Saturday, 16 January 2016

The rose is a rose And always a rose....

Mmm..memanglah..sampai bila-bila pun rose tetaplah rose..
Tak adalah banyak jenis sangat pun, tapi  rose saya selalu berkembang setiap masa. Mula-mula tanam dulu sangatlah teruja nak tengok bunga kembang. Jadi sekuntum pun suka tak terkata..

Pilihan rose saya ialah dari jenis yang tahan panas dan menjalar. Macam Huntington ini.
 Tapi bunga rose saya jarang kembang berjambak. Mungkin kerana tidak guna baja khas untuk rose. Saya cuma jamu sup kulit bawang, telur dan pisang. Air ikan  dan air beras.  Baja  pula taruh yang biasa sahaja. 

Jenis ini suka menunduk kebawah kerana ranting/batangnya lembut dan senang dilentur. 

Red Piano dan Golden Celebration memanjat dahan pokok Alamanda sebab tiada pergola.

Crown Princess Margareta. Begitu ID tergantung dipokok. Tak  tahu betul ke tidak. Tengok bunga  orang, naik berketul-ketul. Saya punya keluar seketul saja. Itupun  dah rasa terharu sangat dah...

Red Piano, rose yang paling saya suka. Kembangnya tahan berbulan.....sampai bunga kering ditangkai, masih tegak berdiri. Bunga kat bawah sudah masuk 2 bulan..Kelopaknya tak gugur-gugur pun sampai kehari ini.

When the rose is faded, Memory may stil dwell on her beauty shadow, And the sweet smell gone - Walter de la Mare

Seronok tengok bentuk kelopaknya yang membulat. Cuppy tapi tak kuat sangat baunya.

Golden Celebration..suka berbunga tapi jarang sangat berjambak.

Wangi sangat baunya. Harum manis.

Damask atau rose kampung. Berkali-kali semai baru berjaya. Ada dua jenis lagi rose kampung yang saya still cari. Warna pink..kesukaan arwah mak. Harum sangat baunya..macam parfume.

Prosperity yang tidak begitu makmur berbunga.

Sisa yang tinggal berlajar berbunga kembali. Inilah mangsa Che Kam raya tahun lepas.

Rose Cameron. Kalau kesana memang tak berminat nak beli pun takut cepat mati.
Yang ini jiran bagi sebab tolong siram pokok semasa dia bercuti. Nak tengok boleh membesar dan tahan cuaca setempat ke tidak. Kalau menjadi bolehlah beli lagi, murah je..

Belum habis kembang, Che Kam dah rembat sebab che abang lupa tutup pintu pagar.

Tinggal kontot. Nasib baik pecahkan buat dua pasu. Sepasu lagi dia tak sempat baham. Selamat... 

Throw back March 2015. Bila lah bunga saya nak berjambak seperti ini semula....Kawan-kawan, yang mana mahir menanam pokok ini silalah kongsi bersama jika ada tips tertentu untuk rose ini mengeluarkan bunga yang banyak dan meriah.

Happy blogging & happy Gardening!





Friday, 8 January 2016

Kemarau VS Kebun R&R

Perumahan saya sudah mengalami sepenuhnya musim kemarau. Hampir sebulan sudah hujan tidak membasahi bumi.

Pagi ini saya bersama Kaspin  dan Kastih meronda melihat padang rumput yang sudah mulai menguning disekitar kebun R&R. Walaupun masih pagi tapi matahari sudah bersinar terang sampai bayang saya pun sangat jelas kelihatan.

Namun berbeza di dalam kebun, semua tanaman kelihatan masih menghijau subur walaupun bahang matahari membakar sampai kepetang. Saya sendiri sudah lebam muka kerana saban hari  berkebun dan menyiram disini.

Selepas berhenti kerja saya banyak meluangkan masa menanam sayuran. 

Namun saya cuma menanam kecilan saja kerana faktor tanah padang R&R yang tidak subur. Sawi tengah membesar. 

Di Kebun R&R hampir semua sayur2an berkongsi tapak dengan pokok bunga. Berselang seli dan ada yang sudah memanjat pun..

Kacang kelisa gila bunga tapi tidak berbuah...

Kailan. Kebanyakkan sayuran ditanam dalam bekas atau pasu. 

