Saturday, 4 April 2015

Fuchsia - Cameron Highland

Percutian kali kedua di Cameron Highland  akhir bulan lepas membawa saya berjumpa kembali dengan bunga yang saya pernah jatuh hati sedikit masa lalu...Fuchsia. ...Saya pernah melihatnya sebelum ini, tapi tidak berani  untuk membelinya kerana bunga ini lebih sesuai dengan  kawasan berhawa  sejuk. Kebarangkalian untuk hidup ditanah rendah mungkin 50:50 sahaja...

Kebetulan kali ini hotel yang saya menginap mempunyai lanskap yang begitu cantik. Dipenuhi berbagai bunga indah bermula dari jalanraya masuk sehinggalah sampai ke bahagian atas hotel. Geram melihatnya. Ketika itulah saya ternampak bunga cantik ini terbuai-buai di tiup angin..

Sebenarnya bunga ini mempunyai berbagai ragam warna dan bentuk dengan nama-nama tersendiri.



Ini antara dua jenis bentuk Fuchsia yang ditanam dihotel tersebut.

Pada petang hari pertama saya ke MARDI untuk mencari pokok nasturtium, malangnya tidak ada jual disitu. Dalam mencari -cari itulah saya terpandang sepasu pokok Fuchsia yang kurus tidak berseri. Kelihatan sangat terabai. Tidak ada bunganya berkembang. Cuma beberapa putik bunga saja yang kelihatan bergantungan dihujung ranting. Berkali-kali berpikir..beli..tidak beli...beli....tidak beli...

Akhirnya saya beli juga setelah membuat kesimpulan sendiri -  melihat dari segi fizikal pokoknya ketika itu menunjukkan si Fuchsia ini telah bertahan lama didalam pasu tersebut. RM7.00 sahaja. Mungkin boleh bertahan selanjutnya nanti.

Enam hari kemudian, setelah disiram air secukupnya putik-putik bunga yang saya bawa balik berkembang semuanya..Happy saya...

Dah kembang skirting nya...

Macam sedang mempersembahkan tarian..

Saya berharap sangat dia boleh sesuai dengan cuaca panas dirumah. Walau bagaimanapun saya gantungnya ditempat redup saja.

dan agak malang juga ..saya tidak pasti apa nama untuk si Fuchsia ini...


Mungkinkah ada Fuchsia yang lain pula sebagai koleksi seterusnya...Kalau begitu nak kena bercuti lagikah di Cameron Highland, syurga bunga bagi penggemarnya. Puaslah saya merakam berbagai gambar bunga. Lucunya gambar bercuti tahun sudah pun belum sempat saya postingkan disini...
Atas, gambar princess kecil kami sedang berposing dengan penuh perasan di lobi hotel....

23 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala,
    Dulu saya pun pernah beli bunga ni dari Mardi di Cameron Highlands tu, tapi malangnya tak lama bertahan macam tak sampai sebulan dah mati, panas sangat kot cuaca kat Pontian ni hehe...semoga bunga Fuchsia kakak tu dapat bertahan lama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kak beli ni tak tahu lah lama mana nak bertahan tapi waktu beli aritu memang kering sangat dia. Mungkin kurang air kut.. Ni sekarang dah nampak segar. Minta2 lah bertahan. Nak cuba kerat ranting dia semai tengok. Hidup ke tidak..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. saya pulak kalau ke cameron..beli bunga..jadi arwah le jawabnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada menjadi juganya Kam. Aritu beli Dahlia hidup tapi bila semai semula daun saja yang menggila, bunga sekuntum tak menjadi. Last2 kak buang semuanya. Pokok lili ( kita panggil bunga kering dia kimcan ) tu sampai sekarang ( dah setahun lebih ) tanam tak berbunga..cameron highland punya la tu...

      Delete
  3. comelnya little princess tu kak mala, cantik sangat bunga-bunga ni..In Shaa Allah ditangan kak mala akan kekal berkembang juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cucu nan seorang. Tahun lepas pergi dia baru tujuh bulan gitu. Kali ni pergi dah pandai main dan posing dah....

      Delete
  4. Jadi kenangan la CH lepas ni.. tukang bawa saya dah tiada... CH sentiasa dalam ingatan .. foto pun banyak tak upload.. macam akak juga.. ada yg kata fushia ni macam ballerina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la..kak pun mula2 tak mau dah Ke CH tapi anak sulung nak sangat kesana, tak puas pergi tahun lepas katanya. Kak sebenarnya takut pusing2 bukit tu...gayat. Duk kat apartment pun takut nak tengok bawah...balik rumah pun masih rasa nyeri2...

      Delete
  5. I love your photos and the little princess is so cute:-) Have a great weekend ahead, Inge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Inge. The little princess is my grandaugther..

      Delete
  6. Kak zai ada jumpa masa pergi CM tapi tak tau nama.Cantik sangat, sikecik tu pun comey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga ni memang cantik. Adak macam2 bentuk dan warna tapi kat CH aritu jumpa dua color je..

      Delete
  7. Lovely photos of lovely flowers - thank you!
    Fuchsias are very beautiful plants, and I can understand your desire to grow them . Here in the uk they grow well as they seem to like our conditions. They are very easy to grow from cuttings. Good luck with your new purchase!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Jane, I wish the fuchsia can survive and withstand with our hot weather.

      Delete
  8. Cantik yang bawah putih purlpe tu...mesti wangi kan..

    ReplyDelete
  9. Cantik warna fuchsia ni kan..

    ReplyDelete
  10. Dekat Kundasang banyak jual pokok ini. Diorang panggil bunga loceng.
    Ada nama orang putihnya tapi tak keluar pula dari kepala.
    Comel princess.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul bunga ni suka tempat sejuk saja...tapi kak nak cuba sesuaikan juga dengan cuaca ekstrim kat rumah tu. Entah berapa lama boleh bertahan...

      Delete
  11. Kalau dah kata bunga memanglah menggoda mata memandangnya. Tapi dalam banyak-banyak bunga cantik akak terpikat 'bunga comel' yg last sekali. Heee.... comelnya awak sayang. Geram tau auntie tengok awak:)

    ReplyDelete
  12. hehehee..Zakie, tu lah bunga sekuntum kami. Cucu sulung saya dan cicit sulung juga bagi arwah ibu dan ayah. Agak sedih mereka tidak sempat melihatnya lahir kedunia....

    ReplyDelete