Saturday, 30 April 2016

Tridax Procumbens - Coat Button / Kancing Baju

Mesti biasa tengok pokok ini. Tumbuh liar di merata tempat dan kawasan tapi boleh kata hampir semua orang  tidak tahu namanya. Apalagi khasiatnya. Saya sendiri puas mencari. Susah bila nak search google tanpa tahu nama pokok.  Akhirnya saya berjumpa juga dengan nama melayunya iaitu Kancing Baju.

Dari kecil saya memang suka dan kagum dengan bunga comel ni. Selalu saya pungut bunganya kala berjalan pulang dari sekolah. Juga buat main masak-masak. Kawan masa kecil saya cakap namanya - Bunga Tahi Lembu - sebab pokok ni selalu tumbuh tepi tahi lembu. Katanya...

Bila-bila masa saya tetap teruja melihat pokok ini. Apalagi waktu dia berkembang penuh satu padang. Nampak suasana ala-ala luar negerilah konon. Lihat mangsa saya -  posing masa musim panas 2014.

 Walau di takrif sebagai rumpai tapi dimata saya ia tetap sebagai kelompok bunga yang comel dan manis di pandang. Hari ini saya mahu bercakap mengenai resepi baru yang saya dapat dari kawan grup fb. Saya sudah mencubanya. 

Buat teh bunga...sedapnya. Sebiji rasa macam crysanthemum tea. Sebab tu mereka panggil namanya kekwa liar/kampung. Waktu itu saya tidak tahu pun rumput ini rupanya ada khasiat tersendiri. Saya terus google. Wah.. info yang keluar cukup buatkan saya teruja. Sangat banyak kegunaanyya. 

Dari situ baru saya tahu nama botaninya ialah Tridax Procumbens. Di panggil juga Tridax Daisy. Berasal dari Amerika Tengah & Selatan.  Famili Asteraceae. Jadi boleh juga dipanggil daisy atau kekwa liar sebab datang dari kelompok yang sama. 

Namun dalam pembacaan, tidak ada info khusus mengatakan  bunganya sedap dibuat minuman. Rata-rata ditulis mengenai tentang khasiat keseluruhan pokoknya. Selain dari daunnya yang  boleh merawat luka, pokok ini juga boleh merawat radang kerongkong, rambut gugur, cirit birit, disentreri dan beberapa kajian untuk pemulihan hati dari penggunaan dos ubat  & toksid yang berlebihan.

Ini bukan kajian tapi saya lihat di kawasan rumah, kupurama  dan serangga kecil suka sangat hinggap di bunga ini. Mungkin madunya juga berkhasiat. Gambar-gambar ini saya ambil sekitar tahun 2014. 

Di Ghana, rumput liar ini digunakan dalam ramuan tradisi mengubati malaria dan serangan parasit bawaan lalat tsetse. Ada kajian juga untuk penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan chikugunya.

Sungguh hebat khasiat tradisi perubatannya sehingga ada yang membuat kajian termasuklah untuk kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kalau rasa berminat bolehlah semai bijinya dari bunga yang kering atau dari anak-anak yang tumbuh meliar. 

Begitulah rahsia alam dan kebesaran Tuhan. Cuma kita manusia selalu memandang dan menilai dengan satu arah sahaja. Saya pula selalu menilai dari segi kecantikkan semata-mata. 

Model berjalan penuh perasan dalam rumpun daisy liar. Masih dimusim panas 2014. Homestay sebelah rumah.

Model kedua...bad mood masa ni...

Semua info menarik ini saya dapatkan dari laman web Mr Beng Jin Chee ( info lebih jelas )  yang saya jumpa dalam pencarian google. Penyelidik Bahagian Hasilan Semulajadi FRIM. Beliau juga telah mengeluarkan beberapa buku mengenai herba. Rencana berkaitan juga boleh di baca dalam makalah-makalah  semasa. Credit untuk beliau.

Jadi kawan-kawan memang terbukti rumpai berkhasiat ini sangat membahagiakan tekak dimusim panas begini. Sedap bila  di minum sejuk. Kutip bunga, basuh, rebus dengan gula/gula batu. Hidangkan samada panas atau sejuk. Mungkin ini saja rasanya kajian dari orang Malaysia setakat ini. Walaupun kecil tapi kearah sumbangan yang besar. Untuk selamat,  pungut bunga yang dijamin tidak tercemar kebersihannya. 