Bayam bulat. Sayuran saya kali ini lebih banyak menggunakan baja dan kompos buatan sendiri.

Labu Air dengan bunga jantannya kembang menguning.

Buah sulung. Mudah2an tidak gugur.

Tembikai terencat..

Jambut tut merah. Buah sedang membesar. Lambat rasanya menunggu buah ini masak. Tak sabar nak rasa. Pokok  tebu di sebelah pula baru nak menjadi.

Bendi. Tetap subur walaupun berkongsi tapak  dengan sayuran lain.

Kangkung. Dah jenuh makan.

Daun Ruku atau Kemangi

Kacang tanah. Saja-saja tanam.

Terung kongsi pasu dengan kacang panjang.

Roselle masih berbuah. Saya juga ada tanam pokokt putat, ulam raja dan kacang parang.

Sweet Thai basil  dan selasih kampung. Mewangi bila terkena air waktu disiram. 

Bawang Dayak dengan bunganya yang comel.

Timun pokok tua tapi  masih terus berbuah..

Lihat..matahari sudah seterik ini walaupun baru pukul 8.30 pagi. Saya sendiri sudah tidak tahan untuk membelek sayuran lebih lama. Panasnya sudah terasa. Faktor inilah yang membuatkan saya berhenti sejurus untuk menyemai benih baru. Maintain apa yang ada saja.

Lain pula dengan si Kaspin dan si Kastih. Tak kisah pun berguling dan berkejaran. Kalau tak dipanggil balik mau bergomol dan bermain lagi. Happy juga jadi kucing ya....

OK kawan-kawan. Happy blogging & happy gardening.





Friday, 1 January 2016

Selamat Datang 2016...

...dan selamat tinggal 2015. Saya cuma berharap agar saya menjadi semakin lebih baik hati nurani jiwa raga dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta ..suami, anak cucu, saudara mara, kawan, jiran tetangga, kucing-kucing dan pokok-pokok yang disayangi.  
Bersyukur saya masih sihat bernafas dan masih dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan Tuhan.  
 Untuk semua rakan-rakan bloggers saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga persahabatan maya ini berkekalan dan perpanjangan. 

Aster kembang mekar sempena menyambut kedatangan 2016. 

Sunday, 27 December 2015

Kitchen Garden: Home Made Tauge / Beansprout

Tak  sangka rupanya senang saja membuat tauge. Saya pelajari dari ahli grup fb. Pada awalnya saya tidak berminat mencuba. Cuma tumpang seronok melihat kejayaan mereka tapi bila ramai berjaya melakukannya dan berkata mudah saya pun terus teruja. Try tengok, jadi tak. Semua orang cakap mudah....Mmmm..why not. 

Tadaaa....hasil pertama saya. Bergambar bersama kucai dan sawi fresh dari ladang juga.... Tak sempat cukup umur pun. Hari ke 3 saya sudah tuai. Seronok sangat...

Ini menu pertama untuk tauge home made saya. Mee goreng...tabur-tabur lagi kat atas...Jom kita lihat cara-caranya....

1. Ambil segenggam kacang hijau rendam 8-12 jam. 2. Tapis. 3 Masukkan dalam balang yang ditebuk dibawahnya untuk air keluar. Lapik tuala diatas kacang sebagai pemberat. Siram air. 4. Balut dengan plastik hitam dan letak dibawah sinki atau tempat gelap. 5. Siram 4-5 kali sehari. Jangan bagi air bertakung dibawah balang. 6. Hari ke 4 atau ke 5 sudah boleh menuai hasil.

Hari ke 2 kacang sudah bercambah. Selain balang boleh guna botol air, penapis, jaring. kotak susu atau tuala sebagai medium untuk menyemai benih. Yang penting air boleh di alirkan. Langkah seterusnya sama sahaja seperti diatas. 

Closed up kacang yang bercambah pada hari ke 2. 

Yang ini saya semai guna penapis. Kacang untuk di semai lebih eluk yang berkilat dan  berwarna coklat kehitaman. Tapi susah nak cari benih tauge asli jadi saya beli yang selalu dibuat bubur. Agak kecil dan berwarna hijau.  

Hari ke 3. Saya tidak sabar terus saja keluarkan. Walau masih kontot tapi sudah boleh di masak.

