Sunday, 24 April 2016

Mood Herba

Akhirnya hujan turun juga pada awal bulan ini setelah hampir dua bulan kekeringan dalam cuaca yang luarbiasa panasnya. Semua orang rasa lega dan bersyukur.

Seronok tengok air hujan yang mencurah-curah...rindu sebab lama tak turun.

Sekejap saja padang yang gersang kembali hijau semula. Cuma tinggal beberapa bahagian tompok tanah yang terbakar saja masih belum ditumbuhi rumput.

Sedang shooting di padang...tiba-tiba hujan pula  turun rintik-rintik. Model saya apalagi,  lari kelam kabut takut basah...aduhai..

Minggu kedua hujan lagi. Banyak  benih-benih yang terbenam di dalam tanah mulai bercambah termasuklah bayam kampung ini yang kelihatan tumbuh subur di merata tempat.

Hari ini saya petik dan sayurkan dengan buah betik tua. 

Sayur belacan...sedap di makan dengan ikan gelama masam.

Beginilah saya semenjak 'bersara'..rajin mencuba sayuran herba yang tidak pernah saya fikir nak masak pun sebelum ini. Saya sudah cuba Akar Som ini. Lihatlah dunia...dah masuk lima siri baru saya tahu ianya boleh di masak dengan pelbagai resepi pun.  Padahal kenal dah lama. Dulu kala saya tanam sebagai pokok bunga  saja. Pokok ini juga mempunyai nilai perubatan tradisonal.

Saya suka bawang putih, Jadi macam ni lah kejadiannya Akar Som saya bila digoreng. Rasanya antara bayam malabar dan kangkung. 

Kebetulan sebelumnya saya masak kangkung goreng belacan yang saya petik fresh dari kebun R&R.

Walaupun ditanam dalam kuantiti yang kecil tapi sudah memadai untuk keluarga kecil saya.

Ini pula ketumbar jawa. Baunya sebiji macam daun ketumbar yang biasa di jual itu. Sesetengah orang tidak suka baunya. Termasuklah saya dulunya. Baunya tengik dan busuk. Macam bau pijat. Masyarakat Siam di sini gemar masukkan daun ini dalam Tom Yam atau sup mereka. 

Saya pun sekarang dah suka! Sekarang kalau masak sup ikan atau ayam gatal saja tangan nak masukkan ketumbar jawa ini. Malangnya  suami tidak suka dan menegur saya kenapa suka sangat masak yang "bukan-bukan" sejak akhir-akhir  ni...mmmm...kita baru nak berangan jadi chef herba...

Sedikit sejarahnya...saya terjumpa pokok ini di pasar, apalagi  terus beli. Kebetulan masa tu pokok ini cukup jadi bualan ahli grup fb. Balik rumah saya terus semai. Mudah saja dia hidup dan bercambah.

Generasi kedua bercambah melalui biji benih yang gugur. Pucuk muda beginilah sedap dibuat ulam. Seperti herba yang lain pokok ini juga mempunyai nilai perubatan tradisi  melalui daun dan akarnya. Antaranya boleh merawat luka, demam, selsema, kembung perut, radang parau2 dan juga melawaskan kecing dan air besar.

Selain di campur dalam sup, boleh juga dijadikan bahan perisa dalam salad atau kerabu. Seterusnya saya cuba pula campurkan daunnya dalam masakkan lain walaupun suami tidak berapa gemarkan aromanya....

Stim....bila dah masak dan dihidangkan...senyap saja dia makan. Mmm...tekak dah boleh terimalah tu....tak pun mungkin malas nak komen...

Sebenarnya banyak lagi menu baru yang saya mahu cuba dari herba-herba dan 'rumput' tepi rumah ni...tapi bila rasa malas datang,..mood rajin tu hilang sekejab. Tambahan dalam cuaca panas  begini nak buat apapun rasa berat saja...tapi Kaspin ni relax je..panas ke hujan ke layan saja tidurnya....suka-suka kat mana saja....Seronoknya jadi kucing!

Ok kawan-kawan take care. Happy gardening & happy blogging!


























29 comments:

  1. Assalamualaikum Pn Mala...saya tak pernah makan akar som...ada banyak di rumah...kami tanam sebagai hiasan saja...bunga pula pink2...cantik

    Nanti boleh lah saya cuba masak juga akar som ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Fida,
      betul tu kak dulu pun tanam sebagai pokok bunga saja. Seronok tengok bunga pink kecilnya. Kalau tahu pun cuma pucuknya saja boleh dibuat ulam. Bila masuk grup fb ni baru dapat pelbagai info menarik..boleh buat kerabu..masak lemak..sayur manis..cubalah nanti.

      Delete
  2. Sukanyerrr...tgk hujan tu...rasa nak golek2 dlm ujan tu...asetaq masih panas ting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru 2 kali hujan Ana tapi panasnya tetap ting2...

      Delete
  3. Alhamdulillah, rahmat Allah dh turun.
    Mudah2an tanaman menghijau kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mudah2an Mazlan...empangan pun dah kering...jangan kena catuan air sudah..

      Delete
  4. Good pictures and fantastic blog. You have a new follower from Spain. Greetings from http://faunacompacta.blogspot.com.es/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for visit and join my site, happy reading.

