Monday 5 December 2016

My Tomatoes Cherry

Tomato adalah pokok yang paling senang di tanam dan seperti cili, anak pokoknya kadangkala mudah dijumpai di tepi rumah. Namun begitu pokok tomato saya selalunya gagal berbuah lebat. Itulah masalah besarnya bila menanam pokok ini.

Kalau berbuah pun adalah empat atau lima biji sahaja macam dalam gambar ni.  Pernah juga berbuah sebiji saja sedangkan pokoknya tersangat subur.

Namun saya tidak pernah serik menanamnya kerana pernah satu ketika dulu sekitar 2010, tomato ceri yang saya tanam atas lunggok sampah belakang rumah berbuah lebat. Ini sebahagian ranting yang buahnya sedang memerah. Gambar lama dari camera handphone sekupang saya dulu. 

Setelah bertahun mencuba akhirnya menjadi juga tomato ceri saya kali ini. Tapi jenuh juga nak kekalkan bauh masak di pokok. Puas berpesan pada anak sebab dia suka makan buah muda. 

Sedangkan saya suka makan buah masak. Ini tuaian pertama. 

Saya biasalah, suka makan mentah cara begini. Sebagai pengganti daun salad saya campurkan bayam Brazil segar bersama  sayuran lain. 

Menurut rakan saya, kebanyakan pokok sayuran dan bungaan sudah di patenkan jadi benihnya samada tidak ada atau kalau ada pun, bila ditanam tidak akan menjadi seperti yang kita harapkan. Sebelum ini benih tomato saya adalah dari buah yang saya beli di pasar. Jadi untuk mendapatkan hasil yang baik saya beli on line benih tomato  ceri anggur. Subur pokoknya dan sudah mulai berbuah.

Mmmm...nampak. Sebiji saja setangkai. Tak jadi bergugus macam anggur pun. Ke awal lagi....atau benih F1 pun tak menjanjikan buah yang lumayan juga...kena tunggu dan lihat lah...


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



30 comments:

  1. Sedapnya makan begitu sahaja...rangup-rangup kan? :)

    ReplyDelete
  2. abg unni makan tomato ni mcm makan epal.. sedap je tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pula kalau makan mentah begitu mesti yang betul2 ranum. Ada manis2 sikit. Kalau yang masam tu tak berapa gemar

      Delete
  3. saya jugak suka makan mcm tu ja...selain sedap dibuat jus,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak buat jus pun yang tanam sendiri ini. Kadang2 kak ngap terus dari pokok masa duk menyiram tu..tak sempat nak kumpul pun.

      Delete
  4. Sedap tomato ceri buat salad..

    Tu lah kan bila tanam susah pulak nak menjadi bergugus buahnya...
    Itu kira jadikan Mala tanam..
    Kalau akak tah jadi ke tidak buah tu :D

    ReplyDelete
  5. Geram kakak tengok yg merah-merah tomato ceri.
    Kalau masuk mulut satu-satu pun best sangat ni

    Kakak ada juga tanam dah gemuk sangat pokoknya dh tapi ada bunga tak jadi buah.
    Tengah tunggu juga harap bunga dia boleh jadi buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 menjadilah. Tomato ni seingat kak dulu2 zaman kecil, arwah mak tanam naik buah berketul-ketul. Sampai rebah kekiri kekanan pun masih duk berbuah juga. Bukan pakai baja apa pun...Rasa2 betul lah ada orang cakap tanah kita sekarang dah hilang nutrisinya...

      Delete
  6. Harap pokok tomato Mala berbuah lebat! ;)

    ReplyDelete
  7. Tuuu dia gerammmmnya....nmpak macam manis bersari...tahniah kak mala...kami punya tk lebat mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalai kedua berbuah lebat dalam jarak masa hampir 6 tahun...yang lain2 tanam tu naik sebiji dua saja.

      Delete
  8. Harap2 mendapat hasil yang lumayan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alahai kiutnya buah tomato tu, geram menengoknya. Anak pertama dan kedua saya suka sangat makan buah tomato. Kadang-kadang dimakan mentah begitu aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Anak-anak Abu besar esuk mesti suka makan ulam..hehehe...

      Delete
  10. Amboi suburnyer lahai, biasa beli jer, kalu tanam sendiri kan puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun ada tanam tapi time kepasaraya sebulan sekali saya tetap membeli buah tomato yang besar dari cameron. Bukan apa tak tahan tengok buah yang besar, licin berkilat, merah terang segar bugarrr...dan harganya murah. Ada hari murah tinggal seringgit lebih saja sekilo...

      Delete
  11. Assalamualaikum kak Mala,
    Bestnya tengok pokok tomato cerry tu berbuah lebat, Julie pun ada tanam jenis mcm ni gak tp X la berbuah lebat, pokok je yg subur, buah setakat 5-6biji je hihi...rasanya tomato muda X bagus utk kesihatan jika dimakan, Julie pernah terbaca dlm 1 blog, just for info. ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..kenapa yang muda tak eluk dimakan ya...kak tak tahu pula. Kak kalau yang muda kalau buh dalam air asam mesti makan.

      Delete
  12. suka juga beli ni, tapi macam not worth it sebab harganya. untungkalau boleh tanam. pakai biji benih atau tanam cemana kakmala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai biji benih yang beli kat pasar tu Raihanah. Ni nak menjadi banyak pula keluar buahnya.

      Delete
  13. Wah... menjadi buah tomato akak .. kena semai balik benih2 yang ada.

    ReplyDelete
  14. allahu 'cantik'nya buah... suka tengok pokok2 camnih..sejuk je mata menengoknya..terbangga pun ye

    ReplyDelete
  15. Kekadang masalah pendebungaan juga buah tak lebat Kak Mala.
    Geram tengok hasilnya.

    ReplyDelete
  16. feveret nih tomato ceri kecik2 macam ni. lebih manis, rangup.

    ReplyDelete