Sunday, 19 April 2020

Abu & Kaspin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Kali ini nak bercerita pasal depa berdua ni. Memandangkan mereka juga merupakan sebahagian ahli keluarga jadi apa saja yang berkaitan harus simpan disini sebagai kenangan dan rujukkan.

Setelah mengalami beberapa siri kematian kini yang tinggal cuma Abu dan Kaspin sahaja.

Abu kini berumur dua tahun. Setelah Kaspin bersara dia lah pula yang menemani saya setiap kali ke kebun. Ini gambar tahun lepas.

Dah besar pun sekarang. Masih lagi suka memanjat. Tak sunyi sangat bila berkebun sambil melihat perangai nakalnya.

Pun begitu bukanlah mudah untuk si Abu mendapat  perhatian dari Kaspin.  Hampir setahun setelah kematian anaknya barulah Kaspin menerima Abu mengikut moodnya.

Saya bersyukur kerana dikurniakan hati yang sayang dan belas pada  binatang comel, cerdik dan setia ini. 

Sungguh telatah mereka cukup buatkan kita happy dan ketawa. Ni selepas makan tengahari. Pandai cari bilik ada aircond untuk berehat.

Kadang masuk dalam bilik air untuk sejukkan badan.

Bagi saya fitrah mereka adalah tanggungjawab kita. Selain membela dan memberi makan mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan perhatian.

Walau menatang bagai minyak yang penuh tetap kena marah bila buat silap. 

Antara gambar yang saya suka. Pagi yang lewat. Kaspin kena marah sebab gigit dan tarik rambut saya. Cara dia kejutkan saya bila lambat sarapan. Tengok muka depa berdua yang monyok... Kaspin menjeling ja...hahaha...


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!








31 comments:

  1. ada nya bulus2 ni memeriahkan juga rumah.. memng suka sangat tapi saya alah dengan bulunya. cuma kadang2 tu geram sngt hiraukan juga lepas tu nafas berbunyi.

    kalo da suka kcing tu mmg xleh buat apa.
    hensem2 laaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dengan kucing ni memang tak boleh dipisahkan. Seronok bela depa. Rumah tak sunyi sangat.

      Delete
  2. Saya dinasihatkan doc agar menjauhi binatang disebabkan sakit saya ni..semput,mengah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la bulu kucing ni blh datangkan mudarat pada sesetengah org.

      Delete
  3. Kat rumah wak lagi meriah
    Pn is3 ternak 11 ekor kucing.
    Siang lepas bebas, malam duduk dalam kandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ramainya WP. Meriah la...Saya duk taman tak sesuai nak bela banyak..Kucing kat rumah pun malam masuk tidur dalam. Anjing banyak kat perumahan. Ada waktu2 tertentu anjing ni ramai2 buru dan bunuh kucing.

      Delete
  4. Seronok juga ada kucing kan kak...saya tak suka membelai tapi makan dan minum mesti bagi...

    sekarang kena kurung kucing2 sebab jiran ada mengadu...depa rajin ke sebelah...

    ReplyDelete
  5. Itu la. Sama kat tempat kak. Bagi orang yang tak bela dan suka kucing memang rasa tak selesa dengan kehadiran depa.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana sorry banyak2...kak nak reply tau2 tah macamana pi delete pula. Kelabu mata kut posa2 ni...

      Delete
  7. Oops... how did that cat went up the cupboard sleeping like baby? Cute :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This big cat always perasan she have a cute body...One of her favourite bed.

      Delete
    2. The cat has a cute face too :)

      Delete
  8. Purrr . . .jangan ganggu tilam empuk aircon sejuk . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang berebut nak masuk bilik nak tidur sekali. Penuh dalam tu dengan cucu...tokwan dan depa sekali tido bersama.

      Delete
  9. Manjanya diaorang ni Kucing saya pun baru mati jugak NS... walaupun saya tak berapa sangat rapat sebab urusan kucing mmg urusan anak, tapi saya sedihlah jugak huhu.... Tak sukalah bela kucing, bila menghadapi kemataian, sakit mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni dah tak larat sedih. Anak bongsu yang suka sangat pungut kucing gelandangan bawa balik rumah. Semuanya yang teruk2. Kaknla nak kena hadap semua tu. Si Abu tu masa kecil operate buang ekor. Bila besar operate buang rahim.Jangkitan. 400rm lebih kena.

      Delete
  10. Ahhh... lucunya, kucing saya pun suka seperti itu

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Mala ...lama tak singgah sini..apa kabar. Diharap sehat2 jer..di musim PKP ni.. duduk rumah..jaga dan belai sibulus tu elok2 yer .jangan merayau. Nanti kena tangkap..hehe..😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.
      Terima kasih Nora cuma dua hari ni cirit birit tapi alhamdulillah saya bertahan puasa. Orang tua degil dah perut tu koman tapi makan segala.

      Delete
  12. comelnya lahai dua ekor niii
    saya suka tengok telatah kucing. boring kalau kat rumah takde kucing kan

    ReplyDelete
  13. Yelah NS....rezeki jugak namanya tu bila diberi perasaan belas dan sayang pada haiwan. Dia orang tak kencing merata dlm rumah ke NS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim hujan tengah malam tak dapat keluar kadang kencing juga dalam rumah. Terbabas la tu..

      Delete
  14. Comel semuanya. Zumal sekarang bela kucing2 orang je 🤭

    ReplyDelete