Seperti yang dijanjikan ini bunga dari kuntum yang saya pamir pada posting yang lepas.
Ini buahnya yang masak. Rasanya manis seakan jambu merah. Dah masuk kategori buah nadir. Orang lama mesti tahu buah ni. Buah kemunting. Di tempat saya banyak tumbuh secara liar.
Syukur alhamdulillah. Sepanjang tahun ini hampir semua pokok buah yang saya tanam dalam pot berbuah. Limau kasturi ini pemberian dari jiran setelah bertahun tidak menjadi dilamanya.
Saya pindahkan ke kebun. Setelah di tukar pasu dan dibaja, buah mulai keluar bergugus.
Dari Ramadhan sampai sekarang masih berbaki lagi dipokok. Saya rasa ingin biakkan limau ni sebanyak mungkin. Ada permintaan dari kedai runcit. 8rm sekilo harga tolak.
Lemon dikebun pun mulai berlajar berbuah. Kulitnya jauh lebih cantik dari lemon belakang rumah tapi lalat buah pula suka menyengat.
Semasa membelek lemon saya jumpa sarang burung bulbul yang terdedah diranting yang rendah. Ada dua ekor anak yang comel didalamnya. Moga mereka selamat dari menjadi mangsa kucing liar yang selalu masuk ke kebun.
Kutipan hasil pertama lada beberapa bulan lepas.
Saya keringkan dan simpan.
Beberapa hari lepas barulah pertama kali saya rasminya untuk membuat sos lambchop. Saya tumbuk dalam lesung. Harum semerbak bau ladanya.
Manakala dikebun induknya sedang berbuah buat kali kedua. Sebulan lagi bolehlah di petik dan dikeringkan buahnya.
Baiklah semuanya. Saya akhiri posting hari ini dengan kuntuman bunga ros yang cantik ini. Ada masa saya bercerita lagi.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Tengok pokok lada akak tu, teringat kat arwah kakak saya keringkan buah lada hitam untuk saya.
ReplyDeleteDulu kak pernah tanam lada kampung. Daunnya lebih kecil tapi mati bila ubah tempat baru. Yang sekarang ni pokok dari Siam.
DeleteKak mala..teringinnya nk p rumah kak mala..seronok memetik hasil tanaman sendiri
ReplyDeleteAlah Kam. Pokok tanam dalam pasu saja. Nasib orang tak ada tanah. Kebun pun buat atas tanah tumpang. Nanti bila nak dimajukan kelam kabut la kak kena pindah.
DeletePokok kemunting saya mati lepas 3 tahun simpan.. Sekalipun tak merasa buahnya. Nak beli di nurseri boleh tahan jug aharga RM25.
ReplyDeleteLada hitam saya berbuah tak lebat.. adalah 2,3 tangkai sekali buah.. Saya buat ulam muda je buah-buahnya tu.. suka flavor dia masa makan dengan nasi.
Pokok lemon belum nampak tanda nak berbuah. limau kasturi pun kedekut juga buah.. tanam atas tanah tapi jenis tanah batu.. kawasan perumahan kan.. tak subur.. nak cabut masuk kotak polyestrine takut mati pulak.
Sama kat kebun kak ni tanahnya berbatu dan keras. Maklumlah tanah tambak laut. Tu sebab kak tanam dalam pasu atau yong sampah hitam saja.
DeleteYa Allah..
ReplyDeleteSeronoknya tengok pokok tu berbuah. Buah kemunting tu, dah lama saya tak makan. Last makan masa kecik dulu masa tinggal di Kem Terendak.
Saya teringin nak tanam pokok kemunting dan pokok lada hitam tu. Kalau ada anak pokok lebih, boleh tak tolong poskan kat saya. Saya nak beli. Betul-betul teringin nak tanam.
Cik Azz boleh beli pokok-pokok ni kat nurseri on line. Saya belum ada anak pokok lagi. Pokok kemunting tu kawan yang bagi. Pokok lada pula beli kat penjual Siam.
ReplyDeletebetul kak, buah kemuning tu tak pernah lagi saya jumpa :)
ReplyDeleteKak masa kecil tak pernah kenal. Masa baru kawin aruah mak datang melawat kak di Langkawi. Dia yang kenalkan. Dia cakap masa dia kecil dulu itulah buah hutan yang depa selalu makan.
DeleteSuka tgk.hasil tuaian akak. Alhamdulillah semuanya menjadi kan
ReplyDeleteAdalah serba sikit.
DeleteSangat berjaya macam macam hasilnya. Lada hitam pun ada tanam dan berbuah!
ReplyDeleteSaya kategori orang lama tapi tak pernah kenal buah kemuning ni. Bunga macam bunga jambu juga kan.
Saya pun kenal buah ni selepas kawin 30 tahun lepas. Aruah mak yang kenalkan. Masa kecil tak pernah tengok pun cuma duk dengar aruah nenek dengan aruah tok duk cerita.
ReplyDeletetanaman lada saya merana di musim kemarau panjang ini. biasanya banyak buahnya.
ReplyDeleteTempat saya pun akan memasuki musim kemarau tak berapa lama lagi.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteSelamat menuai hasil tanaman akak. Tengok buah kemunting, pokok lada hitam.. tu teringat zaman budak-budak, teringat arwah bonda.. Allahu, terpunggah kembali memori silam.. huhu
Waalaikumusalam Abu. Semoga sihat juga disana.
DeleteKak tanam pokok ni pun sebab kak rindu dekat aruah mak. Semua pokok yg dia suka kak akan cari dan tanam. Cuma satu hajat belum sampai nak pi cari kawan baik aruah.
Berjasa pada tanah mmg akan mndapat hasilnya
ReplyDeleteBetul cikgu.
DeleteTerima kasih sudi bertandang.
Wow! Hasil yg baik,dari lada hitam sampai burung Babul
ReplyDeleteThank you Mr Thomas.
ReplyDeleteI haven't seen birds like that. They look sweet in the nest like that. I also hope they will do well :)
ReplyDeleteYa I hope so Steph.
DeleteNice pictures and story as usual.
ReplyDeleteHarap anak burung merbah tu selamat
Thank you Talib.
DeleteYa burung merbah. Masa tulis tu saya boleh lupa nama melayu dia. Faktor usiakan...merbah kapur.
Nasib kita sama takde tanah...tanam dalam pot aje la
ReplyDeleteTak apa dalam pot pun asalkan menjadi. Itu sudah cukup membahagiakan.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete