Monday, 12 May 2014

Bunga di Kebun Tumpang


Terletak bersebelahan rumah saya yang juga dijadikan sebuah homestay. Ini adalah sebahagian dari pandangan sisi depan.  Tuan rumah punya baik hati kerana membenarkan saya menanam apa saja kerana kerja percuma ini juga sedikit sebanyak menyerikan halamannya yang 99% nya ditumbuhi lalang. Walaupun begitu saya tidak punya banyak masa dan tenaga untuk melaksanakan tugas sukarela ini. Buat setakat yang mampu namun cukup berpuas hati kerana saya dapat tanah extra untuk menanam bunga dan berkebun.

Semalam tuan rumah mengupah orang mesin rumput setelah hampir empat bulan membiarkan lalang bermaharaja lela. Lega hati saya kerana dah berkira-kira untuk menambahkan ruang untuk berkebun.

Ini sebahagian dari sudut-sudut yang saya penuhi dengan pokok hiasan dan pokok bunga.

Kelebihan yang diberikan ini banyak menyelamatkan lebihan pokok-pokok yang ada di rumah saya dari dibuang begitu sahaja kerana kesempitan ruang. 

Sebahagian daripada  tanaman dan bunga-bunga  yang ditanam. Semoga tuan rumah tidak berubah hati dan terus berlapang dada untuk membenarkan saya meneruskan kerja sukarela ini.sampai selamanya.






16 comments:

  1. Hello Normala! That's a beautiful yard. All those bright blooms will definitely bring lots of cheer to the place. Btw, the grass cutter man did a good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Steph, I did planting because I love gardening very2 much but some of my friends said I wasted my time and my energy because that wasn't my home.

      Delete
  2. bertuahnya jiran kakak tu hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang cakap jiran kak bertuah tapi sebenarnya kak yang rasa bertuah sebab dapat extra space untuk bertani. Macam bonus juga lah untuk pokok2 yang sentiasa berlebihan.

      Delete
  3. tahniah kak...ni dah kira projek mega...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah...semalam balik kerja dah start gembur2 tanah. Nak ubah anak bayam merah.

      Delete
  4. Senangnya dapat ruang lebih untuk berkebun. Saya suka coleusnya.

    ReplyDelete
  5. Ya, saya ada hampir sepuluh jenis coleus hasil dari tukaran dengan kawan-kawan. Sampai sekarang masih mengumpul corak baru.

    ReplyDelete
  6. Win win situation...kalau sy pun suka mcm ni cantik rumah mcm ada yg berpenghuni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Diana. Win win situation...

      Delete
    2. Nama Diana dengan Nadia selalu terbalik hehehe....
      Siapa tak suka kalau tanah yang sekangkang kera dibiarkan ada orang lain nak tolong ceriakan.

      Delete
    3. Hehee...tu la silap tulis. Tanah ni kalau cik abang mau tolong merumput lagi seronok tapi dah jenis tak minat. Setakat boleh suruh angkat pasu tu pun dah kira cukup sporting la tu..

      Delete
  7. Such beautiful flowers and colors ! You showed lovely place !
    Greetings

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Mala,

    Banyaknya pokok bunga kakak. Rajin sungguh menanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Honey, memang suka gardening. Kalau nak dibandingkan, kat rumah sewa lama kakak dulu lagi lah banyak tanam. Siap dengan macam2 pokok buah, ayam itik pun bela..hahaa..orang kampung katakan.

      Delete