Wednesday, 5 April 2017

Koleksi Kemboja - Frangipani / Plumeria

Saya memang minat dengan bunga kemboja. Setengah orang tidak suka kerana beranggapan sebagai bunga kubur. Misteri dan dipenuhi dengan cerita mistik. Dari dulu lagi saya berangan nak ada garden pokok ini depan rumah. Namun hakikat dan kebarangkalian untuk memenuhi permintaan hati bagai tidak terlaksana. Mmmmh...mana mungkin. Laman pun seciput saja....

Walaupun begitu saya tetap meneruskan minat untuk mengumpul pelbagai variety bunga yang sangat cantik ini. Ini adalah pembelian pertama dari Diana  - Kebun Bahagia Bersama sekitar tahun 2013. Yellow Bali Picotee atau Bali Hai. Wangiiii....

Saya beli dua jenis darinya. Satu lagi Bali Red. Harum semerbak juga. Merah bertompok kuning di tengah.

Closed up. 

Pemberian kawan. Tidak tahu IDnya. 

Kebanyakkan kemboja berbau harum. Yang ini  aromanya sangat menusuk kalbu dan dipenuhi nostalgia. Harumannya seakan membawa saya pulang kezaman silam. 

Awal tahun ini saya membeli 6 jenis variety kemboja hibrid. Tidak dapat menahan rasa hati bila peniaga online fb mempamiran senarai bunga yang semuanya menawan hati.  Harga antara RM10-20 sebatang. Kebanyakkan pokok kemboja saya letakkan di kebun sayur. 

Bulan berikutnya saya beli lagi dua jenis. 

Namun agak malang 2 batang pembelian terakhir  buruk sebelum sempat di tanam. Malaysian Black Tiger & Vishnu Gold. Kedua-duanya mempunyai bunga yang sangat cantik, besar & menawan. Risiko yang terpaksa di tanggung. 

Sekarang hujan sedang bermusim. Tidak sedar ada lagi kemboja yang baru ditanam memburuk batangnya. Terpaksa saya usung dari kebun dan letak atas rak bawah porch. Kurang cahaya matahari namun tiada pilihan. 

Ada yang batangnya terpaksa dikerat sehingga kontot. Harapan mau hidup tu 50-50 saja. Sedih juga
namun begitu  tidak sangka ada pokok lain yang sudah berlajar berbunga. Tak sabar nak tengoknya kembang!

Sementara itu cik merah terang ini berjaya membuatkan rasa sedih saya hilang. Beli dari nurseri. Tiga tahun tanam baru nak berbunga. Puas hati tengok. 

Yang paling rajin berbunga....basah dalam hujan. 

Mengorat dari adik di kampung dua bulan lepas.  Masam kelat adik nak bagi pun. Sayang. Saya ambil batang kosong saja. Tiga minggu kemudian terus berbunga cantik. Rezeki. 

Tidak dapat dinafikan saya masih mahu membeli lagi bunga ini. Tak mau fikir kat mana nak letak nanti kepala pusing. Beli dulu bela bagi cantik. Tak cukup ruang esuk kita jual. Di tempat saya pokok ini menjadi kegemaran untuk landskap dan dijual dengan harga yang tinggi. Kalau ada tanah mau saya buat ladang. Setakat ini dulu kita bersiaran. Jumpa lagi dilain hari.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!


37 comments:

  1. Walaupun bukan depan mata rasa wanginya sampai ke sini hehehe....
    Kak Mala keratan baru frangipani jangan bagi banyak air nanti mereput selagi kesan keratannya masih basah. Elok dah kering-kering sikit baru cucuk dalam tanam.
    Kalau musim hujan baik letak bawah porch kut supaya tak bertakung sahaja air.
    Selalu kesilapan propagate kemboja ni lebih lagi jika direndam dalam air memang dia tak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kak tanam ni musim kemarau. Pokok pun eluk saja keadaan dia. Tiba2 masuk musim hujan, batang dia boleh jadi buruk. Ingat dah 3 bulan tanam daun pun dah tumbuh, dia OK. Rupanya tidak...Semua yang kak beli tahun ni batang dia mcm tak berapa tahan. Tapi pokok Diana kak ada tanam semula sebab dah tinggi. 4 pasu semua cantik tumbuh. Masih dikebun. Berhujan panas pun...

      Delete
  2. Cantiknya, Kak Mala! Cuma ada satu kamboja kampung warna pink di rumah yang hampir tak pernah berhenti berbunga walau tak pernah dirawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..saya suka kalau dapat jenis yang berbunga sepanjang masa..yang saya tanam ni rata2nya bernusim

      Delete
  3. CANTIK SEMUA KOLEKSI KEMBOJA MALA DULU2 SUKA JUGA MENANAM BUNGA NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ada laman luas seronoklah tanam banyak pokok ni..

      Delete
  4. I had one this before. Saya buat bonsai. It was so beautiful and lovely. From one single tree, it can have multiple varieties grafted onto it forming a multi variety tree. Pokok plumeria ni kalau di tot it has a higher survival rate. Memang cantik.

