Monday, 23 December 2013

Boleh kah...?

Kisah saya 5 hari yang lalu. Tengah malam selepas post gambar morning glory. Tiba-tiba tersedar...
Uhhh..hilang mood, tak tahu apa nak cakap..10 folder gambar hilang dalam pendrive...terdelete kah? Virus telan ? kenapa jadi macam tu...Macam nak gila selongkar tak jumpa juga..Whuaa....habislah my gambar..Berpuluh gambar baru belum di post dan beratus gambar lama dalam simpanan...Frustnya saya....Whuaaa....Sapa boleh tolong?
Pada waktu-waktu beginilah baru tersedar kenapala aku tak post gambar-gambar tu dulu...kenapa simpan-simpan..kenapa...kenapa...kenapa....
Paling sayang file gambar Kaspin dan anak-anaknya dari waktu lahir sampai membesar..Boleh dapat balik ka file yang terdelete. Cek internet...BOLEH..tapi dengan cara tertentu..tapi tak pandai pula nak buat..
Last2 panggil Bad..besar harapan saya....cek hidden file..' Tak bolelah kak...' Whuaaaaaa...sapa boleh tolong...
Tak putus asa juga. Cek internet lagi..bolehkah dapat file yang terdelete dalam pendrive..BOLEHHHH....Yes! Yes! Harapan saya kali ini pada Wan pula...sampai saat kisah ini di tulis file2 yang hilang tu masih belum dapat di cari lagi..Wan masih busy dengan kerjanya. Mood untuk berblog merudum ke minus zero... Berdoa saja.....Mungkin ini boleh jadi penyejuk sementara kut..

                                                       Ikan laga Siam dalam pasu Lotus




Friday, 20 December 2013

My Morning Glory

Sudah hampir dua minggu morning glory saya terus terusan berbunga tanpa henti. Dengan cuma RM3.00 benih sepeket saya dapat serimbun pokok dengan bunga yang cukup ceria. Sesuai dengan namanya, setiap pagi dia berkembang. Walaupun bunganya cepat layu saya tetap rasa puas hati. Boleh kata setiap pagi saya snap gambar-gambarnya. Next coming munkin boleh dapat warna-warna lain pula.











Wednesday, 18 December 2013

Kemboja Cina Fish Farm

Duhh...memang cantik benar bunga-bunga Kemboja Cina di laman Restoran Fish Farm ini. Mata saya tak lepas pandang melihat kesemua bunga-bunga yang ada. Rezeki saya, kunjungan kesitu kali ini ( selalu ke restoran ini bawa grup dinner ) ketika kesemua pasu yang ada penuh berbunga. Mmm..rasa saya  inilah satu-satunya  restoran yang terindah landscapenya di Langkawi. Nyaman dan begitu hijau, apalagi kedudukannya yang mengunjur ke laut. Dari atas jetinya, boleh lihat pemandangan laut yang cukup menarik.
Memang pemiliknya punya citarasa yang cukup tinggi...Kagum saya melihat koleksi pokok-pokok  bogak, orkid harimau, himpunan teras batang-batang pokok mati, juntaian daun-daun yang unik dan juga barang-barang antik. Kesemua elemen-elemen tersebut menjadikan restoran ini bagai taman firdausi. Untuk post kali ini saya ingin merakamkan kembang kemboja cinanya dulu..















Monday, 9 December 2013

Gila Bunga...

Che Wa dah balik dari bercuti semalam.. Sebelum ni dia dah post sakan bunga-bunga yang dibeli dalam face book, bila dah sampai ke Langkawi, hah! sebonet kereta penuh dengan bunga,tanah dan baja. Agak menarik dalam masa dua bulan saja Che Wa dah jadi  'gila bunga' tahap gaban. Sekeliling rumah dah penuh dengan bunga. Carta saya pun dah senget ni..
Jum terjah bunga-bunga yang dibelinya dari Cameron Highland dan Perlis. Nak senarai nama pokok pun banyak sangat. Jom la tengok sendiri...





 







Friday, 6 December 2013

Langkawi Nursery - 7

Nursery ini terletak di Kg Bohor Masjid Kedawang. SS Florist Nursery Enterprise. SS untuk tuanpunya nama Sam dan Suri. Pertama kali pergi dulu beli petunia. Mungkin baru bermula, koleksi pokok bunganya tidaklah begitu menyeluruh dan banyak tapi tetap menarik kerana disini SS menjual kebanyakkan pokok2 semasa  yang popular di pasaran.
Melalui informasi yang tercatit di name cardnya, syarikat ini juga memberi khidmat berkaitan landscape seperti kebanyakkan nursery yang lain. Ketika sampai di nurserynya ( kawasan rumah sahaja ) dari jauh kelihatan pasu2 bergantung penuh sarat dengan bunga yang menyerlah warna2 terang dari  bunga petunia dan vinca (periwinkle/jalang kampung/kemunting cina )