Thursday, 14 April 2016

Limau Purut - Kaffir Lime


 Pokok limau purut belakang rumah saya berbuah sepanjang tahun. Pokok ini adalah hasil dari pemberian kawan. Menurutnya anak benih ini tumbuh sendiri dari buah yang gugur ke bumi di kampung neneknya. 

Setelah  beberapa tahun berlalu pokok yang saya tanam dalam bekas cat kecil itu  membesar sampai melepasi bumbung rumah. Akarnya dah tembus ke bumi walaupun berlapikan tar yang keras. 

Tahun ini menyaksikan  limau purut saya begitu menjadi. Bergugus-gugus buahnya keluar.  Geram tengok...

Melihat bergantungan begini selalu berangan..kalaulah ini limau bali ka...sunkist ka...atau limau madu...wahhh...bestnya....

Setelah membesar saya  tidak lagi membaja. Cuma saya ikut nasihat kawan agar memerun setiap pagi atau petang. Perun di tempat saya ialah membuat unggun api dari daun-daun dan batang-batang kayu kering. Asap yang keluar akan meransang pembesaran dan kesuburan pokok. Juga dalam masa yang sama dapat menghalau serangga perosak. 


Namun tidak seperti di negeri lain, di tempat saya buah ini tidaklah berharga. Pekedai runcit setempat tidak menerimanya. Harga pasaran market cuma RM3.00 sekilo sedangkan ada rakan beritahu ditempatnya RM2.00 sebiji dan harga tolak ialah RM17.00 sekilo. Lumayan kan...

Di rumah saya manafaatkan buah ini sebaik mungkin. Jus minuman & masakkan, campur dalam serbuk cucian, basuh rambut & badan, pewangi toilet & bilik juga buat hilang hanyir ikan & ayam. Namun bila sudah terlalu banyak akhirnya membusuk dan terbuang juga.

Tidak seperti buah yang terhad kegunaannya, daun limau purut lebih komersil dipasaran kerana penggunaannya yang meluas  dalam bahan masakkan.  Tak ada daun ini tak sahlah masak Tom Yam. 

Lihat limau purut saya cukup besar dan juicy...namun semua jiran saya  menolak bila di pelawa untuk mengguna air limau ini dalam bahan masakkan. Takut pahit. Saya selalu guna tapi Ok saja. Nampaknya rata-rata lebih selesa  dengan jus asam limau. Bagi yang pandai dan biasa, buah ini sedap dibuat acar. Malangnya saya tidak pernah mencuba.

Bila disebut tentang buah, baru teringat ada satu info amat menarik yang saya dapat dari kawan grup fb. Sebenarnya buah ini ada jantan dan betinanya. Ya ka...? Saya tergelak juga, dah lima siri umur baru tahu tentang ini. Menurutnya lagi, jantan berkepala muncung dan betina pula berlopak macam dalam gambar. Mmm...pernah jumpa tak...nanti tengok-tengoklah buah kat rumah.

Bagi yang mempunyai masalah buah banyak seperti saya dan tidak tahu nak buat apa bolehlah mencuba info dibawah ini yang saya kongsi dari rakan grup. ....Sila share di sini  jika ada lain2 tips kegunaannya yang menarik yang mungkin kawan-kawan tahu.

1. Hiris limau 3kilo. Gula merah/putih 1 kilo, air 10L. Simpan 3 bulan dalam balang bertutup . Tapis       Boleh buat spray enzim pewangi.
2. Blend kesemua buah dengan baking soda. Tapis dan guna airnya untuk mop lantai.
3. Buat acar. Rendam semalaman buah dengan air. Kikis kulit. Masak air gula & rendam buah.
4. Air tawar: Blend keseluruhan buah dengan air. Ambil patinya campur dengan air biasa. Agak2 air       bau wangi. Baca ayat Kursi dan 3 Qul. Mandi pagi & petang.
5. Untuk wangian rumah, bilik & tandas. Hiris nipis2 masuk dalam bekas letakkan di sudut
6. Jus limau segar dan masakkan. Untuk kekalkan vitamin C, masukkan air dan ais dulu kemudian         baru perah air  limau.
7. Mandian, cuci ketiak, rambut & kepala. Cuci kuku bagi putih & bersih dari kotoran.
8. Untuk cucian pinggan mangkuk. Campur dengan serbuk @ pencair cucican. 
9. Hilangkan hanyir ikan & ayam. Guna air perahan dan kulit buah sekali. Basuh. 
10. Buat detox. Hiris nipis masukkan dlam bekas dan simpan dalam peti ais. Minum.
11. Perubatan tradisional
12. Menghindarkan ular dikawasan rumah. Boleh tabur hirisan buah.

