Monday, 23 March 2020

Stay At Home

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat bloggers. 
Cuaca ditempat saya masih panas walau hujan sudah turun sekali dua. Tambahan minggu ini bermulanya arahan duduk dirumah. Tidak ada masalah besar bagi saya kerana saya ni homely type. Tak sempat pun nak boring atau sakit kepala....

Termasuklah mereka berdua ini. Relax ja kerja...
 Minggu ni tak ada pembelian panik. Kecuali barangan basah, stok barangan kering yang di beli sebulan sekali pun masih mencukupi.

Sayuran pun saya kutip apa yang ada di kebun. 

...atau dibelakang rumah..

Hasil kebun dapur tidak pernah mungkir...

Rajin tanam mesti dapat hasil...

...dan sangat-sangat membantu pada waktu-waktu begini..

Kalau ada lebih kongsilah dengan jiran....

Jangan kedekut....berlajarlah berkongsi sebab bila dalam gawat orang akan lebih menghargai.

Roti sehari sebelum expired. Kalau dulu buang  saja tapi dalam musibah ini ramai chef  tak bertauliah berkongsi resepi di fb. Jadi....inilah hasilnya makan petang kelmarin.


 Semuga semua kita dapat mematuhi arahan dan jaga kebersihan. Covid-19 ada dimana-mana. Berdoalah semuga negara kita kembali pulih seperti sediakala.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



32 comments:

  1. waalaikumsalam kak Mala, semoga kita semua akan terus di lindungi Allah swt di jauhkan daripada wabak yang sedang melanda ini, aamiin

    ReplyDelete
  2. Memamg cuaca sgt2 panas membahang skrg..tambah2 saya yg kena mkn ubat 20 biji sehari ni..lg la panas dlm badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Kam banyaknya kena makan ubat. Moga Kam segera sembuh. Take care ya.

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Tak payah beratur kat pasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la WP. Setakat sebulan dua ni rasanya cukup sayuran hijau untuk keluarga kecil kami.
      Take care.

      Delete
  4. Hey, your neighbour is green with envy now! Marketing can be such a chore now with the Cover-19 scare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Since covid-19 my kebun almost visited every day. Most of my neighbours looking for fresh ulam.

      Delete
  5. Banyak nya! Tak perlu keluar rumah untuk ke market. Nak masak pergi saja petik. Senang dan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu dua ni masih mencukupi. Saya pun giat semai semula benih2 sayur agar tak putus bekalan.

      Delete
  6. Beautiful post !
    Dear friend, take care and be safe!
    Greetings

    ReplyDelete
  7. Happy Lockdown! Semoga semua kembali normal selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya harap2 begitu lah Mr Thomas. Saya tidak noring duduk di rumah cuma penat sikit sebab kena lebih kreatif tentang menu.😁

      Delete
  8. Waa bukan pokok je sihat kucing kemain lagi sihat bulat hihii. X rugi berbudi pada tanah kam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la mamapp...sini panas berkuap sampai kemalam. Dia orang ni pun pilih bilik ada aircond untuk tidur.

      Delete
  9. I can see that you don't have buy groceries and greens during this period. Btw it is rather hot nowadays, I wonder if both the cats think the same... hence resting in the comfort of your home ;)

    ReplyDelete
  10. Beside save my pocket,still i can share it with my neighbours even plant it in a small scale.

    ReplyDelete
  11. Assalam Kak Mala.. kali ni dapat pakai laptop dapatla nak komen post akak ni.. kalau pakai fon entah kemana perginya komen saya .. masa keluar arahan pkp saya ada kat Langkawi.. terpaksa kursus sekerat hari je.. esoknya kena balik kl.. nasib ada flight kalau tak kena tunggu hari Khamis.. duk menung je kat sana.. masih tak sempat saya nak melawat Kak Mala bila ke Langkawi.. take care Kak Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mar.
      Amboi lamanya kita tak berbalas berita di blog ya.
      Harap Mar dan famili sihat n please take care.

      Delete
  12. Salam kak mala.. bestnye ada kebun n boleh kutip kat kebun je.. sy pon dlm planning nak berkebun tp dlm pasu je sb xde kawasan (umah flat) 😅

    ReplyDelete
  13. Berkebun ni asal rajin kat mana pun blh. Kak pun blh kata 90% pokok tanam dalam pasu. Ruang perumahan terhad.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat berkebun :) Ada jugak tanam sikit-sikt dkt depan rumah tapi x berapa menjadi. Maybe kene blaja lagi ilmu berkebun nih huhuhu

    ReplyDelete
  15. Berkebun ni tanah eluk benih pun eluk mesti menjadi. Paling penting tuan kebunnya rajin.😁

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah hebatnya kebun , lama sungguh xsinggah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la sikit2 kebun dapur. Yhank you masih ingat kakak.

      Delete
  17. seronoknyaaa banyak hasil tanaman.. suka tengok !!
    part nak petik kutip tu mesti paling happy..

    ReplyDelete
  18. Menariklah karipap roti tu NS hihi....Apa isi dalam tu NS?
    Untung kpd mereka yg suka bercucuk tanam, tak payah susah susah nak ke pasar beli sayur hihi

    ReplyDelete
  19. Karipap roti ni boleh buh inti apa saja. Ikut kreativiti kita. Sedap dan ranggup sebab dibalut pula dgn serbuk roti. Goreng sekejap ja.

    ReplyDelete