Perumahan saya sudah mengalami sepenuhnya musim kemarau. Hampir sebulan sudah hujan tidak membasahi bumi.
Pagi ini saya bersama Kaspin dan Kastih meronda melihat padang rumput yang sudah mulai menguning disekitar kebun R&R. Walaupun masih pagi tapi matahari sudah bersinar terang sampai bayang saya pun sangat jelas kelihatan.
Namun berbeza di dalam kebun, semua tanaman kelihatan masih menghijau subur walaupun bahang matahari membakar sampai kepetang. Saya sendiri sudah lebam muka kerana saban hari berkebun dan menyiram disini.
Selepas berhenti kerja saya banyak meluangkan masa menanam sayuran.
Namun saya cuma menanam kecilan saja kerana faktor tanah padang R&R yang tidak subur. Sawi tengah membesar.
Di Kebun R&R hampir semua sayur2an berkongsi tapak dengan pokok bunga. Berselang seli dan ada yang sudah memanjat pun..
Kacang kelisa gila bunga tapi tidak berbuah...
Kailan. Kebanyakkan sayuran ditanam dalam bekas atau pasu.
Bayam bulat. Sayuran saya kali ini lebih banyak menggunakan baja dan kompos buatan sendiri.
Labu Air dengan bunga jantannya kembang menguning.
Buah sulung. Mudah2an tidak gugur.
Tembikai terencat..
Jambut tut merah. Buah sedang membesar. Lambat rasanya menunggu buah ini masak. Tak sabar nak rasa. Pokok tebu di sebelah pula baru nak menjadi.
Bendi. Tetap subur walaupun berkongsi tapak dengan sayuran lain.
Kangkung. Dah jenuh makan.
Daun Ruku atau Kemangi
Kacang tanah. Saja-saja tanam.
Terung kongsi pasu dengan kacang panjang.
Roselle masih berbuah. Saya juga ada tanam pokokt putat, ulam raja dan kacang parang.
Sweet Thai basil dan selasih kampung. Mewangi bila terkena air waktu disiram.
Bawang Dayak dengan bunganya yang comel.
Timun pokok tua tapi masih terus berbuah..
Lihat..matahari sudah seterik ini walaupun baru pukul 8.30 pagi. Saya sendiri sudah tidak tahan untuk membelek sayuran lebih lama. Panasnya sudah terasa. Faktor inilah yang membuatkan saya berhenti sejurus untuk menyemai benih baru. Maintain apa yang ada saja.
Lain pula dengan si Kaspin dan si Kastih. Tak kisah pun berguling dan berkejaran. Kalau tak dipanggil balik mau bergomol dan bermain lagi. Happy juga jadi kucing ya....
OK kawan-kawan. Happy blogging & happy gardening.
subhanallah, macam-macam sayuran ada, betul kak mala cuaca semakin kering ketika ini, semoga dipermudahkanNya buat kita semua. ermm body guard kak mala yang dua tu ada je ye jadi peneman hihi :)
ReplyDeleteAdalah tanam sikit2..lepaslah buat masak maggie..hehhee..
DeleteSubur menghijau tanaman mala tak payah keluar duit untuk membeli sayur2an.
ReplyDeleteSuka tengok kaspin dan kastih bermain.
Jimatlah juga..dah tak terasa sangat nak beli sayur kat kedai..
DeleteKucing berdua tu sekejap saja boleh berbaik pastu kira nak bergaduh je..Gaduh2 manja mak ngan anak...
Assalam Kak.. wah banyaknya sayur... seronok saya tengok..menggebu gebu .. sangat semangat tumbuhnya..banyak jenis kemangi.. kat kl masih hujan waktu petang.. pagi hingga tengahari terik mcm Langkawi juga.. di rumah mak saya waĺlahuaalam.. harap2 ada hujan turun
ReplyDeleteRasanya disini kalau kemarau sampai bulan Mac-April..nak keluar rumah pun takut...panas sangat
DeleteAssalaamu'alaikum wr.wb Kak Normala... sangat kagum melihat kebun yang menghijau dan memberi hasil walau tidak semuanya menjadi. Saya juga suka berkebun dan masih dalam perancangan untuk menanam sayur pula. Sekarang masih sibuk dengan bunga. Salam kenal dari Sarikei, Sarawak.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Salam kenal Fatimah. Terima kasih kerana sudi singgah diblog kak ni.Wah...ni dah kira boleh jadi geng ya..
