Saturday, 16 January 2016

The rose is a rose And always a rose....

Mmm..memanglah..sampai bila-bila pun rose tetaplah rose..
Tak adalah banyak jenis sangat pun, tapi  rose saya selalu berkembang setiap masa. Mula-mula tanam dulu sangatlah teruja nak tengok bunga kembang. Jadi sekuntum pun suka tak terkata..

Pilihan rose saya ialah dari jenis yang tahan panas dan menjalar. Macam Huntington ini.
 Tapi bunga rose saya jarang kembang berjambak. Mungkin kerana tidak guna baja khas untuk rose. Saya cuma jamu sup kulit bawang, telur dan pisang. Air ikan  dan air beras.  Baja  pula taruh yang biasa sahaja. 

Jenis ini suka menunduk kebawah kerana ranting/batangnya lembut dan senang dilentur. 

Red Piano dan Golden Celebration memanjat dahan pokok Alamanda sebab tiada pergola.

Crown Princess Margareta. Begitu ID tergantung dipokok. Tak  tahu betul ke tidak. Tengok bunga  orang, naik berketul-ketul. Saya punya keluar seketul saja. Itupun  dah rasa terharu sangat dah...

Red Piano, rose yang paling saya suka. Kembangnya tahan berbulan.....sampai bunga kering ditangkai, masih tegak berdiri. Bunga kat bawah sudah masuk 2 bulan..Kelopaknya tak gugur-gugur pun sampai kehari ini.

When the rose is faded, Memory may stil dwell on her beauty shadow, And the sweet smell gone - Walter de la Mare

Seronok tengok bentuk kelopaknya yang membulat. Cuppy tapi tak kuat sangat baunya.

Golden Celebration..suka berbunga tapi jarang sangat berjambak.

Wangi sangat baunya. Harum manis.

Damask atau rose kampung. Berkali-kali semai baru berjaya. Ada dua jenis lagi rose kampung yang saya still cari. Warna pink..kesukaan arwah mak. Harum sangat baunya..macam parfume.

Prosperity yang tidak begitu makmur berbunga.

Sisa yang tinggal berlajar berbunga kembali. Inilah mangsa Che Kam raya tahun lepas.

Rose Cameron. Kalau kesana memang tak berminat nak beli pun takut cepat mati.
Yang ini jiran bagi sebab tolong siram pokok semasa dia bercuti. Nak tengok boleh membesar dan tahan cuaca setempat ke tidak. Kalau menjadi bolehlah beli lagi, murah je..

Belum habis kembang, Che Kam dah rembat sebab che abang lupa tutup pintu pagar.

Tinggal kontot. Nasib baik pecahkan buat dua pasu. Sepasu lagi dia tak sempat baham. Selamat... 

Throw back March 2015. Bila lah bunga saya nak berjambak seperti ini semula....Kawan-kawan, yang mana mahir menanam pokok ini silalah kongsi bersama jika ada tips tertentu untuk rose ini mengeluarkan bunga yang banyak dan meriah.

Happy blogging & happy Gardening!





24 comments:

  1. Wah...tema pink kali ini...hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak Mala dikelilingi rose.. mcm2 jenis dan nama.. tumpang seronok dengan kemekaran dan ceria warna rose akak ni.. dlm fb tengok ada yg mekar berjambak2 serta berjurai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar..perasan dak, kenapa masa dulu2 mak kita tanam ros kampung senang je tumbuh..Ingat2 la, arwah mak kak tanam rose..pokok punya nala besar..bunga keluar berketul-ketul..wangi satu halaman...siram air beras dan ikan saja. Baja kimia tak pakai lansung...

      Delete
  3. Subhanallah kak Mala, lawanya ros pink tu, baru berbual dengan suami petang semalam tengok pokok ros jiran ana berkuntum-kuntum bunganya, teringin nak tanam ros pulak lepas ni ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, Tanam bunga ros banyak2 seronok..tapi rumah kak pula tak ada ruang..

      Delete
  4. Aduhai Kak Mala pepagi ni mata kakak dihidang dgn rose terus klik berkali-kali atas-baah-atas-bawah. Cantiknya.. fresh lagi dgn titik-titk air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itulah Zakie, panas ekstrim kadang2 buat bunga cepat layu..tak sempat nak tengok 2 kali tau2 dah layu kelopaknya...

      Delete
  5. Kak Zai suka tengok rose cantik berbagai warna tapi sayang tangan kak Zai tak serasi. Sama macam bunga raya berkali2 tanam akhirnya semua mati.

    ReplyDelete
  6. Kak Zai suka tengok rose cantik berbagai warna tapi sayang tangan kak Zai tak serasi. Sama macam bunga raya berkali2 tanam akhirnya semua mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai memang ada pokok2 tertentu yang kita tanam tak mau menjadi padahal org lain tanam senang je hidup...dulu2 kak tak boleh tanam pokok pam asyik mati je..last2 minta kawan tolong tanam. Hidup sampai sekarang dah berbelas tahun pun...

      Delete
  7. wow! Cantiknya! I don't have much luck with roses! You beli kat nursery ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli kat nursery on line Malar. Kat tempat saya tak ada rose dari jenis yang saya suka.Lebih banyak jual ros Cameron atau ros Siam..

      Delete
  8. Macam-macam bentuk dan warna.
    Yang suka jenis melilit supaya pandai-pandai sendiri cari cahaya matahari.
    Ceria mata memandang tengok bunga ros mekar di laman Kak Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini kemarau Diana..minggu depan nak bercuti & balik kampung. Hati ni dah duk risau pokok2 yg nak ditinggalkan..

      Delete
  9. seolah2 terbau wangi rose tu kak mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada wangi ada yang tidak...dulu2 kita tanam ros kampung semua wangi. Sebut rose org akan ingat pada bau harum dia tapi dewasa ni banyak rose cantik tapi tak wangi pun atau kurang wangi...sebab banyak yang hybrid..

      Delete
  10. Wow so beautiful roses, but can not see themselves bored on those.
    Beautiful pictures, good evening to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Marit, only have a few number of roses but still can make me smile a whole day.

      Delete
  11. Kak Mala, you make me so tempted to tanam roses!! Cannot tahan! very beautiful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tanam...nampak gaya yang kawan saya beli kat cameron mcm dah serasi cuaca pun. Dah keluar pucuk baru..

      Delete
  12. Rose tetap rose..sukar untuk diabaikan bila audah terjebak menyukainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yon bila dah terjebak terpaksa juga hadapi onak dan duri..hehhee..

      Delete
  13. Cantiknya roses...berwarna warni....kalau ada banyak tu lah pokoknya kat laman kita pasti harum semerbak laman kita kan Kak Mala...

    ReplyDelete