Sunday, 6 March 2022

Alhamdulillah....bertemu kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kawan bloggers. Setelah hampir 5 bulan menyepi, hari ini saya bulatkan hati untuk meneruskan penulisan di blog My Green Eyes ini. Tidak sama sekali berniat untuk berhenti tapi semenjak  di duga  dengan beberapa episod kesedihan dalam keluarga,  kesihatan yang tidak baik. On off demam memanjang. Sedikit sebanyak menyentap hati, perasaan dan mood kehidupan saya seharian. 

Tahun lepas saya kehilangan abang kandung dan bapa mertua. Tapi tidak dapat balik kampung menatap wajah aruah. Kesihatan saya cukup merudum selepas dua kali vaksin. Demam, batuk, selsema berulang kali menjangkiti tubuh. Mudah penat dan hilang tenaga. Memang nak buat apa pun rasa tak seronok tapi setiap hari saya tetap bertekad nak bangkit semula. Nak berkebun. Nak menulis. Nak happy. Nak rasa ceria macam dulu-dulu balik. Saya cuba hidupkan aktiviti dengan paparan di fb dulu agar saya tudak 'mati' terus....

Bukan mudah nak gerak semula hati dan mood yang terbantut ni. Berkali-kali saya buka blog tapi tutup balik sebab perasaan nak menulis itu kosong. Puas melawan hati akhirnya semangat tu timbul kembali. Semangat menanam pun kembali pulih. Alhamdulillah. Bunga depan rumah dan ruang dalam kembali ceria.

Aktiviti berkebun kembali menyubur. Cuma ralat satu dua jenis pokok sudah hilang dari radar. Mungkin lama diabaikan dia merajuk terus. 

Waktu saya tidak sihat depa berdua ni tetap menjadi peneman setia. Menempek tidur bersama. Sedikit sebanyak boleh hilangkan kemurungan dan perasaan sedih..

Saya masih terus berharap dan mahu saya seperti yang dahulu. Penuh keghairahan dengan tumbuhan dan kehidupan sekeliling saya atau mungkin kah faktor usia yang membataskan perasaan di dalam atau siri-siri kesedihan itu yang mematikan hati dan naluri...oh kawan, please doakan saya sentiasa sihat.

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening?