Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Covid 19 kembali merebak di Kedah. Walaupun begitu kehidupan di teruskan juga cuma perasaan bimbang sentiasa menghantui apatah lagi virus ini sudah bermutasi dan merebak dengan lebih cepat dan mudah menjangkiti. Semasa rentas sempadan di longgarkan, saya sekeluarga balik ke kampung untuk melihat ayah mertua yang tidak sihat. Masa tu Kedah sudah di istihar bebas dan berada dalam zon hijau.
Masa balik aritu kebetulan durian tengah bermusim. Berderet sepanjang jalan orang menjual.
Puaslah makan durian....
Seronok bila balik kampung begini la....makan ayam kampung...
Bakar lemang....
Seronok Kasih dapat bebas bermain seluruh pelosok kampung. Lepas geram setelah berbulan berkurung dalam rumah.
Saya macam biasa lah.....wajib pergi pasar hari. Seronok tengok ulam-ulaman, sayuran dan tanaman kampung. Macam nak borong semua...haha..
Kuih masih empat biji seringgit dengan sais standard. Tempat saya sebiji empat puluh sen. Dua kali gigit habis...
Menantu...habis hati boleh panjat pokok dan petik buah....
Asam gelugor.
Yang agak ranum boleh dibuat pes.
Rezeki......bawa balik. Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! |
Paste asam gelugor?
ReplyDeleteYa. Rebus atau boleh kukus. Macam pes asam jawa juga.Lebih variati kegunaanya.
DeleteBest suasana kampung begini.
ReplyDeletePucuk asam gelugur boleh campur dalam masak lemak.
Oh saya baru tahu. Lain kali balik kampung boleh suruh kak ipar buat.
Deletecempedak goreng yg sedap., mak mala khannns ;p
ReplyDeleteBetollll....feveret dengan cempedak goreng. Biji rebus pun suka juga.
Deletememang seronok balik kampung..jumpa family, makan makan
ReplyDeletefollow sini #133
Kalau balik kampung mesti naik kilo..dah asyik makan ja.
ReplyDeleteBalik kampung la yg paling seronok...dah tak heran dgn gajet2 dh...kalau saya blk kg rumah kakak di gua musang pasti ajak depa mandi,berkelah kt sungai dlm kebun getah
ReplyDeleteBalik seminggu pun rasa tak cukup.
DeleteSalam kak. Blogwalking di sini. Done follow blog akak. Baru 1st time GV tgk asam gelugor. huhu. seronok balik kampung kan kak. huhu:)
ReplyDeleteTq melawat.
Deletealahai cempedak tu buat serawa dan goreng cempedak tak pun makan mentah...sedapnyaaa
ReplyDeleteKak paling suka gorebg n rebus biji dia..
DeleteNampak durian terus rasa nak makan durian
ReplyDeleteSekarang sini dah habis musim
DeleteSemua favourite tu. Syok nya macam2. Nanti Kak Mala share camne nak buat pes tu la.
ReplyDeleteKupas n rebus saja sampai dia lembut n lembek. Lpas tu tenyeh2 ja bg dia hancur
DeleteMacam2 Ada.. tapi durian Tu yg paling mengundang hihu
ReplyDeleteSaya suka durian kampung yg pahit2 lemak tu
DeleteTake care org utara.
ReplyDeleteTq Mr Thomas.
Delete