Sunday, 28 October 2018

Cerita Kucing

Seperti bunga,  kucing dan saya berpisah tiada.  Seawal usia kecil kucing merupakan sahabat dan kesayangan. Memandangkan mereka ini  sebahagian  dari kehidupan saya jadi setiap kenangan harus disimpan disini bersama yang lain.

Tidak faham kenapa orang  terus berlaku kejam pada haiwan kesayangan nabi ini. Melihat mata yang sayu begini cair rasa simpati. 

Namanya Oppo. Dibuang ibu seusia dua minggu. Pada saat gambar ini diambil umurnya sudah sebulan lebih tapi tubuhnya sangat kecil mungkin kerana terencat sebab dari awal di abaikan oleh ibu sendiri. 

Berkali sebelum ini saya kata tidak selepas kehilangan Tome hampir setahun yang lalu namun anak bongsu berkeras mahu. 

Gambar di usia dua minggu. Ketika bersih dimandi dan di alu menjadi ahli keluarga baru.

Dipercayai Oppo ini anak pertama berbulu putih baka dari bapa kucing saya si Kastih. Walau sudah hampir 5 tahun dia menjadi kassanova keliling taman, Oppo se ekor ini sahaja yang lahir mirip 100%  bapanya.

Beratus juga kelengkapan baby dibeli untuk keperluan si Oppo. Sifatnya manja, lembut juga cerdik.

Malangnya usia Oppo tidak panjang. Dua hari selepas gambar ini di ambil Oppo pergi menemui penciptanya. Kesilapan menyemburnya dengan ubat kutu telah membuat dia keracunan dan lembek tidak bermaya. Bercucuran  airmata sibongsu.

Selepas dua minggu berselang anak talipon bagitau dia jumpa anak kucing cedera ditepi jalanraya. Pada waktu malam kesaorangan tanpa ibu. Pada mulanya saya menolak. Tidak larat untuk bersedih lagi.

Susah juga jika anak pun berjiwa kucing. Dia tetap bawa balik. Tersentuh hati tengok. Ekornya cedera parah. Tidak ada bulu.  Luka berdarah nampak isi.  Akhirnya ekornya terpaksa dipotong kontot. Tidak berhasil walau disapu ubat. Ketika ini masih belum sedar dari bius.

Kini sudah sihat cergas. Kami namanya Abu sempena warna bulunya yang kelabu. Abu sangat menikus, cerdik dan nakal. Telatahnya menambat hati keluarga.

Kenakalannya mengingatkan saya pada Tome yang hilang hampir setahun yang lalu. Tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya pada dia. Apakah ini pengganti?

Pun begitu ada orang yang tidak gembira dan merajuk. Siapa lagi kalau bukan ibu rumah ni si Kaspin. Dulu masa ada Tome pun dia rajuk panjang. Tidur diluar. Kali ni Abu pula. Lari lagi tidur diluar rumah. Mmmm....macamana nak pujuk ni... 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy  gardening! 



30 comments:

  1. masa kecil di kampung dulu memang keluarga saya memelihara kucing. kini saya dah tak minat pelihara kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya walaupun suka kucing tapi ada limit nak bela berapa ekor dalam satu masa. Takut tak terkawal.

      Delete
  2. comelnya kucing-kucing ni. Kadang-kadang keletah mereka ni buatkan hati kita terhibur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat terhibur MiaZain. Terima kasih sudi lawat.
      Ahli keluarga saya tak ramai jadi kucing adalah penghibur yang membuatkan kami bercakap lebih banyak.

      Delete
  3. Replies
    1. Ya la Mr Thomas. Bila kita layan mereka macam anak jadi mereka jadi sangat mengada ngada.

      Delete
  4. Saya dah tak larat dah nak bela kucing tapi apakan daya, kucing kat rumah ni asyik beranak-pinak je. Kalau ibu kucing je dah ada 4 ekor, memang silih berganti la dorang beranak. Saya dah tak terjaga dah. Pandai dorang la nak hidup. Makan dan tempat tinggal je yang mampu saya sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cik Azz. Bila dah banyak memang jadi masalah. Kos makanan pun tinggi. Tak pa redha saja. Kucing ni fitrah dia atas manusia. Pasti ada rezeki untuk kita juga.

