Terlebih dulu mari kita tengok ragam-ragam kucing yang di beri pokok ini oleh saya pagi ini.
Secara otomatik semuanya terangsang dan terhidu-hidu tempat dimana pokok ini di campak. Lucu melihat gelagat stray cats ni. Ada yang menggeselkan badan ke tanah. Memeluk pokok tersebut sambil berbaring, berguling-guling dan menggigit akar dan daunnya.
Malangnya hari ini kucing betina yang nampak sangat tergoda. Manakala beberapa ekor kucing jantan memerhati dari jauh sahaja. Mungkin kerana abang long kawasan ada disitu.
Gelagat Kastih pagi ini. Bila-bila masa dia yang terlebih galak. Saya cuba ramas daun dan cium baunya. Sebiji bau daun cekur manis/asin-asin. Akarnya pula tiada aroma yang memikat. Deria manusia mungkin berbeza. Apa yang membuat kucing-kucing sangat suka kepada pokok ini...apakah keistimewaannya ?
Ini dia pokok galak kucing. Nama lain Ceka/Cika Mas, Lis-Lis, Anting-Anting. Selalunya tumbuh liar di kawasan tepian rumah atau tepi longkang. Berasal dari India pokok ini sememangnya sangat sinonim sebagai 'ubat' atau 'salad' untuk merawat kucing.
Secara alami akar dan daun pokok ini dapat menyembuhkan penyakit dan menyihatkan sistem dalaman badan mereka. Paling menarik sudah tentunya ia dikatakan dapat meransang tenaga dan meningkatkan stamina mereka semasa 'berjuang.' macam dalam gambar - Kastih dan kucing jantan yang lain tengah beradu nasib merebut si Hitam.
Ini bahagian akarnya. Selain daun akarnya juga mujarab untuk dijadikan penawar. Dikatakan seluruh bahagian pokok ini mempunyai khasiat bukan sahaja untuk kucing tapi juga manusia...Sebenarnya dinegara sebelah Afrika dan India, pokok ini termasuk juga dalam senarai herba dan digunakan secara tradisi untuk tujuan memuntahkan, merawat mata, ulser, penyakit kulit, athma, lawas kencing, buah pnggang, bronkitis, cacing dan sakit perut.
Di Malaysia, saya tidak tahu sejauh mana keterlibatan masyarakat terhadap penggunaan pokok ini walaupun ada kalangan orang-orang tua yang mengamal meminum air pokok ini bagi tujuan rawatan tertentu. Saya sendiri pun cuma tahu pokok ini hanya untuk kucing sahaja.
Sebelum ini ada juga terpikir, kalau manusia boleh makan, tidakkah nanti dia juga bertenaga dan galak seperti kucing? Rupa-rupanya ada info yang menyokong pendapat ini, walaupun tidak disahkan secara saintifik, dikatakan ia juga dapat meransang tenaga batin bagi si pengamalnya. Namun pokok ini juga dikatakan mengandungi bahan beracun. Pengambilan yang tidak terkawal akan memudaratkan.
Agak menarik, sudah ada kopi galak kucing segera di pasaran. Banyak di jual di sebelah Kelantan & Terengganu. Siapa pernah mencuba? Boleh tak kongsi bagaimana kesannya...( gambar ehsan google )
Tengok kapsul kucing galak pun ada juga...keluaran oleh syarikat Zarina Zainuddin. Artis pun pakai ni...siapa ada makan...? Galak tak?
Saya, tak terasa pun nak mencuba kapsul dan kopi di atas. Tak berani lah pula nak buat eksperimen untuk diri sendiri...Takut abang lari malam pula....
Biarlah kucing saya saja yang menikmati nya. Kastih dalam mood gila betina. Serabai dan kotor. Kalau ditanya, mungkin jawab Kastih ..' biarlah rahsia...'
Hurmmm...orang kita sangat obses dengan hal-hal batin ni. Saya ingat masyarakat kita tak tahu rupa-rupanya saya yang ketinggalan. Sudah ada produk pun....siapa antara kita yang pernah melihat atau mencubanya?
Kawan-kawan please share...