Sunday 14 May 2017

Layan Mata & Hati.

Sudah lama saya tidak memijak pantai walau duduk di pulau yang dikelilingi laut. Bukan tiada masa cuma bila usia meningkat perasaan untuk  'menikmati' rasa sedikit mengurang. Perkara biasakan...
Beberapa hari lepas baru terasa nak mengikut anak menginap di hotel suaminya bekerja. Dalam musim hujan boring juga tinggal seorang dirumah.

Lagipun tahun ini saya tidak keluar bercuti seperti biasa. Jadi  menempek saja buat rasa hilang rindu. Villa tempat menginap. Four Season. 

Namun saya tidak bermalam disini. Biar anak menantu dan cucu ber hoora....Qaseh paling exited. Belum sempat nak ambil gambar ruang tamu dia dah berguling berlompat atas katil. Suka sangat....memang tujuan kesitu pun untuk happykan dia.

Habis semua tempat dia nak panjat. Abah Qaseh melayannya buat kopi.

Manakala ibunya pula sibuk hantar gambar perangat maksunya di kampung....

Dalam hujan rintik saya sempat kepantai untuk ambil gambar.  Pantainya sangat bersih, luas dan panjang sekitar 1.5 kilometer. Kami datang waktu low season jadi tidak ramai pelancong disini.

Saya suka landskap hotel ini. Sangat luas, hijau, damai dan nyaman.  Keseluruhan  kawasan dilatari unsur air, kolam buatan, batuan dan kayu kayuan. Kerana terlalu luas saya tidak dapat merakam kesemua tempat cantik cuma dapat menyaksikan keindahannya semasa di bawa keliling dengan buggy dalam hujam.

Uniknya lagi sebahagian kawasannya  bersempadankan dengan sebuah bukit, Membuatkan persekitarannya cukup kelihatan semulajadi. Malangnya terlupa nak snap sebab ralit duk tengok.

Mmmm...apa nak kata...dah semulajadikan....jumpa kulit ular terselit dicelah blok batuan pembahagi bilik sebelah.

Pasu-pasu hiasannya pun cukup besar dan tinggi.
Tiang kayu yang di gabungkan menyerikan banggunan.

Lagi pasu besar depan villa. 

Dalam hujan saya perhatikan pokok kemboja berbunga putih mendominasi pokok tanaman lain di sini. Ini kerana bunganya digunakan untuk SPA.

Bunga yang gugur...

Hajat hati nak ambil gambar kolam renangnya yang mengadap pantai namun hujan masih belum berhenti jadi snap kolam kecil dalam bilik saja. Gambar pun agak kabur. Mmm...Qaseh tak menyempat nak mandi.

Mandi sampai kecut...

Sampai rumah hubby tanya, Qaseh macamana. Tentu saja happy, non stop melompat kehulu kehilir....jawab saya. Hubby senyum memanjang. Syukur kehadrat Ilahi sempat melihat anak & cucu hingga kedetik ini.  Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang nenek bila melihat anak dan cucunya ketawa didepan mata. 
Selamat berhari minggu kawan-kawan juga Selamat Hari Ibu!



Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










26 comments:

  1. qaseh comel~~~~

    view yang sangat sejuk mata memandang..subhanallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat nyaman Husna...kalau menantu tak kerja sini memang tak mampu nak check in pun kalau tak dak ribu riban...hehehe...

      Delete
  2. View yang menakjubkan.
    Pantainya seindah lukisan.
    Terasa ingin ke sana.

    Selamat hari nenek, opps hari ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a WP....hari nenek ada ke..tak pernah dengar pun..hehehe....

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di mana tu kak? Cantik sangat tempatnya. Teringin benar nak ke sana, kena dengan jiwa 'hijau' saya. Tapi bila dengar ribu-riban...hmm kena pikir dua kali la...tapi tak tahu la kut dapat sponsor dari mana-mana..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu,
      Hotel ni di Langkawi juga sebab tu kak balik hari tak tido situ. Semua bilik disini memang bermula dari ribu riban.Tapi dah menantu staff hotel bolehlah menginap percuma. Itupun kena kumpul point dengan jumlah tertentu juga. Kalau tak memang tak merasa..hahaha...

      Delete
  4. memang sangat cantik tempatnya..damai dgn suasana hijau...
    eh kalau saya kesana rasa tak mau balik rumah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula Kam...rasa macam nak bermalas-malas kat situ lama-lama.

      Delete
  5. Cantik pantai! Bersih! Cucu Mala cute betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bersih sangat pantainya Malar. Private. Tidak terbuka untuk umum. Hanya untuk guest yang menginap disitu saja.

      Delete
  6. tingal sorang kat rumah mmg boring kan nekmala... hrrmm, kene ade teman tuuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan2 semua kerja...kawan dengan kucing je kat rumah..hehehe...

      Delete
  7. cantik tempatnya kak mala. mendamaikan dan menenangkan

    ReplyDelete
  8. What a beautiful place! Btw you have a lovely family. Hope there were lots of good and delicious food there too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..the food are so good & the service are so excelent.

      Delete
  9. wah mala di langkawi ka...patutlh cntik sgt view di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya menetap disini dah hampir 29 tahun.

      Delete
  10. Memang cantik2 pemandangannya...tapi tang kulit ular tu tiba2 seram pulak..ha ha ha..

    Selamat menyambut ramadhan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  11. Sewaktu saya bertugas di Langkawi dulu sempat beberapa kali saya ke sana untuk bertemu beberapa orang petugas Four Seasons. Tempatnya bagus. Spanya sering mendapat tempat sebagai spa terbaik dinegara ini. Bulan lalu sewaktu ke Langkawi sekali lagi, saya hanya sempat berhenti di tempat istirehat di tepi Four Seasons....nak masuk ke dalam dan minum tak mampu dan kemungkinan besar tidak dibuka untuk public..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak mampu uncle, kalau mampu pun mungkin pikir juga 100 kali...hehehe...Ini tumpang menantu dapat nginap dan makan minum percuma.

      Delete
  12. Besar juga kulit ular tu.
    Bila lah ada rezeki nak ke Pulau Langkawi lagi ni, bolehlah lawat Kak Mala dan tengok sekitar Four Season ini.
    Nak duduk nginap macam tak mampu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun rasa agak besar juga.Menurut menantu saya mana2 staff hotel yang dapat tangkap ular akan dapat point kumpul yang tinggi.

      Delete
  13. Nice place for a holiday,kalau kulit ular ada menandakan tempat tu sunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mr Thomas, tempat ni sangat tenang dan sunyi kerana kawasannya luas bersempadankan bukit & pantai. Landskapnya berlatarkan air, batu batan & pokok2 hijau. Sejuk saja kelihatan sebab tu ular suka..

      Delete