      Delete
  5. Mata Oppo macam jade. Mata Tome pun sangat cantik. Harap Abu terus sihat. Diminta Kaspin jangan selalu merajuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abu sangat pandai menyesuaikan diri tapi Kaspin sangat sensitif, dominant dan tak suka berkongsi kecuali dgn anaknya si Kastih saja. Tu pun tengok mood juga. Sampai saya terpikir kucing pun ada juga macam ni punya pwrangai.

      Delete
  6. Lucunya... Akhirnya sekarang kami punya kucing lagi. Anak saya bawa pulang dua ekor kucing kecil. ramailah rumah kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Endah kami pun seharian rasa terhibur dengan anak kucing ini. Yang bagusnya ada bahan untuk buatkan mulut kita terus bercakap. Tidak boring sangat.

      Delete
  7. Replies
    1. Waalaikumusalam cikgu.
      Kucing kampung semuanya. Selera saya yang kampung punya...hehehe..

      Delete
  8. assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yng baik.
    Kucing.. keluarga kami juga suka dengan kucing. Duk kampung dulu zaman budak-budak, macam 'wajib' memelihara kucing. Bukan keluarga kami sahaja, boleh dikatakan hampir setiap rumah ada memelihara kucing. Sekarang ni, terutama anak kedua kami yang sangat obses dengan kucing. Kalau di kedai makan, ada kucing yang menghampiri, hmm berbagi dua makanannya dengan kucing. Tinggal di perumahan agak sukar untuk memelihara kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu. Terima kasih dgn doa yg baik.
      Kat rumah kak ni pula penat dengan cucu kalau dia dtg rumah. Jenuh nak kepung sebab dia pun suka main kucing.

      Delete
  9. Alahai comenya Oppo.... saya suka kucing yg bulu putih mcm tu NS... Warna Kelabu pun saya suka.
    Kat rumah ni pun dah ada 5 ekor kucing.... itupun lepas sekor ibu kucing saya buang dan dua ekor hilang.....

    Aduhhhh NS, pening jugak kalau banyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga tu. Kat rumah kak ada 3 ekor pun jenuh juga nak layan. Tambah si Abu. Habis pokok kak dia main dan gigit.

      Delete
  10. Such beautiful kittens.
    Thank you for this beautiful sharing.
    Have a lovely weekend
    Kind regards
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
  11. Baca kisah2 kucing tu, zumal pun teringat kucing2 zumal yang dah takde. sekarang ada sekor jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Zumal. Seekor pun dah memadai. Kalau banyak susah tau kalau nak bercuti. Nak kena cari penjaga.

      Delete
    2. Dulu zumal pernah hantar kucing ke kedai pet untuk jaga bila nak jalan2 tapi kosnya alahai memeritkan...

      Delete
    3. Ya betul mahal harga dia. Empat tahun lepas pi cuti kak pi tinggal kucing 2 ekor kat pets nursery. Seminggu. Beratus kena. Kucing tengok macam bodoh pun sebab kena duk dalam sangkar. Masa pi ambil tengpk muka depa rasa kesian ja.

      Delete
  12. Comel2 kucing no muka polos je.. bagus silakan kucing ni byk pahalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak faham sering duh rintih kat tuhan awatla aku yg mesti jumpa kucing2 yg sakit terseksa. Pasaipa orang lain banyak tapi dia mai kat aku.. La ni dah faham. Terima dan redho ja.

      Delete
  13. Kak,Ada jual pokok Ros online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada. Boleh masuk fb Addarossa atau Mami Yawinsha dan banyak lagi ada yang jual rose on line. Boleh type kat fb cari.

      Delete
  14. neojago adalah situs yang sangat gampang cari cuan. mending kemari aja lebih jelas

    ReplyDelete