Selamat menyambut hari Merdeka. Seperti biasa tiada acara untuk di rai. Hanya duduk-duduk mengenang dan melihat cerita sejarah di tv.
Cuma di hari yang bersejarah ini saya mahu berkongsi rasa kemerdekaan saya pada 31 tahun yang lalu.
Diari lama tahun 89 ini saya jumpa ketika renovate dapur September tahun lepas. Dik sibuk mengemas saya simpan tepi dulu kemudiannya lupa terus.
Semalam waktu cari-cari barang entah macamana terjumpa semula diari lama ni. Sebaik di buka kelihatan sebahagian kertasnya telah dimakan anai-anai namun tulisannya masih jelas dan terang.
Asalnya diari ini kepunyaan cik suami. Catatan terakhirnya ialah pada 22 Feb 1989. Hari pernikahan kami. Jelas terlihat kegembiraanya bila dia menulis penuh semuka tentang hari bersejarah itu. Tulisan pun macam nak cepat sudah saja. Agaknya apa dia rasa hari itu. Tersangat bahagiakah sampai tutup diari terus...
Selepas dia berhenti menulis saya ambil diari dan sambung cerita. Setiap malam sebelum tidur saya akan tulis kisah harian juga luahkan segala rasa saya disitu. Semalam masa menyelak helaian, mata saya terpaku pada tarikh keramat 31 Ogos. Kenapa kosong. Oh..saya tulis dibahagian belakang muka rupanya...Apa yang saya tulis ?
Lalu saya baca satu persatu. Mmmh...tarik nafas panjang seketika. Aduhai...kenapa saya tersangat sedih pada hari tersebut. Kenapa banyak pertanyaan dan kekeliruan dihati saya ketika itu. Dah enam bulan bersama tapi kenapa hati saya tetap rawan. Apa yang terjadi kepada saya ketika itu?
Puas saya putar memori. Mungkin saya belum cukup bersedia atau mungkin ada kisah luka yang saya pendamkan. Sejujurnya saya tidak tahu kenapa saya jadi begitu rawan. Saya rasa mungkin saya menangis ketika menulis sedang suami sudah lama tidor....Betul lah orang cakap masa akan mengubah segalanya. Bahkan juga merawat dan melupai sebahagiannya...
Jadi setelah 31 tahun berlalu pergi....berjayakah saya miliki bahagia di setiap merdeka ?
Saya buat apa yang saya suka dan saya sayang apa yang saya cinta
Jadi berakhir disini kali ini. Saya sudahi dengan assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Staysafe.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Kenangan alahai kadangkala terbawa sampai ke tua.Selamat Menyambut Hari Merdeka. Stay happy always.
ReplyDeleteHappy merdeka to you too. Sentimental value diari ni. Nak simpan elok2 dalam kotak.
DeleteSama macam baca entry blog yang lama2, kadang2 terfikir, apa yang jadi sampai sedih sangat ni..hehe
ReplyDeleteYa Shaz....bila kak baca balik diari tu kak rasa nak ketawa pun ada kenapa aku sentimental sangat dulu...puitis lagi..masa muda kan jiwang sikit..😀
DeleteNasib tak ingat tentang benda yang menyedihkan tu, kalau tidak tak boleh move on sampai lah..
ReplyDeleteSepanjang tahun 89 tu diari saya dipenuhi catatan sedih dan banyak sekali saya bertanya kenapa itu kenapa ini.Hahaha...sekarang ini yang lara itu saya rasa lucu pula.
ReplyDeleteZumal setiap awal tahun semangat nak buat diari tapi selalu sekerat jalan. Tapi ada la yang hampir full masa belajar dulu tapi dah hilang
ReplyDeleteItulah diari terakhir kak. Lepas tu sampai la tak tulis dah.
DeleteHehe
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletemomen terindah pada tarikh tersebut ye.. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke 63.. moga aman damai negaraku
Waalaikumusalam Abu.
DeleteNegeri kak masih di selubungi covid. Setiap minggu ada saja kluster baru yang timbul.
Salam Hari Malaysia Kak Mala,
ReplyDeleteRindu nya dengan Kak Mala.
Blog Diana pun Tenggelam timbul juga ni hehehe sibuk dengan urusan anak-anak yang cepat membesar ni.
Kita selalu move forward kan Kak Mala.
Diana pun banyak benda lupa terutamanya dugaan yang semasa di Adelaide dulu. Lucu pula suami yang selalu ingat kembali.
Kita pandang ke depan.
Waalaikumusalam Diana.
DeleteHappy Diana muncul kembali. Jangan tenggelam terus ya.
Sekarang ni Diana apa yang dukalara dulu bila kita kenang kembali dah rasa lucu pula.
seronok membaca catatan dairi kan...skrg boleh dibilang dgn jari mereka yg menulis dairi ni
ReplyDeleteSaya itulah last yang menulis diari. Lepas tu lupa terus sibuk dengan anak,suami,kerja dan kehidupan seharian.
DeleteMengumbau kenangan bila baca diari ni. Seperti kembali ke zaman Tu Kan..
ReplyDeleteYang airmata dulu dah jadi lelucu pula bila dibaca. Terasa betapa sensitifnya kita masa muda dulu.
DeleteBaca diary lama buat kita rasa macam yang menulisnya itu bukan diri kita
ReplyDeleteBetul...saya sampai rasa kagum kat diri sendiri...indahnya bahasa ayat aku...Maklum la cita2 nak menulis novel tu masih wujud ketika tu.Ayat yang keluar pun puitis2 saja.hahaha...
ReplyDeleteA happy Merdeka Day!
ReplyDelete🇲🇾
DeleteHati pun seakan-akan ikut terusik sama, mencari jawapan berjayakan saya memiliki bahagia setiap kali merdeka?
ReplyDeleteOrang cakap bahagia harus dicipta. Ya saya setuju...jika hanya tidak berjumpa bila dicari...
ReplyDeleteKita perlunsentiasa positive mcm akak
ReplyDelete