OK kawan-kawan happy blogging & happy gardening.











33 comments:

  1. Such a pretty post! Lovely lovely!! Best pic is the one with the cat. Happy Saturday and happy photographing, Normala.

    ReplyDelete
  2. Assalam kak.. saya pun teruja baca.. banyak khasiatnya.. cantik pula tu .. memang disukai rama-rama..bila dikumpulkan jelas seperti kekwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mar,
      itulah cucu kak kata bunga kawin...( hand boquet )

      Delete
  3. Assalamualaikum kak Mala,
    Alhamdulillah bertambah lg info Julie berkenaan dgn tumbuh2an herba ni kak, terima kasih bnyk2 utk perkongsian info ni,ingatkn rumpai liar je, rupanya herba yg berkhasiat hihi...dlu masa kecik2 bunga kancing baju ni jd mainan kitorang gak ni kak, seronok petik2 bunga ni buat mainan, x sangka bermanfaat. Terima kasih banyak2 utk info ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie,
      memang kak sendiri pun tak tahu lansung pasal khasiat bunga ni. Kalau tak kerana grup posting pasal teh bunganya memang sampai kesudah tak tahu jugak lah

      Delete
  4. Satu info yang sangat berguna.
    Boleh cuba buat minuman teh herba bunga kancing baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tu kak pun takut nak minum tapi bila jumpa info pasal khasiat pokok & bunga kancing baju ni terus rasa lega...

      Delete
  5. Kak Mala, thanks for the beautiful sharing. Pictures are so lovely n romantic 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Olive. Sharing is knowing...

      Delete
  6. Bonitas fotos!!! Saludos desde España.

    ReplyDelete
  7. Kami di sini pun kadang memanfaatkannya sebagai bahan obat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Endah lebih maju kedepan kerana sudah tahu manafaatnya sebagai bahan obat.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Eh, biasa sangat dengan pokok ni, tapi buat tak tahu je. rupa-rupanya ada khasiat yang tersendiri. satu lagi pengetahuan yang dapat saya miliki dari blog ini. terima kasih kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu,
      Memang pokok ni boleh jumpa kat mana2 pun. Cukup tahan lasak dan boleh tumbuh kat tanah gersang pun. Walaupun begitu bunga ni cukup popular kepada photographer seluruh dunia. Sering di ambil gambarnya.

      Delete
  9. Nampak jer kecil, tapi khasiatnya mengalahkan bunga2 besar yang hebat dan cantik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul KN nampak je kecil, dah tu rumpai lagi tapi banyak khasiatnya

      Delete
  10. bunga yg tumbuh meliar rupanya punya nilai perubatan yg tinggi..

    ReplyDelete
  11. pernh dgr org buat air tp x pernha cuba..

    cantiklah gambar akak ambil.. org yg menghargai alam gmbr pun jadi cantik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana khasiatnya pun kak memang suka sangat dengan bunga ni...tu yang present dia cantik2 tu..hehehe..

      Delete
  12. Hanya jauhari yg mengenal maknikam
    Begitulah mudah kata kalau kakak nak komen hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zakie hanya jauhari yang mengenal manikam..

      Delete
  13. Teruja betui baca post kak mala ni...coz i oso hv alot of this kind of shrub in my neglected backyard..
    tq so much for the info

    ReplyDelete
  14. WOw! Banyaknye khasiat pokok ni! I pernah jugak kutip bunga ni waktu kecil kecil dulu! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Malar sapa2 pasti teringat zaman kecil bila tengok bunga comel ni..

      Delete
  15. Salam Kak Mala,


    Baru saya tahu khasiat serta namanya. Selama ni saya cabut buang je hahaha. Tapi comel bunganya. Tengok kucing Kak Mala, teringat Ben :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an Ben selamat walau dimana dia berada.

      Delete
  16. Dulu masa jalan kaki balik dari sekolah agama rajin kutip sambil balik rumah.
    Sekarang Abby rajin kutip nak ke kereta apabila ambil dari daycare.
    Musim kemarau pun boleh hidup bahagia tumbuh di celah-celah rekahan simen di tengah panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa jadi budak2 tak kira zaman mana mesti ada kenangan main dengan bunga ni ya...

      Delete