Mmmh! itulah yang terjadi. Kebun saya start beraya dari awal bulan puasa hinggalah kelmarin. Sebulan lebih. Raya sakan dari tuan dia. Puasa tahun ini memang saya tidak peduli langsung pada kebun. Cuma sesekali saja masuk kutip saki baki sayuran yang ada.
Akibatnya....inilah yang saya dapat. Kebunraya. Saya sendiri tak tahu nak start kat mana dulu. Semak mata tengok, semak lagi hati di dalam. Rumput dah penuh menjalar setiap penjuru. Dah tenggelamkan sesetengah pokok bunga pun. Hujan yang kerap turun juga membuatkan tanah kebun becak dan tidak selesa berjalan.
Akibat lama bergenang air, banyak pokok bunga yang mati tanpa sempat dipulihkan dan juga dimakan siput babi. Bukan saja siput, ulat & serengga pun membiak di merata pokok. Rama-rama pun banyak dan happy terbang saja nampaknya.
Walaupun sesetengah pokok mati dan dimakan siput tapi alhamdulillah pokok daun sup ini eluk saja membesar dalam rimba rumput.
Fikir-fikir. Mulai bulan ini saya akan minimumkan pembelian dan penanaman pokok-pokok bunga. No more on line booking! ( boleh percaya ka..) Kekalkan bunga mana yang ada cukup. Lepas beberapa hari balik dari kampung, saya demam hampir seminggu lamanya. Demam saya pelik sikit kerana saya mudah mengantuk dan akan tidor siang & malam.
Akibatnya kebun saya makin terabai sehingga ada orang ambil kesempatan masuk dan mencuri benih bunga giant zinnia saya. Geram sangat rasa hati kerana saya memang menunggu masa saja benih bunga tersebut kering. Ada juga orang nampak walau duduk dalam semak. Mungkin kerana warnanya yang terang dan saiznya yang sebesar muka cawan. Dia tinggal sekuntum yang kecil saja untuk saya. Yang besar-besar dia kebas.
Berbalik pada kisah demam. Saya rasa demam saya berjangkit dari Si Tome. Kami sama-sama demam dan sama-sama sekatil tidur siang dan malam. Badan dia pun sangat panas. Hubby ambil air kelapa muda buat penawar demamnya. Saya pula ambil daun galak kucing rebus dan mandikan dia. Dua hari kemudian kami sama-sama sembuh setelah seminggu asyik tidur. Gambar atas, Qaseh asyik memanja Tome walau puas dilarang.
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Very nice photos!
ReplyDeleteThanks Birgitta.
DeleteMy vegetables garden become bushy and abandoned.
apa kabar kak mala?
ReplyDeletesemoga demam dah sembuh
geram pulak saya baca kisah sipencuri benih bunga tu
Kabar baik Kam. Dah sembuh demam pun. Baru dua hari duk pugar kebun. Buat sikit2. Memang geram kalau ingat pasal bunga tu Kam. Menyesal kak tak petik awal masa balik kampung aritu.Tak ada rezeki. Marah2 pun halal juga kat dia.
DeleteAik, sama demam dengan 'kucin' ka? Saya tak pernah tau yang kucin demam lagu kita...padahai ada 3 ekoq punya Marina kat rumah! Get well soon..
ReplyDeleteAha Uncle, kucing memang demam pun. Selama bela si Tome dari kecil dah 3 kali dia demam. Saya belum lagi bawa dia pi cucuk kat vet. Cucuk anti virus dan bagi makan ubat cacing. Kali pertama dia demam dah nazak sampai mata pun dah jadi kelabu. Menantu letak depan sejadah dan berdoa. Tak tau lah apa dia doa. Esuknya pulih.
DeleteSALAM MALA MOGA DEMAM DH SEMBUH N KEMBALI GIAT BERKEBUN...
ReplyDeleteSalam Paridah. Terima kasih dah kebab demam pun. Dah masuk kebun cabut rumput sikit2. Hujan tak berhenti sini. Tahun ni nampak gaya musim hujan sangat panjang.
Deleteselalu berangan nak ada kebun sendiri. seronok. boleh tanam macam2. selamat hari raya kak. :)
ReplyDeleteSelamat hari Raya buat Ain juga. Sekarang kebun orang tanam dalam pasu saja Ain. Tak ada tanah pun tak apa
DeleteSeronoknya ada kebun....bunga bunga pun cantik jer...lepak lepak kat kebun pon best..hehe
ReplyDeleteDah tak boleh nak lepak sekarang ni Nini. Semak. Nak kena bersihkan dulu.
Deleteit isn't a surprised to see your garden in that state. due to bulan puasa. even my small garden became worst than yours. sometimes we forget that a farm is a manipulative creature. there is no such thing as work finished. Work comes in a stream and has no end. let us do it now, or some living things will suffer or die.
ReplyDeleteYou're absolutely right Cik Adam. Kita memang selalu lupa yang dibiar tu semua benda hidup. Dah start merumput pun saya tapi itulah musim hujan pula. Its raining all day long.
ReplyDeleteSaya pun nak mula berkebun semula. Dah lama terbiar. Tanah tak luas tapinoklah kalau setakat nak tanam ulam, dgn sikit sayur.
DeleteOh dear, Normala, you really have a lot to do with those weeds but I am sure the ground will be covered with lots of beautiful blooms again soon. Meanwhile, take it easy and enjoy the process ;)
ReplyDeleteYa Steph, so harworking. Its take a lot of energy. I pulled the grass with my hands without any tools. This is because i'm looking for the seedlings that may grow from the seeds that I forget to pluck. Lucky there are those who grow. Only so far the butter daisy is gone.
DeleteNasib baik orang tu tinggalkan sekuntum untuk Mala buat benih! Happy Weeding balik Mala!
ReplyDeleteYa betul Malar. nasib ada dia tinggal yang kecil tu tapi benihnya tak mungkin sebaik yang besar kan. Terima kasih Malar, sekarang memang tengah menyemai benih sayuran semula.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteWah beraya sakan nampaknya akak Mala sampai bersemak kebun, hehehe... Lama sangat beraya sampai bunga ada orang 'tolong' petik, mujur juga ditinggalkan sekuntum. Insya-Allah, yang sekuntum itu akan menjadi paling baik benihnya...
Rasa belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat akak mala sekeluarga...
Salam Abu, kak balik kampung sekejab saja tapi kebun tu biar dari bulan posa lagi. Itulah yang semak samun sampai orang masuk tu...
DeleteMasih dalam demam raya ke. Tak ada cerita pasal kebun pun
ReplyDeleteDah boleh menyawa sebelah hidung dah...Tinggal lagi separuh nak bersih kebun tu. Sekarang tengah rancak duk semai benih sayur. Tadi tengok filem hindu pasal racun yang digunakan pada sayuran...dari mula tanam sampai saat nak dijual penuh disembur racun. Adoi...janganlah kat Malaysia mcm tu juga kan...
DeletePetanda kebun yang amat productive dan subur tu Kak Mala.
ReplyDeleteKalau di Eropah kebun in full swing diorang bilang hehehe....
Diana awal puasa kena hari tu, mentally exhausted ambil cuti 2 minggu dari kerja duduk dengan anak-anak di rumah. Beberapa hari tidur siang je lalok sangat.