Saturday, 19 July 2014

Doa, Harapan dan Tawakal...

Minggu terakhir puasa. Alhamdulillah saya masih lagi dapat bertahan walau pun hajat nak berpuasa penuh sebulan macam tahun lepas tidak kesampaian. Ramadhan tahun ini, kali pertama berdepan dengan ulser kerongkong yang amat menyakitkan. Pekej datang dengan  demam sejuk panas dan tidak dapat makan dan tidur lena hampir tiga hari. Seminggu saya bercuti.
Bila bangun dari sembuh, saya terus bekerja keras mengubah dan membuat apa yang patut dengan tanaman keliling rumah yang bakal ditinggalkan hampir seminggu juga nanti. Memang saya risau amat...semua orang balik kampung, siapa yang nak tolong siram pokok?

Bermula pagi ini saya mulai menutup ruang kosong pintu depan pagar homestay dahulu. Selepas itu pintu pagar rumah saya kemudian petang ini kalau sempat pintu belakang homestay pula. Saya harap Che Kam tidak senang-senang membolosi masuk ke ruang dalam sepanjang ketiadaan saya nanti.  Haraplah.... 

Saya amat risau untuk balik kampong kali ini sebab sekarang saya ada dua laman untuk di urus. Dilaman homestay musim cosmos orange berkembang. Separuh ruang laman dipenuhi oleh bunga ini. Semua pokok-pokoknya merimbun dan meninggi hampir 5 kaki. Daunannya subur menghijau. Tiada serangan ulat atau belalang cuma kupurama saja datang silih berganti menghisap madu.

Di laman ini juga berkembangnya Zinnia dengan warna yang begitu  ceria. Lihat bunga berkembang terubat sedikit rasa sakit yang dibawa..Zinnia tahan panas tapi kalau air tak mencukupi pokok cepat layu...

Kacang bendi yang cukup menjadi. Yang ini saya tidak risau untuk ditinggalkan sebab tahan lasak.

Lihat pokok bunga matahari 2nd batch yang tumbuh sendiri. Punyalah subur. Puasa-puasa ni saya nampak daunnya macam sedap saja.....

Anak pokok salad pertama kali berjaya disemai setelah berkali-kali gagal sebelum ini.

Saya ubah kebekas takung panjang dan tempatkan di depan rumah. Lari dari siput.  Moga-moga membesar sempurna.

Sawi, ulam raja, cili, tomato ceri, kalian dan terung adalah antara pokok sayuran yang sedang membesar di belakang rumah. Bagaimana nasib mereka nanti?


Semaian petunia....jangan mati please......

Semaian morning glory. Berbeza tahap tumbesaran antara tanam dalam pasu dan atas tanah. Berjaya hidup dan  berbunga kah mereka...atau nanti kena order lagi dekat Diana.....

Antara yang paling sayang dan dirisaukan..matahari warna merah. Bagaimana nasibnya nanti..harap-harap bertahan lah...saya nak lihat dia berbunga.

Kastih pun sakit juga, jadi bisul di paha dan perut. Kurus sudah badannya. Dah tak comel.  Sudah dibawa jumpa doctor. Kedua beranak ini sudah tidak risau lagi sebab sudah ada nursery kucing untuk ditinggalkan. Sehari dengan makan RM16.00

 Cuma si comel ini tidak tahu risau apa-apa. Happy saja berposing dengan baju rayanya

  Tidak macam neneknya yang risau segala hal. Siapa nak itu siapa nak ini?....rasa macam tak mahu balik kampong lah pula.Saya  berdoa semoga sepeninggalan saya nanti hujan akan turun hari-hari. Pokok saya tidak kering. Saya berharap  semua pokok-pokok saya sihat,  pandai membawa diri dan bertahan sebaik mungkin. Begitu juga dengan kucing-kucing dan anjing  gelandangan, semoga ada orang yang sudi memberi mereka makan. Tidak boleh fikir banyak-banyak. Perlu tawakal...











31 comments:

  1. Assalam Kak Mala.. demam juga ya! Mungkin saya angkut pokok strawberi balik Seremban untuk raya ni... kesian tengah elok hidup tu... yg lain2 kena tutup pasu dengan tisu basah dan segala macam yg boleh bantu... mudah2an pokok2 saya survive begitu juga tanaman2 akak.... banyak nya cosmos tu hidup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar. Itulah kena pikir cara alternative nak selamatkan pokok ni. Tapi tak semua boleh dibuat. Pokok banyak. Benih matahari Mar dah sampai ke belum?

      Delete
  2. salam kak mala, patutla lama tk update...demam rupanya...
    serupa la masalah org berkebun ni...cukup susah hati kalau nk tinggai rumah...yang best tu k mala siap selimutkan pagar...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuti rehat lama...tu sebab tak update apa2. Pagar tu memang nak kena tutup begitu. Kalau tidak nanti ana-anak Che Kam dapat bolos. Habis la pokok..