    Sekarang dah tak rajin.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya belum pernah tengok pokok kemboja besar ini dibonsaikan.Mesti cantik sangat ka. Yang jenis adenium tu selalu tengok. Pun sangat cantik.

      Delete
    2. Mala,
      Bonsai yg saya maksudkan tu bukannya yg kecik sangat, hingga boleh letak kat meja tv. Bonsai saya tu saya tanam dalam pasu. Ppkok tu tak lah besar sangat.

      Sekarang macam2 pokok irang dah bonsaikan. Pokok durian pun dah rendah. Dah ramai tanam dlam pasu. Buah lebat pulak

      Delete
    3. Ohhh...patut tak besa tengok pun kemboja bonsai...Ya, kawan saya ada bgtau habis berbunga cantaskan saja. Jangan sayang. Baru pokok tu merendang dan tak tinggi.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya juga peminat bunga kemboja, masa kecik2 dulu dalam usia 4 atau 5 tahun seingat saya banyak bonda menanam sekeliling rumah.
    Betul kata akak, bunga kemboja dikaitkan dengan kubur sebab banyak ditanam di tanah perkuburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Masa dulu dikampung orang memang susah nak tanam pokok ni kat laman rumah, abang kandung kak pun tak suka. Adik bongsu yang mendiami rumah tersebut pula sangat suka. So agak berperang mulut jugalah adik untuk tanam pokok ni...akhirnya berjaya juga dia.

      Delete
  6. kak Mala..yg kaler kuning tu sanagt2 cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan wangi..beli dari Diana.

      Delete
    2. saya nak beli kat man pokok ni di jual

      Delete
    3. fb saya affendi deraman

      Delete
    4. Boleh beli dekat page exotic matahari atau fb Ipoh rinson Lim

      Delete
  7. Sekarang pokok2 kemboja ni dah kecik2 aje.
    Kebanyakannya ditanam dalam pasu dan rajin berbunga.
    Kalau mahir boleh buat cantuman baji untuk dapatkan pelbagai warna pada satu pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yang tut punya kut kecil2 dah penuh bunga...Tempat kak susah sangat nak cari kemboja jenis hibrid. Kalau ada yang biasa2 saja tapi mahal harganya. Saya terasa nak cuba buat cantuman baji tu sebab pokok pun dah banyak juga...

      Delete
  8. Cantik betul bunga bunga tu! Seri rumah Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya dah macam mini jungle Malar..hehehe...

      Delete
  9. Saya juga sukakan bunga ini. Apabila ke bali pokoknya ditanam dimerata-rata tempat. Sangat cantik bila diletakkan didalam mangkuk berisi air dan diletakkan sekuntum bunga ini diatas setiap tangga didalam mahupun diluar rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Uncle cantikkan pokok ni buat landskap....Saya pernah terpikir dulu2 kenapalah Langkawi tak mau tanam pokok ni sebagai landskap..macam Bali cantikkan...

      Delete
  10. Hello Normala,
    Beautiful! Hope all those cuttings will root and grow well. I want to see their flowers soon. I am sure they are going to make your garden really pretty and smelling really sweet.

    ReplyDelete
  11. I'm desperately hoping so Steph...I'm prepared them for my new home garden nexy year. Supposed to be this year but budget lari...so just wait & hope again...

    ReplyDelete
  12. Kongsi lah nanti tentang kebun bunga baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...kalau ada rezeki...asyik duk berangan je saya ni Cik Adam...ruang depan tu adalah sekangkang kera...semua pokok nak sumbat kat situ..

      Delete
  13. Gorgeous flowerphotos and and interesting other!

    ReplyDelete
  14. Salam, nk tnya akak beli dekat mne ye? Tgh mncari jgk ni

    ReplyDelete
  15. Beli on line dari ExoticMatahari Nursery Green Mates. Ni page dia. Dalam setahun 2,3 kali juga dia buka order. Macam2 pokok exotic, nadir, luar negara, local & pokok bunga dia jual. Sorang lagi frangipani lim ipoh...dia sentiasa jual termasuk baja penjagaan.

    ReplyDelete
  16. salam kak mala...jual kat saya keratan batang kak yang warna pink kuning pemberian kawan yg tak tahu ID nya tu. gembira saya bila tengok bunganya. Bersinar-sinar mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Rabi'ah. Terima kasih sudi lawat ya..
      Pokok kak tak banyak ranting untuk dijual sebab kak dah kerat dan tanam semula untuk pesanan juga. Boleh beli dengan Diana dari blog Kebun Bahagia Bersama ataudari page EM Nursery.

      Delete
  17. ahhhh tiba2 terasa tertambat hati...kt umah ada smsatu pokok, tp sebab x pandai, skrg pkok tu ada dua dahan yang menjulang ke atas...nk potong syg pulaj sebab sedang berbunga..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis bunga boleh potong pendek. Nantis tunas akan tumbuh leh cantik. Batang yang dikerat boleh semai semula.

      Delete