Awal bulan lepas saya balik kampung untuk ziarah kasih. Dalam masa terhad tu sempat lagi saya melawat nurseri untuk membeli pokok teratai yang sekian lama saya idamkan.
Tapi biasalah bermula dengan teratai saya pulang dengan empat beg plastik besar berisi pokok bunga.
Sebelum ini saya pernah membela teratai kampung. Sekali sahaja berbunga kemudian ianya mati. Kerana minat saya beli pula melalui on line malangnya bila sampai batangnya hancur. Mati juga. Tidak putus asa beli pula biji benih. Bercambah dua tiga biji dalam air tapi bila dipindah kepasu mati lagi.
Setelah mengalami beberapa siri kekecewaan akhirnya inilah hasil yang saya dapat tiga minggu kemudiannya. Kudup berwarna pink ini muncul anggun menonjolkan kelopaknya yang tersusun indah. Senyum saya melebar ke telinga.
Namun sesuatu yang tak dijangka terjadi. Seminggu kudup ini tidak kembang dan terbuka kelopak seperti sepatutnya sedangkan kelopak luarnya mulai gugur satu persatu ke bumi. Mungkinkah kerana cuaca yang terik memberi kesan ke atasnya. Frust juga rasa..
Akhirnya hujan lebat turun dua hari berturut-turut. Rahmat tuhan. Malam Jumaat lepas kelopak bunga ini mulai terbuka. Paginya saya bangun dengan penuh keterujaan. Mmm... Kembang juga kau ya..
Beginilah indahnya kelopak teratai/lotus Thai ini bila ia kembang sepenuhnya. Walaupun tidak kekal lama namun keindahan bunganya cukup menawan hati. Saya masih mahu membeli lagi warna yang seterusnya. Warna putih. Tunggu balik kampung pula bula depan.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening