November sudah. Sekejap saja dah nak sampai hujung tahun. Sebulan lebih lagi tahun baru akan menjelma. Bagai hari yang bergerak cuaca pun ikut berubah. Dari musim hujan sudah beransur ke musim panas. Angin timur pun sesekali dah rasa meniup sejuk. Saya ambil kesempatan meneras rumput. Siap sedia untuk semaian baru.
Sebahagian kebun yang sudah bersih. Lega sangat rasa. Semua rumput dicabut dengan tangan kerana senang nak kesan anak benih yang bercambah dicelah rumput.
Supprised...lihat apa yang saya jumpa lepas merumput. Pokok abiu saya yang kemetot mengeluarkan putik bunga. Sungguh tak percaya. Batang besar telunjuk. Tinggi dua setengah kaki saja. Bukan tut tanam dari biji benih. Sepatut pokoknya sebesar pohon mempelam kampung baru berbuah. Apa yang tak kena ya..
Ini pun siri kemetot tapi comel. Buah sekaya sulung. Manis ya amat. Saya sorang ja yang makan.
Pemberian percuma. Namanya Jappenese giant white raddish. Tapi di kebun saya ubinya ketot juga. Terpilih kesini pun kerana dia agak hensem dari pohon-pohon lain yang gila daun.
Sepanjang tahun ini sayuran berdaun seperti sawi, kailan, salad dan kangkung tidak menjadi. Semuanya kena serangan ulat dan belalang. Jadi saya penuhkan kebun saya dengan tanaman cosmos, marygold, torenia, ruellia dan angelonia sebagai companion plants.
Nampaknya companion plants saya berjaya mengaburi mata serangga penyerang. Tanaman seterusnya menjadi. Labu air.
Petola. Sebelumnya jenis daunan pokok menjalar sering menjadi bahan anak kumbang ladybird dan kumbang kuning. Sekarang hampir kurang.
Kundur. Buah yang tidak pernah mungkir.
Timun mini yang selalu ada.
Kacang panjang merah dan kacang panjang tiga kaki. Walau ditanam dalam kuantiti yang sedikit tapi hasil yang keluar tidak putus.
Memadai untuk keluarga kecil saya.
Ada lebih kongsi bersama jiran tetangga.
Macam cili padi ni saya suka tanam banyak-banyak walaupun kurang makan. Bila kawan kecemasan sinilah tempat mereka memetik.
Pisang pun merata berlayar. Tak termakan sorang ni. Tah kenapa kulit kali ni jadi merekah pula.
Next. Giliran lada hitam pula nak show off. Lama juga tanam baru nak berbuah.
Macam lemon juga. Empat tahun tunggu baru nak memujuk kita. Ada la lekat beberapa biji.
Tak macam belimbing madu ni. Sangat rajin berbunga sepanjang tahun tapi buahnya asyik jadi rezeki lalat buah. Walau dibalut masih disengat juga.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
P/S: Untuk kawan blogger Malar happy deewali. Long time no see. Almost a year. Where have you been friend. Hope will comeback soon with your good story.

- Begitulah kejadian alam. Bukan dalam kuasaan. Kekadang kita mesti berkongsi dengan hati berat. Walau dihalang luaknya tidak. Seperti kita mereka pun berhak untuk hidup. CiptaanNya juga. Ada masa saya pejam mata dan ada masa saya penyet juga kalau geram. Mmmm......nampaknya masih belum ikhlas kann...
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
P/S: Untuk kawan blogger Malar happy deewali. Long time no see. Almost a year. Where have you been friend. Hope will comeback soon with your good story.
Rajinnya, banyak Jenis ditanam tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada banyak lagi tanaman tapi berkajang pula nanti nak posting.
ReplyDeleteSuka tenguk.
ReplyDeleteBanyak tanaman yang ada.
Terima kasih WP. Alhamdulillah.
ReplyDeleteBestnya bila hasil kebun dah membuahkan hasil
ReplyDeleteYa Zumal. Rasa seronok tiap kali tengok pokok kita keluar hasil walau berpuluh kali tanam. Perasaan tu tetap sama.
DeleteZumal selalu semangat masa awal, lama2 lalang mengganti tempat sampai la lalang pun tak nak tumbuh dah....