      Delete
  5. wah! banyak recipe herba!
    kat sini pun dah dua hari hujan waktu petang! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau hujan sudah mula turun ya...membaca kesan2 ElNino kat alam sekitar amat menakutkan.

      Delete
  6. Disini kita sebut daun ketumbar sebagai umpyung, tak sangka bisa dimakan, saya tak suka aromanya yang kurang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, lain tempat lain namanya ya Endah. memang baunya tidak menyenangkan sesetengah orang, dulu saya pun tidak suka tapi sekarang bisa saja..jadi sedap pula..

      Delete
  7. Alhamdulillah dah hujan tentu tanaman menghijau kembali. Kak Zai ni jakun sikit banyak sangat pokok2 herba yang tak berapa kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun cuma duk berlajar apa yang ada keliling rumah dulu..biasalah bila joint grup berkebun ni..mcm2 info menarik kita dapat...








      Delete
  8. Subhanallah, disini pun hujan mula membasahi bumiNya, hihi lari lintang pukang model kak Mala.. bahagianya Kaspin kan ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaspin ni dia bahagia kalau berkawan dgn orang ja..dgn kucing lain dia tak mau berbaik lansung. Selalu berprasangka dgn kucing luar..cuma dgn si Kastih je dia boleh tahan sikit2..tu pun sebab anak dia..

      Delete
  9. di shah alam pun dah mula mendung dan baru sehari dua hujan tapi taklah lebat sangat.
    baru tahu ada pokok ketumbar jawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya ketumbar ni berasal dari jawa kut..saya dulupun tak kenal juga. Baru akhir tahun lepas tahu.

      Delete
  10. Kaspin nampak makin sihat dan bertambah bam bam nampaknya.
    Senang hati agaknya ada teman sejak kak Mala bersara.
    Ada penyelidik dari USM penang turun ke KBB bulan lepas nak dapatkan sample ginseng jawa.
    Katanya taman botani di Penang pun takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus KBB jadi tempat bahan rujukan untuk dapatkan herba2 ni. Amboi sebesar taman botani Penang pun depa boleh tak dak pokok ni. Awat buat lece org Penang ni...hehehe....

      Delete
  11. Banyaknya ilmu baru diperolehi bila kakak baca entri KakMala ni tau.
    Sungguh kakak pun tak tahu pokok ni boleh makan. Sebab setahu kakak tanam utk hiasan sebab bunganya:) Daun ketumbar Jawa tu jiran cina kakak ada tanam tapi kakak dan bagi tapi kakak buat sayur tumis-tumis aje. Oklah juga cuma anak-anak tak suka.

    Memang senang jadi Kastih, terlentang macam mana pun tak ada siapa kacau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau dia tu memang orang tak suka..banyak org ckp mcm bau pijat..hahhaha..tapi entah macamana la ni kak boleh pi suka aroma dia..mcm segar gitu...

      Delete
    2. Assalamualaikum kak Mala,
      Syukur Alhamdulillah hujan pun dah mulai turun membasahi bumi Pontian, kurang skit kepanasan yg melanda bumi ini hihi...cantik2 pic kakak snap, ni yg buat Julie suka baca blog kakak ni, informatif & penceritaan melalui gambar ni, mmg menceriakanlah. Geram jg Julie tgk ketumbar jawa tu, dh lama mencari ni, jual ke kak? Hihi...mmg seronok tgk kucing kakak tu, relax je dia ye...

      Delete
    3. Waalaikumusalam Julie,
      Ketumbar jawa tu nanti kak hantar benih. Julie komen lewat sikit ja, petang kemarin dah habis tabur benih dia. Tunggu ada satu jambak lagi sedang keluar bunga. Nanti masak kak pos kan ya..

      Delete
  12. Assalamualaikum, semoga diberikan kesihatan yang baik.
    Suka dengar hujan dah turun, bumi yang tandus kembali hijau. Alhamdulillah, tempat saya juga hujan turun dengan lebat pagi ini...
    Saya ni agak naif dengan tumbuhan herba walaupun minat berkebun. Apapun setiap kali singgah di sini bermacam-macam pengetahuan yang saya perolehi...halalkan ye ilmunya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikunusalam Abu,
      Kebanyakkan info yang kak post disini adalah melalui pembacaan & dicussion sama kawan grup fb. Kak pun masih baru dalam hal herba2 ni. Dulu2 selalu dengar org tua2 kata..'pokok ni ubat besar ni'..tapi selalunya habis kat situ ja..tak tahu buat ubat apa..bila dah tua begini baru kita mulai faham khasiat pokok2 disekeliling rumah.

      Delete
  13. dulu tinggal kat kg, bayam tu bnyak keliling rumah..
    x lalu pun nak mkan.. skrg, emm baru tahu...semua kalau boleh nak tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis bayam kampung yang selalu dimakan ada 2 jenis satu bayam tanah/pasir daun dia gelap dan kecl sikit. Satu lagi yang jenis daun2 besar tu..

      Delete
  14. Masa budak2 dulu saya pun rasa ketumbar jawa busuk tapi bila dah berumur ni tak terasa busuk pula. Adik saya pun sama.

    ReplyDelete