Saturday, 22 October 2016

Senduduk Putih & Senduduk Biru.

Lama juga mecari senduduk putih ini cuma baru bulan lepas saya terserempak di pasar tani berdekatan perumahan.  Saya berminat bukan kerana  ia mempunyai nilai perubatan tradisional atau kerana dia sering di kaitkan dengan alam mistik dan cerita misteri tapi kerana saya berkenan dengan bunganya yang comel  dan cantik untuk dijadikan pokok hiasan.

Selepas tiga minggu bertukar pasu, putik sulung mula muncul di setiap hujung dahan. Pokoknya pun kecil sahaja,  tidak sangka begitu cepat dia berbunga.

Kembang sudah. Saya tempatkan dia bersama pokok lain berdekatan pintu masuk rumah....hanya selepas beberapa hari selepas itu saya terjumpa info yang agak mengejutkan mengenai pokok ini dalam satu perbincangan di fb. Katanya pokok ini tidak wajar di tanam di kawasan berdekatan rumah kerana ia selalunya menjadi kesukaan makhluk tertentu untuk menumpang.  Di sertai lagi komen-komen oleh mangsa kejadian. Betul ke ni....Eeiii...seramnya....

Kemudian saya beli pula senduduk biru ini di ekspo pertanian semasa balik kampung. Ini abang kandung saya yang belanja. Murah RM10 sahaja. Pokoknya pun besar dan penuh dengan kudup.

Saya harap bila kembang penuh nanti ia akan jadi meriah begini. Membiru. Gambar ini saya ambil di Bukit Bendera awal tahun ini.

Tapi tak menjadi pun...masa mula kembang kelopaknya cepat terlerai bila di sentuh.

Mungkin kerana faktor hujan yang turun berpanjangan. Ini kira bonus dapat ambil gambar dua kuntum bunganya kembang dipagi hari. Yang selebihnya gugur begitu cepat.

Manakala  senduduk pink terang jenis menjalar ini sudah lama menjadi penghuni tetap kebun.  Tiada ruang dan cahaya yang mencukupi untuk gantungkannya di ruang depan rumah. 

Tanpa perlu penjagaan rapi senduduk jenis ini mudah menyesuaikan diri walau di atas tanah yang tidak subur. Setakat ini saya tidak mempunyai info awal mengenainya. Mungkin ada antara kawan-kawan yang tahu boleh kongsi bersama di sini.

 Dalam koleksi terdahulu senduduk ungu terang ini cukup tahan cuaca. Kelopak bunganya sentiasa bertahan dan tidak mudah terlerai walau dalam hujan lebat. Sentiasa meriah berbunga. Namun tidak tahu dimana silapnya, seperti  juga pokok Mandevilla senduduk ungu ini tiba-tiba beransur mati semasa sedang berbunga penuh.

Pun begitu masih ada beberapa jenis warna yang belum saya lengkapi. Antaranya jenis yang dwi color ini tapi belum ada jodoh bersua. Mungkin satu hari nanti. Jujurnya saya menanam kerana suka dan saya harap saya tidak di selubungi misteri dengan senduduk putih yang masih ada di ruang depan rumah....simpang malaikat 44...


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!












34 comments:

  1. InsyaAllah tak de apa-apa Kak Mala.
    Macam orang kata pokok ciku jin suka.
    Tapi jin pun macam manusia ada yang baik ada yang tak.
    Setakat ini okay sahaja pokok=pokok ciku tu banyak peminat di belakang.
    Binatang kan lebih peka dari kita kalau ada benda halus tak nampak.
    Binatang dekat kebun belakang kami tu okay je suka cari makan bawah pokok ciku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Diana..cuak juga dengar baca cerita2 mcm tu...pastu banyak pula komen orang yang kena ganggu. Mudah2an tidak ada apa-apa.

