Monday, 30 June 2014

Ramadhan Hari Pertama..


Alhamdulillah. Selamat berpuasa kepada semua hari ini. Bermula sahur pagi tadi, saya berdoa agar dipermudahkan puasa dan amalan saya di bulan Ramadhan yang mulia  ini. Pagi hari tadi saya mulakan dengan membelek pokok dahulu. Seperti biasa bunga, daun, ulat dan kupurama adalah sebahagian dari rutin pagi.  

Bermula dengan sambungan cerita Hydrangea terlebih dahulu. Keputusannya kedua-dua pasu berbunga biru juga. Sahlah bunga pink sudah pupus. Agak kecewa. 
   
 Namun tanpa  diduga, selang beberapa minggu kemudian jambak kedua yang keluar dari pasu pertama berwarna pink sedangkan dua jambak yang lain berwarna biru. Miracle!

 Hajat hati dipenuhi. Alhamdulillah. Lihat betapa cantiknya bunga yang tidak dipedulikan dahulu  ini berkembang. Lalu saya mula mencari beberapa lagi pokok yang turut diabaikan selama ini.

Salah satu darinya. Copper leaf bertahun-tahun terperuk di ceruk. Ada secotek ubi dan daun kecil semasa saya jumpa. Sebulan sahaja dibelai, lihat hasilnya.

Contra antara warna bunga dan daun begitu memikat.

Purple Heart. Waktu gambar ini di ambil  bunga comelnya dah layu. Pun waktu jumpa dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Sekarang sudah cantik. Harap selepas ini tiada pengabaian lagi.

Panas terik tiba-tiba disimbahi hujan yang begitu lebat. Alhamdulillah hujan di hari pertama Ramadhan. Sejuk suasana. Kesian pula tengok pokok jambu ini. Sebahagian besarnya  bakal dikorbankan dalam waktu terdekat.

Dalam hujan lebat saya terpandang Heliconia ini, seolah-olah  berteduh dibawah daunannya sendiri.

Memang ralit melihat kecantikkan didepan mata. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kemakmuran ini kepada kita semua. Sebab itu tidak perlu kita membazir dan berlebihan segala.

Masih ramai diluar sana yang susah dan kelaparan. Bayangkan kalau hidup kita diumpamakan seperti kucing-kucing berkeliaran ini. Sentiasa mengharapkan belas simpati pada orang untuk sesuap nasi.

Sebab itu mesti banyak beringat. Terutamanya saya. Bulan Ramadhan kali ini mungkin menuntut lebih banyak kesabaran dalam diri ini . Tidak boleh marah-marah. Kena henti semua hamun dan kata nista. Mesti banyak sedekah.

Dan juga amal jariah. Terimalah sesuatu itu dengan penuh kesyukuran. Jauhi prasangka.
  
Apalagi yang perlu saya katakan....kalau melihat setia menanti dan berharap  begini. Tambahan saudara baru pula ... 

    Sedangkan kesayangan saya ini kekenyangan dan enak-enak saja  tidur lena dipermaidani indah..

29 comments:

  1. I got a Hydrangea and planted it about 2 months ago and broke a limb off but put it in water and now have it in dirt as it sprouted roots and leaves so it must be fairly easy to start new ones. They cost a lot so it is worth the trouble.
    The cats and dogs are well behaved and are living together nicely!

    ReplyDelete
  2. Hi Sunny! Hydrangeas are easily planted through stem cutouts. I'm lucky enough got pink and blue color in the same pot. Hope yours are growing and blooming well.
    Those cats and dogs are abandoned. Pity, so I have to feed them everyday.

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan...
    kucin ngan anjing tu mcm nmpk elok je bekawan....
    kak mala hydrangea blh tnm dgn cutting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kucing tu pun tak suka anjing tu join club depa. Tengok muka dia kat sebelah tu macam terpaksa ja..tapi anjing hitam tu memang cerdik sangat, humble, dia tiru ja gaya kucing-kucing tu melangut depan pintu. Pandang ja kita dengan mata sayu..nak marah pun kesian. Pandai2 lah depa rebut makanan.
      Kak memang tanam hydrangea dengan batang dari dulu lagi, tak tahu pula kalau bunga dia ada benih. Tak pernah kelebek tengok.

      Delete
  4. Salam Kak Mala,

    Arghhhh nak jeles ni! Kak Mala ada hydrangea!! *sob sob sob*

    Cantik colour nya kak. Ini kalau dia letak dalam oversize vase alangkah indahnya! Buat jambangan bungan tangan wedding pun cantik. Ala ala English gitu!

    Banyaknya stray cats and dogs? Moga di murahkan rezeki Kak Mala. Dulu kat rumah saya pun ada seekor anjing liar. Kaki nya sakit and dia duduk tepi pagar rumah saya. Kalau ada makanan saya bagi lah. Selalunya saya kutip tulang ayam yang saya dan office mate makan waktu lunch untuk di bawa balik and bagi ke dia. Makan bulan jugak dia kat rumah saya tu. Bila kakinya dah baik, hilang entah ke mana. Tak nampak dah.

    Selamat menunaikan ibadah puasa ye Kak Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Honey,
      Kak belum pernah cuba kerat bunga ni sewaktu kembang begini. Boleh tahan macam bunga hiasan meja yang lain ke..
      Stray cats memang banyak sangat kat belakang rumah ni..Comel-comel juga. memang selalu bagi depa makan. Cuma anjing saja baru jadi ahli club bulan ini. Stray cats kini terpaksa bersaing untuk makanan.

