Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kawan bloggers. Setelah hampir 5 bulan menyepi, hari ini saya bulatkan hati untuk meneruskan penulisan di blog My Green Eyes ini. Tidak sama sekali berniat untuk berhenti tapi semenjak di duga dengan beberapa episod kesedihan dalam keluarga, kesihatan yang tidak baik. On off demam memanjang. Sedikit sebanyak menyentap hati, perasaan dan mood kehidupan saya seharian.
Tahun lepas saya kehilangan abang kandung dan bapa mertua. Tapi tidak dapat balik kampung menatap wajah aruah. Kesihatan saya cukup merudum selepas dua kali vaksin. Demam, batuk, selsema berulang kali menjangkiti tubuh. Mudah penat dan hilang tenaga. Memang nak buat apa pun rasa tak seronok tapi setiap hari saya tetap bertekad nak bangkit semula. Nak berkebun. Nak menulis. Nak happy. Nak rasa ceria macam dulu-dulu balik. Saya cuba hidupkan aktiviti dengan paparan di fb dulu agar saya tudak 'mati' terus....
Bukan mudah nak gerak semula hati dan mood yang terbantut ni. Berkali-kali saya buka blog tapi tutup balik sebab perasaan nak menulis itu kosong. Puas melawan hati akhirnya semangat tu timbul kembali. Semangat menanam pun kembali pulih. Alhamdulillah. Bunga depan rumah dan ruang dalam kembali ceria.
Aktiviti berkebun kembali menyubur. Cuma ralat satu dua jenis pokok sudah hilang dari radar. Mungkin lama diabaikan dia merajuk terus.
Waktu saya tidak sihat depa berdua ni tetap menjadi peneman setia. Menempek tidur bersama. Sedikit sebanyak boleh hilangkan kemurungan dan perasaan sedih..
Saya masih terus berharap dan mahu saya seperti yang dahulu. Penuh keghairahan dengan tumbuhan dan kehidupan sekeliling saya atau mungkin kah faktor usia yang membataskan perasaan di dalam atau siri-siri kesedihan itu yang mematikan hati dan naluri...oh kawan, please doakan saya sentiasa sihat.
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening?
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga dapat melaksanakan rutin harian yang lama tertangguh
Semoga dianugerahi keafiafan yang berpanjangan
Terima kasih dengan doa yang baik WP
Deletesemoga dipermudahkan urusan makcik mala.., aminn
ReplyDeleteTerima kasih dgn doa yg baik.
Deletemoga mala sht sjhtra tiasa terus bersemangat gardening n blogging
ReplyDeleteTerima kasih dengan ucapan dan doa yg baik.
Deletesaya doakan NS. di usia berusia ini kita buat apa yang baik baik dan yang kita suka sahaja...
ReplyDeletelink fb saya:
ReplyDeletehttps://web.facebook.com/abuhanifahamri/friends
muga terus menulis. memanglah, hidup ini ada turun naik semangatnya. kita kena kuat melihat kehadapan dan bergerak menuju ke arahnya.
ReplyDeletehanya kita yang boleh membangunkan diri kita. orang lain sekadar penyokong...
Terima kasih dengan ingatan dan doa yang baik. Saya masih mencoba.
DeleteMoga terus berkarya di blog...suka tengok pokok bunga rimbun menghijau dirumah puan blogger...tenang je mata memandang
ReplyDeleteTerima kasih dik kerana sudi memberi semangat.
DeleteSelamat kembali,moga2 terus ceria dan fikir positive selalu,take care.
ReplyDeleteTerima kasih dengan sokongan M Thomas.
DeleteAlhamdulillah, kita misti kuat sentiasa sahabat, kalau tidak kita akan mati sebelum mati...
ReplyDeleteBenar....kita jangan mati sebelum mati
Deletemuga terus sihat dan bersemangat. sesekali menjenguk blig sahabat yang lama tak mendengar khabar...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahun 2023 ni kesihatan saya semakin baik. Terima kasih kerana sudi melawat.
Deletetiba tiba teringat kak mala, semoga kak mala di kurniakanNya kesihatan yang baik, rindu dengan kisah bunga-bungaan kak mala.. aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah Ana. Blog kak dah boleh log in harini. Setahun lebih coma. Happy sangat kak. Syukur.
Deletesalam takziah kak.. takpe kak, perasan sedih mesti ada. take your time
ReplyDelete