Sunday, 18 February 2018

Adios My Heliconia!

Sayang tapi terpaksa. Tidak dapat diselamatkan demi untuk sebuah perubahan kecil tapi amat besar pengorbanan yang terpaksa di terima oleh pokok-pokok kesayangan saya. Untuk ruang sempit ini heliconia dan sireh hampir mendominasi keseluruhan ruang. 

Heliconia adalah pokok terawal yang saya tanam diatas tanah. Manakala pokok bunga lain  kebanyakkan  didalam pasu jadi mereka terselamat. Cuma di pindahkan kekebun saja.

Saya suka pokok ini kerana warna dan keramahannya berbunga tidak kira musim. Sentiasa ada ceriakan laman. Lepas ini tiada lagi bayangannya dilaman depan.

Dinding tempat heliconia bersandar akan disimenkan. memang tidak ada pilihan selain daripada dibuang pokoknya.

Saya upah orang untuk menebas dan mencungkil ubinya yang tertanam kemas dalam tanah. 

Sebahagian yang ditarik keluar. Saya beri kepada kawan-kawan yang berminat. Satu dua ketul saya tanam dikebun. Selebihnya kering begitu saja. Saya rasa sangat bersalah tapi kat mana lagi harus saya letak mereka ini. Terlampau banyak.

Dah bersih  tapak ini. Saki baki ubi yang ada dibiarkan saja terbenam kerana ruang ini juga akan disimenkan. 

Saya sentiasa sayang pokok-pokok tanaman saya. Biar pun mereka sudah mati atau pupus saya tetap mengenangnya melalui photo yang saya simpan disini. Inilah tujuan sebenar saya berblog pun. Untuk mereka dan tatapan saya dan tatapan  anda semua juga.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!







20 comments:

  1. blog percuma spt blogspot, wordpress dan sebagainya memungkinkan segala coretan kekal selagi tidak dipadam oleh empunya blog ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BroRi... Dengan berblog ni kita blh simpan sebanyak mana gambar dan memori.

      Delete
  2. Replies
    1. Harap yang saya tanam semula dikebun akan hidup.

      Delete
  3. Sayang nya. Harap ia dapat hidup di kebun dengan subur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sayang sangat. Dah berpuluh tahun umurnya. Saya bawa dari rumah sewa lama saya. Saya tanam dari tahun 1995.

      Delete
  4. pokok ni senang membiak kan kak mala...saya pernah tanam dalam pasu..akhirnya pasu pecah dek akarnya

    ReplyDelete
  5. Memang senang membiak yang jenis ni. Ada satu lagi color pink campur hijau..yang jenis tu susah membiak. Boleh tahan harga saya beli. Dah tinggal 2 batang ja lagi hidup segan mati tak mau.

    ReplyDelete
  6. Okay la tu ada tanam kat kebun. Sekurang-kurangnya pokok tu tak pupus terus. Saya ada jugak tanam dulu tapi dalam pasu. Dah saya buang sebab tanam dalam pasu, dia tak berkembang sangat. Pertumbuhan macam terbantut dan bunga yang keluar tak cantik mengurai.

    Sama la tujuan berblog macam saya. Simpan segala kenangan dalam blog. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Betul tu kalau tanam dlm pasu dia jadu kecil bunganya.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Cantik sangat bunganya. Tiba-tiba saya pula yang rasa..."eei, sayang pula pokok tu" Tapi nak buat macamna.. harap2 yang di tanam di kebun tu tumbuh dan hidup subur menggantikan yang dah dicabut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Abu.
      Memang betul. Rasa sayang. Kalau blh saya ta mau buang walau seinci pun pokok2 tu tp tak ada pilihan.

      Delete
  9. Mama mcm.tu juga kak.. sayang pokok Dan kdg2 ckp dgn pokok tapi x pandai sgt bercucuk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak minta maaf dulu sebelum buang. Rasa bersalah dan kesian.

      Delete
  10. Wah!Cantik bunga ini,nampak masih work in progress.

    ReplyDelete
  11. Allah, sayangnya Kak Mala, ana faham sangat apa yang Kak Mala rasai, ana pun kalau terpaksa korban kan pokok-pokok ni memang sedih, tapi tu lah apa kan daya, tiada yang kekal di atas dunia ni kecuali DIA.. kalau dekat nak ana ambil benihnya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Sampai sekarang masih duk rasa bersalah sbab dah berpuluh tahun tanam. Bawa dari rumah sewa lama dulu.

      Delete
  12. Mcm mercun pulak bunga tu NS . Dari jauh dah mencuri pandangan org yg tengok.

    Nak buat mcm mana, terpaksalah nampaknya kena korbankan bunga kesayangan, renovate punya pasal hihi

    ReplyDelete
  13. Ada juga satu batang sulur lama heliconia muncul dicelah batu.

    ReplyDelete