Saturday, 11 August 2018

Kebun Anggur Cameron Highland.

Akhirnya sampai juga ketempat ini. Terletak di Blue Valley, kebun anggur berskala kecil ini kepunyaan K.C Kwang & Son. 
Jalan kesini agak berlekuk lekuk tarnya dan sesetengahnya berbatuan. Agak kedalam ladang ini. 

Seronok tak terkata dapat melihat anggur segar bergantungan depan mata. Berketul-ketul buahnya. Masuk percuma tapi awas tidak boleh memetik apatah lagi nak merasa.  Cuma boleh memegang dan bergambar sahaja. Siap ada abang Bangla lagi duk mencangkung jadi spy disitu. 

Ini antara orang yang paling gembira. Adik saya. Beberapa kali datang tak pernah jumpa tempatnya sebelum ini. Walaupun begitu ada satu lagi ladang anggur di Bertam. Di situ buahnya boleh dipetik. Malangnya musimnya sudah berakhir. Kena tunggu musim baru pula. 

Lihat buahnya yang cantik. Bulat ungu kehitaman. Teruja nak beli dan rasa buah fresh dari ladang.  Sepeket berharga RM15 dengan  beratnya 500gm. Menurut anak pemilik, anggurnya boleh dimakan begitu saja kerana tidak disembur racun kimia. Ya kaa....

Pertama kali makan buahnya rasa lain macam saja. Rasa macam manis berjeruk. Eh,  saya mati-mati kata dah terkena. Mesti dah disuntik dengan pemanis tiruan ni. Memasing lepas tu takut nak makan. Takut ada toksid. Menyesal beli sampai 3 peket. 

Setelah di selidik. Dapat info dari grup rupanya ini anggur Kyoho asal dari Jepun. Memang rasanya begitu. Tekstur isinya lembut berair. Kulitnya tebal dan liat. Kena kupas kulitnya baru sedap makan. Lazimnya di buat jus, wine dan  sewaktu dengannya. Patut la pun.... Mmm... Lepas tu pakat pulun makan la kami. Dah hilang takut. 

Selain anggur terdapat juga tanaman tomato dan beberapa sayuran lain. Namun mata lebih tertarik pada pokok labu gergasi yang berkongsi para dengan pohon anggur. Warna orennya begitu terang.

Melawat kesini sebebenarnya seronok untuk bergambar.  Rata-rata berselfie dengan berbagai gaya keterujaan. 

Termasuk dalam senarai selfie terbanyak. Adik bongsu. 

Juga seorang lagi...anak dara kecil ni. Pergi kat mana pun gaya cekak pinggang tetap wajib. Mmm... begitulah cerita ceriti cuti kali ini. Lain kali sambung lagi. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!