      Delete
    2. as slm, maaf tanya saya nak 21 bunga senduduk putih utk rawatan boleh puan bantu

      Delete
    3. Salam. Minta maaf time senduduk berbunga sudah habis. Kena tunggu lain waktu tapi tak tahu bila waktu dia nak berbunga lagi.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Senduduk putih, tak jumpa di tempat saya. Saya menemuinya pun semasa menyertai xpdc mendaki gunung tahan beberapa tahun yang lalu. kalau di pasar tani memang takkkan jumpalah rasanya. Yang warna pink tu biasa sangat dulu, keliling rumah pokoknya. Tapi sekarang ni pun payah juga sebab banyak yang dah diratakan untuk dinaikkan perumahan. Yang warna biru tu hari ni baru saya tahu...macamana saya mahu mendapatkan senduduk yang warna putih dan biru tu? Akak jual tak anaknya....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu,
      Senduduk ungu yang hutan punya memang banyak kat tempat kak tetapi senduduk biru & ungu tanah tinggi ni kena beli kat nurseri. Yang putih tu kak beli RM10 sepokok. Kak tak jual Abu.Minta maaf. Beberapa kali dulu try semai batang senduduk ungu tapi mati. Jenis ni susah ada biji benih

      Delete
  3. Laaaa, baru saya tau ada senduk berwarna2.

    From:

    http:biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. *senduduk

    From:

    http:biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi melawat Encik Adam. Saya pun baru setahun dua ni tahu senduduk ada pelbagai color. Kalau tak duk ingat senduduk yang dalam semak tu saja...

      Delete
  5. Senduduk ada yang multi color? I hanya pernah lihat warna unggu je! Waktu zaman kecil dulu, banyak pokok nie kat tanah lapang! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu ikut makan buah senduduk hutan yang masak. Habis gigi jadi blue black...

      Delete
  6. Pokok2 senduduk ni ada nilai herbanya.

    ReplyDelete
  7. mak ky dulu petik daun senduduk untuk basuh ikan darat untuk mengeluarkan lendir pada ikan. dikata akar senduduk putih boleh merawat masaalah dalaman wanita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akar senduduk boleh merawat masalah dalaman wanita. Senduduk hutan juga berfungsi khasiat yang sama. Yang cuci ikan ni kak baru dengar..thanks for the info.

      Delete
  8. warna dia memukau sehingga boleh membuatkan peminat bunga tersenyum sorang2 neh..

    ReplyDelete
  9. Cantik rupanya bunga senduduk ni ya. Baru tahu. Terima kasih kongsi gambar pokok senduduk cantik ni cikpuan :)

    ReplyDelete
  10. Cantik rupanya bunga senduduk ni ya. Baru tahu. Terima kasih kongsi gambar pokok senduduk cantik ni cikpuan :)

    ReplyDelete
  11. Kalau dekat kampung kakak belakang rumah tu meliar dia tumbuh sendiri. Tapi memang betullah Kak Mala ada org dtg tu nanti dia cabut bawa balik. Dulu masa arwah mak ada dia memang aplikasikan utk kami tapi tak tahu motif utk apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua2 dulu memang banyak ilmu herba ni Zakie. Untung sekarang kesedaran menapak kembali. Baik dari segi makanan, minuman atau ubatan semuanya beransur balik to nature.

      Delete
  12. bila dah ada dua tiga jenis warna senduduk tu, memang nampak cantik sangat..suka colour purple tu....
    *salam perkenalan, sy follow :):)

    ReplyDelete
  13. Cantiknya, tak satupun senduduk tersisa di kebun kami saat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah kematian senduduk ungu itu. Setakat ini belum teserempak orang menjualnya. Kalau jumpa mau beli lagi.

      Delete
  14. Salam akak.boleh saya tahu kat mana nak dapatkan pokok senduduk putih ni.

    ReplyDelete
  15. Salam akak.boleh saya tahu kat mana nak dapatkan pokok senduduk putih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      adik boleh beli on line dekat Kaseh herbs nursery 2..cuba add face book dia

      Delete
  16. Banyak rupanyer warna2 senduduk ni, yang KN tahu senduduk purple ngan puetih jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kn kita cuma tahu senduduk hutan yang purple & putih saja.

      Delete
  17. salam sis nk tanya..pasar tani sis tu kawasan mana?pnh jmpe senduduk unggu tanah tinggi kt cameroon highland aritu tp tanam, x hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di Langkawi. Cuba adik masuk fb atau page peniaga online. Diaorang banyak jual

      Delete