      Selamat mencuba! OK kawan-kawan please take care. Happy gardening & happy blogging!


        


31 comments:

  1. Wow! banyaknye! Bagus jadi jiran mala! hahahaa... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jiran saya tak ada yang berminat dengan buah limau ni..yang selalu dia orang ambil daunnya saja...

      Delete
  2. ana suka sangat bau dari limau purut ni kak, daunnya atau dari buahanya,tips yang bagus sangat, ana minta izin shared di blog dan facebook nanti ye kak..terima kasih.:)

    ReplyDelete
  3. Banyaknya buah klau guna basuh rambut wangi aje.
    Murahnya harga dipasaran klau di bandar besar boleh buat duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi ada kawan fb cakap kat Tesco ke apa..ditempatnya sekilo RM29.00..wah saya kalau boleh dapat sekilo RM5.00 pun dah kira Ok...

      Delete
  4. Assalamualaikum kak,
    Wah, geramnya tengok buah limau purut tu, bergugus-gugus. Tapi murah la pulak harganya. Kalaulah buah limau bali ke, limau madu ke, kan ke best hehe..
    Sama lah macam di tempat saya, daunnya lebih menjadi pilihan berbanding buahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Kesian kat limau purut ni Abu, dia naik subur2 hadiah buah berketul-ketul dah tuan dia pula duk berangan nak bali la, sunkist la bagai...bersyukur sebenarnya hahaha..kalau banding sepokok lagi yang diberi kat orang lain, pokok tu duk terbantut ja dalam pasu....dalam 3 kaki ja..

      Delete
  5. Subhanallah.... banyaknya Kak..
    Ini dah macam nak business dah. Rumah kakak ada sepasu aje. Itu pun bagaikan menatang minyak penuh. Betul kan kalau masak tomyam tak ada daun ini memang aroma tomyam tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Zakie, bulan lepas baru habis membusuk ni naik berketul-ketul lagi atas pokok. Tak tau nak bagi kat sapa, jiran tak mau...mungkin kak nak kena kreatif mencuba kut...try buat halwa ka...

      Delete
    2. Kalaulah kita dekat kakak nak sebesen haha...
      Buat mandi pun segar rasa. Kulit dia kopek cincang letak dlm bekas campur dgn bunga yg Kak Mala tanam mesti aroma bilik aduhai best kalah fragrance yg beli.

      Org tak ada ginilah berangan nak buat macam-macam.


      Delete
  6. Bestny byk buah..klu dekat nk je minta ckt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Ct.. kalau dekat2 boleh lah mai ambil hari2 pun..

      Delete
  7. kat rumah ada tanam dalm pasu.. dah bertahun2, x besar, x berbuah..pasu kecil kot.. alhamdullillah setakat nak guna buat tomyam bolehlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dulu pun tanam dalam tong cat yang kecil ja. Tak ada tempat jadi letak saja atas tar belakang rumah. Lama2 dia membesar sebab akar tu dah tembus tar yang keras.

      Delete
  8. Kak Mala, Thumbs up for u! banyaknya buah! Biasanya limao purut ni kering ja...tapi Kak Mala punya memang juicy!!!! Sedihkan..organic pulak tu..tapi harga not nice kat tempat kak. Mine tanam kat pasu ja...& never fruit @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Olive. Kat baca info dalam grup fb kalau nak bagi pokok yang degil berbuah guna secamca ajinamoto + satu liter air ( tanpa klorin ) siram dan boleh juga spray kat daun. Ini tips dari pekebun Thailand. Kak baru cuba buat kat pokok lemon. Tak sabar nak tengok hasilnya menjadi ke tak...