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSetiap kali berkunjung ke sini, anak mata saya sentiasa disegarkan dengan foto-foto yang menarik. Kalau dekat, mahu rasanya saya berkunjung-ziarah ke kebun akak sambil membawa pulang hasilnya. hehehe..
Waalaikumusalam Abu. Berkebun ni kena rajin replant. Itu yang kadang kala malas nak buat. Satu lagi merumput. Paling lama pun sebulan saja lepas tu panjang balik. Tak guna racun.
DeleteDekat taman perumahan pun sayur daun asik kena serang ulat dengan belalang. Paling geram dengan cik siput. Kalau sikit-sikit dia makan kita pun tak kisah sangat. Ini sampai tak tinggal langsung untuk tukang kebun... tapi tak sampai hati pulak nak letak racun.. alahai...
ReplyDeleteMusim depa kut. Kak pun tak ada guna racun langsung sebab tanam untuk makan sendiri kan.
DeleteSalam Kak, nak tanya, buah sekaya tu dengan buah nona sama ke?
ReplyDeleteSalam Hayati. Kalau kat tempat kak sebelah utara ni tak sama walau depa dalam famili anona. Buah sekaya kulit menggerutu.Buah nona buah dia lebih besar dan kulit licin. Pokok dan daun dia pin lebih besar dari pokok sekaya.
DeleteBest cerita kemetot series tu ;)
ReplyDeleteHehehehe...
DeleteSeronoknya tengok hasil kebun tu. Menjadi sungguh. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah Cik Azz. Ni sedang menunggu sampai benih sayuran baru. Musim kering kurang sikit kerosakkan daun.
ReplyDeleteYour cili looks super healthy. Many have problem with pests. You did well. Btw, that is a thoughtful note for Malar. I wish for the same as well. Happy gardening!
ReplyDeleteI just wondered what happen to Malar.
DeleteBanyak juga hasil walau pun kena berkongsi. Ya lah kita manusia biasa bila ada yang trespass nak penyet lah juga dia tu kan.
ReplyDeleteSelagi namanya manusia... Tak sempurna dan mudah lupa.
DeleteBeautiful and very productive garden.
ReplyDeleteHave a great week
Greetings
Maria
Divagar Sobre Tudo um Pouco
Thank you Maria.
DeleteGreeting of the day.
sama kak, sawi,kailan dan bayam yang ana semai pun tak menjadi di makan ulat sampai ke daun cili hijau pun habis kena baham musim hujan ni agaknya ye :) Pokok bunga Alhamdulillah masih bertahan dan mekar berbunga :)
ReplyDeleteKak rasa tahun saja dah 3 kali semai sawi. Sampai peringkat membesar habis dikendurikan. Sekarang tambah pula kumbang pokok ros. Dulu daun ros saja. La ni dengan pokok lain pun dia baham daun.
DeleteSungguh x rugi kalau berbudo pada tanah Kan.. saya je X pandai menanam huhuu
ReplyDeleteTak pandai menanam tak apa pandai kut lain pula. Kak pun kadang abang tegur pandai tanam tapi tak reti nak buat duit..
DeleteSeronoknya memetik hasil dikebun sendiri, kalau sya sambil petik sambil ngap2,mcm timun tu..
ReplyDeleteAmboi Kam. Lama menyepi. Apa cerita dan apa kabar sekarang.
DeleteWow! Very fertile garden
ReplyDeleteThank you Mr Lee. Such a tinny kebun.
Deletesalam,
ReplyDeletesinggah menatap catatan di celah celah waktu sukar ini. Muga sihat hendaknya...
cantik kebun...:-)
Terima kasih IM. Kebun buat isian masa lapang.
ReplyDeleteSeronok tengok bila hasil yang ditanam menjadi....gelak sorang sorang
ReplyDeleteKalau tanam sendiri naik sebutir pun dah syok dah.
DeleteI think you don't need to go to the market anymore. Your garden has everything now. Happy harvesting :D
ReplyDeleteYa Steph.
ReplyDeleteI try to pelbagai my kebun with more veges but not all the plants growing well but syukur at least I have basic plants for my kitchen. No need rushing to the shop for a small needs.