Rupanya setelah di potong ekor. Cuba makan mentah..sedapnya. Crunchy! Tauge ini nampak saja simple rupanya tapi khasiatnya cukup besar. Mengandungi kadar  protin yang tinggi berserta lain2 unsur vitamin.  Paling istimewa, sangat baik untuk kesuburan lelaki dan wanita. Baca ini. Jangan terkejut. Terlalu berkhasiat dan bermanafaat.

Tauge yang di semai dalam penapis saya biarkan sedikit memanjang.  Saya buat kueteow goreng. Sedap makan,  taruh taugeh banyak-banyak. 

Lepas percubaan pertama menjadi. Saya buat lagi tauge...kali ini saya sukat dua genggam. Nak banyak konon....

Tengahari ini saya buat sayur dengan kucai...kiranya tauge dengan kucai tak dapat dipisahkan...semua menu pasti ada bersama. 

Lebih saya simpan dalam peti ais. Untuk tauge tahan lama dan segar saya ikut petua ini. Rendam tauge dengan air asam limau. 
Kawan-kawan ayuh cuba buat tauge. Murah, mudah dan sedap. 3-4 hari sudahpun boleh menuai. Tak ada racun dan bahan kimia. Bersih lagi. Untuk pilihan boleh google. Ada berbagai cara dan kaedah disitu. Buat ikut aturannya. InsyaAllah menjadi.

Happy weekend & Happy Gardening!












Friday, 18 December 2015

Allamanda Di Penghujung Tahun

Kebelakangan ini saya kurang posting kisah bunga kerana masa lebih banyak dihabiskan  berkebun sayur. Musim kering sudah terasa menghampiri. Bahang panasnya  membara disiang hari dan malamnya pula sudah terasa tiupan angin timur yang sejuk. Hujan pun makin mengurang. Saya sudah mulai membuat persiapan memindahkan pokok sedikit demi sedikit ketempat yang lebih redup. 

Tapi bunga Allamanda tidak mempunyai sebarang masalah dengan cuaca yang panas terik kerana untuk berbunga lebat ia perlukan sinaran matahari penuh. Di kenali juga dengan bunga terompet atau loceng. Ini jenis Allamanda Blancetti - Cherry Jubilee

Allamanda mini jenis bunga kecil. Warna kuning pun ada juga dari jenis ini. 

Biasanya Allamanda ditanam dengan batang tapi mungkin tak ramai yang tahu pokok ini juga berbuah dan boleh disemai melalui benihnya yang cantik ini. Saya pernah ceritakan  kisahnya disini dulu. 

Setakat ini saya cuma mempunyai empat jenis warna sahaja. Ini warna kuning peach kecoklatan - Allamanda Chocolate.

Jaluran warna coklat jelas kelihatan dari belakang kelopak bunga.

Warna lembut ini pula  hasil dari cross pollination warna marroon di atas. Terhasil dari pokok yang sama. Pokok dari kampung saya yang ditanam oleh adik. Saya ambil batang dan tanam dirumah. Masih keluar warna yang pudar juga - Allamanda Cream

Warna yang biasa kita lihat dimana-mana dan selalunya menjadi pilihan landskap. Allamanda kuning  ini membesar semula dari sisa tunggul di homestay. Berkat penyewa baru yang mesra bunga, pokok ini kembali subur. Namun Alamanda kuning jenis Cathartica  mempunyai cerita yang cukup popular dan viral  sedikit masa lalu di negara kita. Dikatakan dapat menyembuh pelbagai penyakit kronik. Ceritanya disini

Allamanda  sangat berbaloi ditanam kerana tidak payah dimanja dan dibaja setelah membesar. Ini gambar dua bulan lepas. Berbunga pertama kali selepas prunning

Terkini, sekejab saja meninggi semula. Saya memang suka sangat dengan Allamada ini sebab bunganya besar dan cukup menyerikan taman. Namun ada lagi warna-warna yang saya belum miliki..

Warna putih ( Allamanda Alba ) dan merah. Cantikkan...dimana ada jual?

Juga yang jenis dari double petal. Setakat ini saya cuma pernah lihat gambar warna kuning - Allamnda Williamsii dan putih sahaja. Warna lain yang double petal belum lagi saya temui. Kalau terjumpa ni harus beli...

Ok kawan-kawan happy gardening!