Tuesday, 9 April 2019

Chrysanthemun - Kekwa

April. Cuaca ditempat saya masih lagi panas dan garing walau hujan sudah mulai turun sekali dua.  Cukup untuk meredakan haba hangat  tanah dikebun. Sekarang sudah masuk monsun peralihan jadi sesekali ribut dan petir menyusuli hujan yang turun.

Minggu ini saya mau bercakap pasal kekwa. Ini antara bunga legend yang saya berusaha cari dan tanam. 

Saya berlajar tanam kekwa dari seorang kenalan fb. Mesra dipanggil Vin. Beliau seorang lelaki pencinta bunga yang menanam dan menjual bunganya dari rumah. Bunga yang dijualnya seindah bunga dari luar negeri. Terpegun dan kagum saya melihat hasilnya.

Menurut Vin kekwa boleh dibiak melalui keratan ranting yang dijual dikedai bunga  tapi harus mengikut kaedah yang betul step by step. Bermula dengan penyediaan medium hingga ke penggunaan baja. Saya terus mencuba.

 Berbulan menunggu akhirnya....lahirlah bunga pertama. Hulala... Happy sangat. Walaupun begitu saya masih mengharap agar dapat menanam pokok kekwa kampung yang tahan lasak.

Hajat termakbul. Saya dapat kekwa kampung ini dari sesaorang ditempat sendiri. Happynya tak terkata. Rupanya masih wujud lagi versi kampung ini ya. Amazing... Ingat dah pupus dah.

Bunga kampung pertama sangat besar dan sempurna. Masa zaman saya kecil dan anak dara arwah mak ada tanam pokok kekwa ini. Warna purple, putih, kuning dan coklat. Sebab itu saya sentiasa merindui bunga kesukaan ibu. Saya berusaha cari dan tanam. Macam juga bunga dahlia. 

Ini kekwa bandar yang ditanam dari keratan ranting berjaya berbunga dengan cantiknya. 

Dari berpuluh ranting yang disemai cuma tiga saja berjaya ke final. Apa pun bersyukur sangat.

Melihat kekwa ini kembang sempurna dengan warna yang merah solid. Berbulan tahan. Habis bunga saya cantas rantingnya. Rawat  supaya subur dan berbunga lagi.  

Saya terus berharap agar dapat miliki kekwa kampung dari lain warna. Rasanya diluar sana masih ada yang menanamnya dan saya akhiri posting ini dengan sekuntum zinnia bersama kupurama. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging



17 comments:

  1. Yang kampung pun cantik yang bandar pun menawan. Suka semua.
    Saya kagum dengan kesabaran Mala menanam dari keratan kekwa hingga berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal pertumbuhannya tersangat lembab. Rasa tak yakin. Derhaka lagi pada petua sifu. Tapi bila tengok mereka berusaha hidup dan berputik mula rasa teruja. Memang memerlukan kesabaran tinggi sewaktu menunggunya besar.

      Delete
  2. memang jarang sy tengok orang tanam bunga kekwa, kalau zinnia tu pulak byak tumbuh liar di keliling umah mertua di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jarang orang tanam kekwa. Selalu ada jual pun time raya saja. Habis bunga pokok pun mati tapi cara yang diajar Vin ini pokok kekal hidup walau habis berbunga.

      Delete
  3. Saya tanam mesti tak tahan lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fida....kak yang dapat hidup begini pun sebab ikut kaedah tanam pucuk dari cutting.

      Delete
  4. Beautiful flowers !!
    Happy weekend !

    ReplyDelete
  5. Wah, belajar dari Vin dari grup kebun bandar tu ke?

    ReplyDelete
  6. Ya cik Azz. Cuba masuk dalam page dia. Hermosa de flora.

    ReplyDelete
  7. Wow Ada bermacam color rupanya tetiba teringat teh bunga plak

    ReplyDelete
  8. bila terlihat kekwa kak mala pasti teringat Cameron Highland kan :) cuma dah beberapa kali juga cuba tanam tak mampu bertahan nampaknya kak mala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Cara yang kawan fb kak ajar tu menjadi juga. Sekarang pokok yg bertiga tu dalam proses untuk berbunga kali kedua.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesiahatan yang baik.
    bunga kekwa.. teringat arwah bonda. dulu arwah bonda selalu tanam yang kaler kuning. tanam dalam tin cat letak atas para depan rumah. Allahu..nostalgianya

    ReplyDelete