Friday, 26 April 2019

Rezeki

Pertanian ialah satu perniagaan. Saya tahu. Memang satu masa dulupun bercita nak buka nurseri tapi tak jadi. Suami pula  sering menegur suruh jual pokok.  Banyak sangat katanya.  Nak berjalan pun sangkut kaki. 

Tak tahu nak cakap bagaimana. Memang saya sangat sayangkan tanaman saya. Semuanya untuk mata dan jiwa bukan untuk jualan.  Sampaikan buah pelam pun saya tak sanggup nak jual. 

Tapi pokok mempelam saya ni sangat rajin berbuah. Non stop. Jiran dah puas makan lalu mereka syorkan saya menjual pula dari habis dikebas orang. Mmm....pikir-pikir betul juga. Tak sangka hasil  jualan agak lumayan. 

Bercakap pasal hasil tanaman ni, suami selalu berkata saya tak pandai buat duit. Tahu buang duit saja. Baginya membeli pokok bunga adalah satu pembaziran. Mmm...terasa hati juga. Maklumlah orang dah tak bekerja kan... 

Sedangkan cucu yang kecil ini pun dah berjaya buat income sendiri. 

Kaseh dilamar menjadi model baju raya sedondon ibu dan anak. Ini job pertama Kaseh. Wah...bukan main dia.

Menolak rasa sayang,  akhirnya saya pun mulai iklankan tanaman saya digrup setempat. Alhamdulillah berhasil. Duit perolehan walau tak sebanyak mana tapi bolehlah juga membeli tanah, baja, pasu dan of coz mengkayakan lagi koleksi yang ada.  Itu wajib. 

Bila setiap minggu ada saja orang datang membeli. Suami pun ikut rasa teruja. Sama naik melayan. Kadang-kadang dia yang lebih. Amboiii... 

Pada masa yang sama kami tumpang happy bila Kaseh dapat job keduanya. 

Masih lagi untuk mood raya pasangan sedondon ibu dan anak. 

Manakala saya pula mempelbagaikan lagi hasil tanaman  agar  stok jualan sentiasa  ada.  Walaupun berjualan secara seronok-seronok tapi permintaan terus datang.  

Bermula dari menjual pokok lebihan kini saya mula menyemai lebih banyak lagi. Betul kata suami saya harus pandai buat duit dari tanaman yang ada. Penjagaan dan rawatan pokok pun boleh tahan kosnya.  At least boleh tampung apa yang patut. 

Alhamdulillah rezeki yang  Tuhan beri. Walau kecil tapi kuat. Biar sikit tapi berkat. Jumpa lagi minggu seterusnya. 

OK kawan-kawan, please take care.  Happy blogging & happy  gardening. 






20 comments:

  1. Andai tinggal dekat dengan akak, boleh lah tumbang ambil hasil tanaman akak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... Boleh sangat. Sesetengah tanaman saya wakaf semua untuk jiran.

      Delete
  2. Wow!Dapat hasil dari Mempelam,cutenya cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mr Thomas.
      Memang rasa teruja juga bila boleh dapat duit dari pokok pelam ni. Sebelumnya saya tidak pernah menjual. Lebih suka berkongsi sesama jiran tapi memandangkan kelompok pencuri makin berkembang jadi jiran saya syorkan jual saja buah dari biar masak dipokok.

      Delete
  3. Hati orang bertani sama seperti tanaman yang rajin mengeluarkan hasil (bunga yang cantik atau buah yang lazat). Bukan semata2 untuk mendapatkan pulangan tetapi lebih kepada ingin mengembirakan ramai orang.

    ReplyDelete
  4. Benar WP. Saya kadang sayuran pun biarkan cantik dalam pasu. Sayang nak makan. Syok duk tengok subur menghijau gitu. Menanam ni satu sedekah dan amal jariah bila hasilnya kita kongsi bersama kejiranan. Saya selalu ingat dulu2 0masa muda kurang sedekah bila tua ni macam ni lah caranya untuk kita menambah pahala.

    ReplyDelete
  5. cantiknya Kaseh... Alhamdulillah kak Mala, rezeki dari usaha kak mala tu berbaloi. Boleh buat tambah tanaman lagi kan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana. Cucu tu biasa-biasa saja. Dalam gambar nampaklah gebu. Kat luar kurus cekeding.

      Delete
  6. Comelnya cucu dan selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan selamat berpuasa untuk Tabib juga.

      Delete
  7. Good thinking and happy selling plants, Normala! I am sure many will love to buy your plants. A little 'push' from hubby is all we need to carry on our passion in gardening, LOL. Btw, your grand daughter is super cute!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Steph.
      At first I feel so sayang to let them go especially plants in a big pots and I feel difficult to fixed the price too.

      Delete
  8. Usaha agro Mala nampak nya semua menjadi. Buah mango lebat best nye.
    Grand daughter comel dan berbakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mits.
      Rasanya lagi sebulan boleh lah jual untuk round yg kedua.
      Cucu tu dalam photo nampak gebu. Sebenarnya kat luar cekeding saja.

      Delete
  9. Wonderful photos. The flowers give joy and color to our life.
    Have a nice Sunday
    Maria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou Maria.
      Happy weekend to you too.

      Delete
  10. Alolo comelnya kaseh patutlah jadi model

    ReplyDelete
  11. Cantiklah NS pokok yg daun bulat bulat tu....
    Betul jugak ckp suami tu NS, dpd terkumpul banyak sanagt elok je jual, dapat duir jugak!
    Cantiknya cucu NS...Besar boleh terus jadi model tu NS

    ReplyDelete