      Delete
    2. Wow! Thanks! Will give it a try! easy & cheap way! Pokok Lemon Kak Mala is grown from seeds or grafted?

      Delete
    3. Masa beli online saya ada tanya penjual tu grafted atau biji benih. Dia tak reply apapun. Duit pun dah bank in. 2 pokok saya beli. Masa sampai saya tengok mcm tanam biji benih pun..malas nak ckp banyak tanam saja...tapi dah setahun pun. Pokok pun dah almost 5' tinggi..daun dia bau wangi sangat...

      Delete
  9. Syoknya tengok bergugusan begitu.
    Lumayan sungguh.
    Nenek Diana dulu selalu mandi basuh rambut pakai buah limau je yang berbuah depan rumahnya. Patutlah rambutnya dah berusia masih lebat dan tak beruban.
    Sedangkan syampoo baby johnson & johnson pun ada mengandungi kandungan yang membahayakan.
    Bolehlah buat mandi Kak Mala. Terutamanya cuaca panas-panas sekarang ni kasi segarkan badan.
    Kalau cucu tak bermaya panas ni boleh kasi mandikan air buah dan daun pokok limau.
    Hari tu Abby tak sihat, segala jenis daun limau nenek Abby ambil dari kebunnya. Lepas tu sekarangkan moden, nenek Abby blend dulu bahan tersebut baru rebus dan kemudian kasi mandi Abby supaya cepat segar. Cepat segar badannya semula.
    Panas bahang membara sekarang ni ramai kes kanak-kanak kecil tiba-tiba badan jadi panas dan sampai kena sawan.

    Perkataan baru tu Diana belajar dari kak Mala hari ini "perun".

    Berapa lama dari tanam biji sampai berbuah ya untuk pokok limau purut Kak Mala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Diana mak angkat hubby pun mandi gosok rambut dgn limau purut dari muda sampai ketua. Rambut dia hitam berkilat. Malu kak muda pada dia tapi dah beruban..hehehe...
      Mandi air daun limau info yg sangat menarik. Belum ada org bercakap lagi pasal petua ni..kak mesti try...
      Kak pun mai duk Lkawi baru dengar ayat perun ni...
      Pokok kak lambat juga berbuah. Hampir 3-4 tahun juga. Dah besar merimbun masih tak berbuah. itu yang kawan ajar perun tu...

      Delete
  10. Dah jadi macam bentuk bunga dah yang buah lima biji tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la...tu pun banyak lagi bergugus-gugus atas bumbung tak dapat nak captured. Bila masak semua jatuh masuk longkang sayang betul...

      Delete
  11. terimakasih Mala share kegunaan buah limau purut..banyak manfaatnya. yang biasa tahu buat mandi limau dan daunnya buat bahan masakan tomyam..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak Mala,
    Subhanallah meriahnya buah limau purut tu, kalo kita berjiran kak, sure Julie mintak sebesen besar buah limau purut tu hihi...untung jd jiran kakak ni....terima kasih juga utk perkongsian info mengenai manfaat limau purut ni kak....

    ReplyDelete
  13. Kak..kalau nak beli limau dgn akk ok x..sbb sy sekeluarga mmg perlukann limau purut..asik sakitt je..nak beli kenmain mahal kat sini..akk stay mana..boleh waksep sy @ 014.400.5248?

    ReplyDelete
  14. buahnya banyak sekali ya, gemas lihatnya. ada tipsnya agar rajin berbuah seperti itu? kl saya suka menggunakan kulit buahnya untuk campuran teh hitam, sedap aromanya

    ReplyDelete
  15. Saya nk beli limau purut. Berapa yer nk kira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf Haswati, Tahun ni limau kak tak menjadi. Kena penyakit. Buah keluar banyak tapi gugur.

      Delete