      Delete
  5. Yang pokok Hydrangea tu saya panggil pokok bunga 3 bulan... sbb lama sungguh bunga kembang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Sud@is dari dulu2 lagi kak panggil bunga tiga bulan. Tengok google rata-rata panggil bunga Siti Zubaidah. Nama hydrangea pun baru tahu ja..

      Delete
  6. Salam Ramadhan Kak Mala.. cerah mata saya nengok hydrandea tu.. alhamdulillah dapat juga sikucing dan anjing tu makan... saya ni penakut sikit dengan anjing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Mar. Hydrangea ni waktu mula kembang memang color dia cantik sangat. Dah masuk minggu kedua tu dah tak eluk sangat dah..tapi walau pun pudar dia tetap tahan berbulan juga dipokok.
      Anjing ni kalau ada abang disitu mungkin tak bernasib baik la diaorang....Kak ni mudah kesian..tambah2 duk buat mata kuyu sedih...cair hati..hehee..

      Delete
  7. Eh tak bergaduh plk kucing dan anjing tu..hihih menawan betul kesemua bunga2 akak...mmg terpesona tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadahn Nadia. Terima Kasih. Bulan puasa ni letih juga nak kena tengok belakang depan kiri kanan...
      Anjing tu pendatang baru, kak tengok dia takut dekat kucing-kucing tu..dalam kartun anjing selalu garang pula..

      Delete
  8. Salam ramadhan kak....cantik bunga hydrangea kakak, esp color pink tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Julie. Terima kasih Julie. Itulah tak sangka dapat juga color pink ini. Ingat dah puitus benih dah. Tapi heran juga yang dua jambak lagi jadi biru..

      Delete
  9. Kak Mala, bunga CT Zubaidah tu boleh tukar-tukar warnanya ke merah jambu sebab dia sensitive dengan pH tanah. Orang nursery letak paku karat di tanah untuk tukar pH tanah jadi bunga bertukar kepada warna merah jambu dari biru.

    ReplyDelete
  10. Tahu dia boleh tukar warna tapi yang kak ni dalam pasu yang sama dua jambak jadi biru satu jadi pink..agaknya sebelah tanah alkali sebelah lagi asid lah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah rezeki dapat 2 warna dalam 1 pasu :)

      Delete
  11. mala, camne nak bagi ct zubaidah tu berbunga? bertahun2 akak tanam tak berbunga..daun jer yg lebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yon, Mala cuma pakai baja yang kawan bagi. Dia cakap baja bendang/pokok getah macam tu lah.. Mala tambah tanah baru. Letak dia kat tempat ada cahaya ( bukan direct sun) lepas tu terus ja dia subur dan bunga. Bertahun-tahun juga Mala peruk dia kat ceruk. Ni start blogging baru upgradekan dia tapi dulu2 pun dia rajin bunga. Masa tu pakai baja daun dan baja merah yang biasa ja.. Mala ingat pokok Yon kena tukar tanah kut..

      Delete
  12. Pokok-pokok itu dulu rumah kakak pun ada tau. Bila nampak rasa rindu balik pulak. Laman rumah kakak ni kecik jadi kena bergilir mana yg tengah musim. Bila fikir balik sayanglah pulak..

    Moga ramadhan ini memberi banyak rahmat buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni Zakie tak banyak ragam sebenarnya tapi memang betul kalau ruang kita terhad terpaksa tolak tepi sesetengah pokok yang ada.
      Ya, semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan di bulan yang mulia ini.

      Delete
  13. Dear Normala,
    I'm touched by your kindness to all creatures; both cats and dogs. The second last photo is particularly poignant where both animals are sitting to attention for a morsel of food. May you receive all the blessings that is due to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Elsie, I cannot simply close my eyes let them waiting expectantly. Deep inside my heart feel so guilty. Often in the middle of the night I've to wake up if I heard a kitten crying, fell down into the drain. I cannot sleep as long as I couldn't find it. Sometime I think it's Ok to be kind to animals rather than doing nothing....

      Delete
  14. Maha Suci Allah, cantik2 kuntuman bunga di halaman rmh mala, Alhamdulillah mala antara mereka yang terpilih memiliki hati yang cintakan alam dan isinya,salam ukhwah dari ana,geramnya tengok cik putih gebu atas karpet tu..

    ReplyDelete
  15. Salam Ana, Terima kasih sudi melawat.
    Si putih tu biasalah, tidur makan tidur....

    ReplyDelete
  16. Nyawa-nyawa ikan? I thought of my money plant that I forgot to water haha... But glad the vine has bounced back like your purple heart. Hope you will get to snap the flower next time. Btw, your surrounding is blessing to many! Those cats, dogs and goat... they look ok though no food hehe...

    ReplyDelete
  17. Hi Steph, Yes nyawa-nyawa ikan..( just imagine - fish without water ) we always used that words regarding to -almost dying- hahaa..bahasa orang tua-tua..
    Yes..how lucky I am, zoo bergerak just infront of my eyes. I have cows, buffaloes, cats, dogs, goat..in my housing area...Had to accept.

    ReplyDelete