Musim hujan. Tak banyak yang boleh saya buat dan cerita. Kebun saya kebanjiran. Sayuran seperti sawi dan kailan banyak dimakan siput. Manakala putik-putik timun jepun saya yang sudah sebesar kelingking jadi layu disengat sejenis serengga pianggang / kesing. Baunya busuk macam pijat. Rumput pun cepat saja memanjang tenggelamkan rupa bentuk lanskap kebun saya..
Sebahagian penjuru kebun yang digenangi air...
Jadi saya rajin semula melihat bunga-bunga di depan rumah. Ini bunga aster. Saya beli bulan lepas dari seller on line. Satu warna ungu muda dan satu warna putih. sebesar duit lima sen saja bunganya namun kelopaknya bersusun comel.
Warna putih....Saya beli dua warna ini untuk melengkapi pokok aster kampung yang sedia ada di rumah. Dulu-dulu arwah mak saya sangat suka bunga ini. Tanam merata.
Pokoknya tinggi sekitar 2 kaki. RM15 sepokok dengan kos pos sebanyak RM18. Mmm..saya berharap boleh hidup lama dan sempat saya semai anaknya. Jika tidak rugi RM48 ya...
Ini juga sejenis aster, Saya beli benihnya dari pasaraya RM4.00 sepeket. Hidup dan berbunga juga. Namun tidak panjang hayat. Mati.
Walau apapun tak boleh lawan dengan aster kampung ini. Tahan lasak. mudah hidup dan ramah berbunga. Ada juga orang panggil pokok daisy. Pokok berbunga lebat ini saya tempatkan dipinggir kotak sayuran dikebun. Tidak peduli langsung tapi ceria sungguh dia..
Memandangkan hujan berterusan ( mungkin sampai hujung tahun ) jadi saya ambil keputusan untuk gantung cangkul buat sementara waktu. Mungkin selepas raya baru saya berkebun kembali. Sekarang cuma beri perhatian pada pokok yang sedia ada sahaja.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
oh ni bunga aster. mcm bunga plastik. biasa tgok yg warna purple je..
ReplyDeleteAda warna lain selain purple. Tapi kat kampung dulu2 masa zaman anak dara arwah mak tanam 3 warna. Purple tua, putih & purple muda.
DeleteCANTIKNYA BUNGA ASTER..DH SANGKUT CANGKUL BULNRAMADAN YA MALA TAPI KEBUN TETAP JUGA KENA PRHATI TIAP HARI KAN
DeleteMemang kena tengok juga tapi banyak juga yang saya biat terutamanya pokok2 bunga renek. Hujan2 malas nak jejak kaki.
DeleteCantiknya. Beberapa kali saya tanam aster dari biji tapi tak berhasil, pernah beli tanaman berbunga tapi tak hidup lama, masih perlu belajar.
ReplyDeleteAster kampung lebih berbaloi ditanam...bunganya lebih besar dan pokoknya sangat lasak, boleh hidup dimana saja. Yang saya beli jenis aster tempat sejuk. Saya masih tercari dua warna lagi dari aster kampung ini.
DeleteHaha... you are so funny. You found a good place to keep that cangkul, Normala. Btw those two pink ones are Aster leavis? I hope so, as you have been looking for it for some time, right? The white one seems like China aster.
ReplyDeleteOh, I thought the pink one which I sow from seed was china aster because the leaves are different. More bigger and dwarf variety.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteMusim hujan rupanya di tempat akak, kat tempat saya panas deghing (amat). hampir 24 jam kipas berpusing di rumah...
Cantik tempat sangkut cangkul tu...jangan hilang dah la..hehehe
Waalaikumusalam Abu. terima kasih dengan doa dan harap Abu sekeluarga pun sihat2 juga.
DeleteKalau ikut musim panas selalunya disini bermula dari Dec - April. Tapi tahun ini bulan Feb sudah start hujan lebat. Musim kemarau pendek saja kali ini. Dalam sebulan setengah. Cangkul tu kalau letak kat luar memang hilang pun...
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya tengah dok belajaq pelan-pelan ni.....bila sebut sawi, saya nak pi cari benih sawi satgi...tq for the ideas!
Tanam sawi jenis hongkong cantik. Daun tebal.
DeleteOh, I love these beautiful flowers !!
ReplyDeleteGorgeous photos !!
Happy May !
Thanks Ela. Happy May to tou too!
Deletememang musim hujan sekarang!
ReplyDeleteCantik bunga bunga tu Mala!
Kebun saya habis semak samun dahh....
DeleteMusim ni macam panas sikit cuacanya.
ReplyDeleteBanyak juga anak pokok ceremai atau belimbing buloh yang dilihat pada gambar akhir?
Ya..ada kak tanam belimbing buluh 2 pokok. Tapi pokok cermai tak ada. Yang nampak sikit daun tu pokok merunggai.
DeleteSalam sis. macamana cara nak jaga aster tempat sejuk? ada tips tak? saya ada beli aster dari Cameron. pokoknya dah mula layu. ada 3 dahan baru, tapi dahan baru ni pun dah mula tak bermaya. sayangnya.
ReplyDeleteterima kasih
Salam.
DeleteKadang2 bergantung pada nasib juga. Aster yg dari nursery selalu ditanam dlm cocopeat jd tak blh terover siram. Agak cepat masam. Mana2 btg yg kecut kerat dan rendam dlm air biar dia segar semula. Kemudian semai guna tanah biasa. Selagi btgnya hijau biarkan saja. Lama2 akan tumbuh anak. In sha allah anak tersebut akan membesar dan berbunga.