Deletewalopon kemarau tapi nmpk subur., hebattz ;p
ReplyDeleteHari2 siram pagi petang...siram sampai basah kuyup pokok2 tu baru henti. Sebab tu kat situ saya dah perasan ada banyak katak sebelum ni tak ada. ...takut juga sang ular merayap masuk...
DeleteSubhanallah, suburnya Kak Mala. Senang melihatnya, beberapa minggu lalu cuaca kering seperti kemarau, namun beberapa hari lalu dah mulai hujan. Sejuk udara, kebunpun segar.
ReplyDeleteDisini sebulan lebih tidak hujan dan tiba2 malam ini hujan turun dengan lebatnya. Tak sabar nak tengok pokok2 saya esuk pagi
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSuka tengok pokok-pokok tu, hijau walaupun rerumput kekuningan. Dengar sampai mac hujan tak turun, wallahua`lam.
Betul kemarau ditempat kak selalunya bermula bulan Dec dan berakhir sekitar hujung Mac atau awal April...tapi tahun ni tak tahulah mcmana gayanya. Kalau tempias juga ElNino teruklah jadinya
DeleteAssalam.. suka sy baca blog kak mala, sgt memotivasikan sy utk rajin menanam. Kebetulan sy pun baru x bekerja (dgn org, kerja d rumah ada, lg seronok).. harap blh belajar byk dgn akak terapi tumbuhan utk selalu muda walau dah pencen :-)
ReplyDeleteTerima kasih Rahimi sudi lawat. Menanam kemudian melihat pokok hidup subur mengeluarkan hasil adalah saat yang menyeronokkan. Boleh jadi terapi minda.Tapi tu la, mesti banyak sabar dan kena try & error...happy gardening Rahimi...
DeleteEl-Nina sekarang ni Kak Mala sesetengah kawasan dah mula kemarau.
ReplyDeleteTempat kami masih lagi hujan turun sekali-kala.
Walaupun panas, subur-subur tanaman Kak Mala.
Jika kemarau lama nanti moganya musim adik beradik mangga lebatlah tahun ini jika teruja berbunga dengan baik.
Rasa macam lama buah kuini tak bermusim.
Lepas hujan datang semula, bunga-bunga jenis bawang pun ada kebarangkalian tinggi nak berbunga.
Bawang dayak bunga sebelah petangkan Kak Mala?
Betul Diana, musim kering ni musim pokok jenis bebawang berbunga tapi pokok bawang kak satu pun tak bunga lagi mungkin sebab kak terlalmpau banyak siram..
DeleteBunga Dayak tu kak tak perasan kembang bila,,tapi selalunya kak ambil gambar sebelah pagi..sebab gambar lebih cantik waktu tu.,,tapi gambar nampak mcm gelap sikit la..
Cantik dan suburnyer sayuran tu Kak Mala... Puas hati kan dapat meraih hasil dari kudrat sendiri...berbaloi penat lelah selama ini...
ReplyDeleteKN..waktu mengutip hasil memang seronok tapi waktu menunggu dia membesar tu rasa tak sabar sangat..apalagi duk berperang dengan siput, belalang..ulat beluncas..bena la,,ha time tu rasa boring betul..
Deleterumput2 didepan rumah saya kekuningan..seolah disembur racun..
ReplyDeleteBetul tu Kam, tunggulah bulan 2 nanti...kering kontang habis. Waktu tu jenuh berperang dgn kambing la pula...duk intai saja tengok pokok2 kita..
Deletewah banyak nya Mala tanam sayuran mcm2 jenis ada jeles lah kaknoornk jugak mcm tu mmg minat tanam ni tpi masa tu mencemburui ke malas tk tau lah hehe
ReplyDeleteNoor..saya kalau tak menanam tak tahu lah nak buat apa..hehee..menjahit tak pandai, memasak pun tak pandai..
Deletewalaupun dah masuk musim kemarau tanaman Mala masih subur menghijau. banyak jenis sayuran yg mala tanam..
ReplyDeleteMana tak hijaunya..siang malam siram sampai banjir...Tak ada lah tanam banyak Yon, dalam pasu je..bolehlah setakat ulam, sayur air dan buat mee maggie..hehehe..
Deletewah! banyak juga sayur menjadi yek! Memang sangat panas sekarang nie....! sweet basil and kacang tanah tu tanam dari benih ke? beli kat mana?
ReplyDeleteSweet basil saya beli kat market je malar. Balik cucuk, hidup. Kemudian next batch kutip anak benih yang tumbuh sana sini. Kacang tanang pula saya tanam dari kacang tak berkulit beli kat kedai juga.
Delete