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Mala, syukurlah kakak dh sembuh. Terima kasih banyak2 utk benih bunga matahari & alamanda tu ye kak, Julie dh terima minggu lepas. :) Samalah kita kak, Julie pun risau jugak dgn pokok2 bunga & sayur2an Julie d laman rumah ni, harap2lah hujan setiap hari time Julie balik kampung nanti, & terpaksa jugalah Julie upah jiran mintak tolong siramkan tanaman2 tu. Harap2lah diorg sudi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie. Dah dapat benih ya, alhamdulilah. Nanti bole tanam. Kat perumahan kak ni semua orang balik kampung. Tak ada orang nak minta tolong. Ni ada sikit masa lagi mungkin nak cari sapa2 orang luar yang boleh tolong. Tapi berbayar lah..

      Delete
  4. Ternyata, semua gardener yang mau pulang kampung risau dengan 'anak asuhnya'. Begitupun saya. Mungkin sekitar tiga hari kami tinggalkan rumah, sementara cuaca mulai kering disini. Smoga mereka baik- baik saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Endah, risau betul kali ini..sebab koleksi pokok sudah bertambah tidak macam tahun-tahun yang lepas..walaupun ditinggalkan tidak banyak yang kering dan mati..

      Delete
  5. Salam Kak Mala,


    Uwarrrghhh saya pon sama. Siapa nak siramkan pokok-pokok kari kesayangan tu? Siapa nak jaga semaian yang baru di semai tu? uwarghhh pasti mati. Tak terfikir saya hari tu semai after raya. Sedihnya... Sian pokok-pokok bunga kertas tu nanti layu. Ish risaunya...... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Honey, kak pun tersilap pi semai pokok-pokok tu waktu bulan puasa. Ni mula la gabra...kalau cuti 3-4 hari bolehlah tahan lagi. Ini rasanya seminggulah juga. Mana-mana yang terpilih tu bolehlah masukkan botol air dalam pasu. Tapi pasu pun berpuluh-puluh..tawakal saja la...

      Delete
  6. alhamdulillah dah baik ya...yg saya ni tak boleh apa..tak boleh nak tunduk2..buat keje..berjalan pun mcm robot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat hari ini OK walaupun ada rasa pusing-pusing sikit. Kita orang perempuan ni kalau sakit sehari rasanya macam setahun..Harap Kam sembuh sepenuhnya sebelum raya. InsyaAllah.

      Delete
  7. Kakak yg sekadar melihat semua tanamam pulak yg rasa alahai sayangnya kalau terkulai. Kalau ada jiran yg boleh diminta tolong ok juga kan. Kakak selalu minta tolong jiran India sebelah rumah kakak.

    Si comel mana ada masalah. Dpt baju baru senyum memanjang.. montelnya dia:) Macam hindustanlah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu sulung kak tu baru setahun..mak dia la yang duk melaram sakan..anak perempuan katakan...
      Kak ni Zakie, dari anak sampai kecucu tak ada sorang pun iras kakak. Gen lemah..hehee..boleh kat tokwan depa habis...

      Delete
  8. InsyaAllah tawakal sebelum pergi berhabisanlah siram dahulu.
    Tapi selalunya tumbuhan ini pandai juga, kalau lama tak disiram pandai juga akarnya tumbuh jauh ke dalam tanah menjadi lagi kukuh strukturnya.
    Walapun kat atas nampak macam takde pertumbuhan tapi musim kemarau ni tengok akar-akar dalam bekas habis semua cepat terkeluar dari bekas-bekas mencari air dalam tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la Diana, tawakal saja. Semenjak El Nino ni cuaca pun tak menentu disini. Sudah seminggu tak hujan.Mendung tapi bahang panas terasa. Minta-minta la raya ni hujan,,,,

      Delete
  9. So boring being sick in the summer heat, I hope you're better now.

    So beautiful flowers you have and butterflies are beautiful, your garden is so lush and lovely.

    Nice summer day from Marit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm getting well now. Hope fully recover.
      I noticed this year there are a lot of butterflies in my garden yard. Love to seem them flying around but in the same time, I've to checked all the plants at least 40 minutes a day searching for caterpillar. They are such a glutton! Once I missed it all the plants are gone.

      Delete
  10. banyak tanaman, sayang kalau ditinggalkan camtu jer.musim panas ni takut kering semuanya..
    comel si bambam..geyam rasa nak cubit pipi dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim tak menentu sekarang ni Yon. Sepatutnya sekarang masuk musim hujan tapi kesan El Nino semuanya jadi celaru..

      Delete
  11. Harap2 dah sembuh sepenuhnya...banyak tanaman..subur2 nampaknya...
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KN kerana sudi melawat. Saya pun harap saya akan sembuh sepenuhnya. Selamat Hari Raya untuk KN sekeluarga!

      Delete
  12. Hello Normala, beautiful garden and pretty girls!! It is wonderful to see butterflies fluttering around the garden. Hope you have some very tasty veges for the festive season. Yum! Selamat Hari Raya :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Steph, Thank you. Hopefully my veges growing well during my absence.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salam Lebaran.
    Team members Kebun Bahagia Bersama menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada salah dan silap harap jangan disimpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,
      Kak pun begitu juga Diana. Maaf Zahir batin dan Selamat Hari Raya.

      Delete
  15. This is a great inspiring article.I am pretty much pleased with your good work.You put really very helpful information. Keep it up. Keep blogging. Looking to reading your next post https://yaldoeyecenter.com/

    ReplyDelete
  16. Your post give me lots of advise it is very useful for me. 192.168 l l

    ReplyDelete