zakie...banyak pokok bunga yang mati. Kak ni satu kelemahan tak pandai nak susun hias laman. Main tanam saja...pastu pening kepala tengok serabut

      Delete
  3. Ya Allah, seronoknya duk kebun kak.
    ni bru bersantai dlm blog..kalau betul2 dpt duk kat kebun ni...bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB..dalam blog saja cantik..kak luar serabut pun..hehehe..

      Delete
  4. Banyaknye bunga. Cantik2 pulak tu.
    Kt sini masih kurang hujan dan cuaca agak terik pada siang hari.

    ReplyDelete
  5. Sini pula dah masuk 5 bulan hujan..banyak betul hujan kali ni. Tahun lepas kurang, panas yang lebih.

    ReplyDelete
  6. Segarnya...rasa macam dok dalam taman bunga...semo lawa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana..kalaulah pokok2 yang kak beli tak mati, hidup semuanya..mmm..barulah jadi taman. kalau sekali pikir..memang terasa rugi...tapi bila dah tengok pokok bunga depan mata...dah dub dab hati..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    tenang dan segar mata tatkala berkunjung ke sini. Kalau betul-betul duk di dalam taman tu, hmm tentu lebih tenang gamaknya. Rasa nak berlari-lari di celah pokok-pokok tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya taman kak ni serabut Abu...kak lah orang yang paling tak pandai nak deco rumah & laman...

      Delete
  8. Pokok bunga alamanda tu dulu ada kat rumah bapak bunda, arwah mak yang tanam, tapi dah lama tak nampak, nanti bila balik kampong nanti nak tanya bapak. Kalau masih ada bunda nak ambik benih .. cantik..bunga dia besar2.. seakan2 bunga trumpet kuning tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamanda ada banyak color KN. Dulukala kita biasa tengok yang warna kuning saja.kat rumah kak saja ada 5 color...

      Delete
  9. It's always nice to see such beautiful flowers!
    I admire all your blooming beauty!
    Greetings

    ReplyDelete
  10. Kat sini dah mula terik... kat kampung banyak pokok mula kering.. lebat betul alamanda pink tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pula tak tau bila nak masuk musim panas. Rasanya hujan lebat ni berlarutan sampai tahun depan kut.

      Delete
  11. Wow! cantik nye! Kekwa pun ada? memang ada koleksi bunga yang hebat! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekwa kampung ni..tahan panas. Ada lagi color lain yang belum dapat

      Delete
  12. wah cantiknya bunga2 akak.. mesti laman rumah akak cantik macam taman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada cantiknya Imm..semak sebab tak berapa pandai nak menyusun atur

      Delete
  13. Ky suka pokok alamanda tu..teringin nak menananm. tapi sampai saat ini belum terbeli lagi benihnya..
    masuk blog Mala ni memang teruja melihat bunga2 yg cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SElalun Alamanda ni depa jual pokok dia, anak benih tak nampak orang jual pun walaupun ada..

      Delete
  14. Iya teringat masa zaman kecik ada satu ketika orang suka tanam kekwa.
    Ada jenis bunga kekwa boleh dibuat makan.
    Pernah dulu bekas murid saya di Jepun ajar cara masaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan ya Diana..dulu2 kekwa & dahlia banyak ditanam di kampung. Hidup subur & cantik pun. Arwah mak dulu cuma pakai tanah bakar, air beras & air ikan saja. Sekarang tak jumpa dah dahlia kampung. Kalau ada yang dari cameron...balik rumah tanam bunga tak keluar pun...

      Delete
  15. bungA Kaler pink tu mcm comel je.. bunga apa tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga hydrangea atau 3 bulan. Ada juga orang panggil siti zubaidah.

      Delete
  16. Assalamualaikum,
    saya berminat dengan Thai Jasmine tu..mcm mana cara tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Normah.
      Thai Jasmine tu boleh tanam dengan biji benih atau keratan ranting.

      Delete