Saturday 22 July 2017

Laktud / Rumpailaut - Seaweed

Siapa pernah makan rumpai laut ? Di tempat saya ( Langkawi ) rumpai laut yang terkenal dengan panggilan laktud/laktut ini merupakan sejenis makanan eksotik  yang sangat istimewa dan di gemari. 
Pada musim-musim tertentu rumpai ini akan membiak. Bagi orang yang mahir dan tahu tempatnya akan turun ke pinggir laut untuk mengutip. Kualitinya bergantung pada tempat dan persekitaran di mana ia membiak. 
Selalunya di makan mentah bersama sambal kerisik. Tidak berbau hanyir. Teksturnya agak kenyal macam agar-agar. Meletup-letup dalam mulut bila di kunyah. Laktud tidak boleh terendam air tawar atau di basuh terlalu awal kerana dia akan mencair dan menjadi hampas. 

Minggu lepas anak sulung saya yang tengah mengidam membelinya dipasar hari dengan harga RM10 sekilo. Cantik sangat bentuknya. Ini dipanggil laktud anggur atau laktud lada. Seorang kawan saya pernah membelinya di Kota Kinabalu. Sabah memanglah tempatnya. Namun katanya baunya agak hanyir. Di sini terdapat dua jenis rumpai laut yang lazim dimakan..

Jenis laktud berdaun/berjari lipan ini adalah yang paling femes dan digemari. Maaf gambar agak kabur. Saya ambil dari pakcik google. Teringat masa mula-mula datang Langkawi sekitar akhir 80an. Yang menjual datang berbasikal dengan muatan kotak kayu di belakang. Sekupang atau sepuluh sen  satu pot susu. Berebut-rebut sepupu saya meratah penuh selera. Saya cuma mampu telan air liur. Kembang tekak. Memang tak boleh masuk. Nak termuntah dengan rasanya yang masin payau.

Sampai sekarang hampir 30 tahun berlalu saya masih belum boleh makan lagi laktud ini. Anak suruh juga saya cuba sedikit. Saya ambil setangkai dua, cicah sambal kerisik. Mmmm...boleh telan pula. Rupanya yang jenis lada ini tidak berapa masin sangat berbanding dengan jenis laktud lipan. Orang yang tidak tahan perut tidak boleh makan laktud ini berlebihan, akan cirit kerana dikatakan bersifat panas walau hampir 100% kandungannya ialah air.

Bila cerita pasal laktud mesti ingat pada bronok juga. Kisahnya boleh baca di sini. Salah satu lagi makanan yang cukup-cukup eksotik di Langkawi. Yang ini lagilah geli melihat kerana dia sejenis haiwan laut. Berpuluh tahun juga tekak saya ambil masa untuk menerimanya. Walaupun menjadi kegilaan penduduk tempatan dan penggemarnya  ia tetap bukan my feveret. Not my taste...mat saleh kata. Kalau datang ke Langkawi dan terjumpa di kedai makan, silalah cuba menjamu selera. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!













22 comments:

  1. INFO BARU NI MALA...XPERNAH TAHU TNTNG LAKTUD NI WALAU KAMPUNG ASAL TEPI LAUT DKT PULAU BUNTING BUKN PULAU BUNTING LNGKAWI TAPI DI YAN

    ReplyDelete
  2. Kalau saya tidak silap laktud ini cuma terdapat diperairan Langkawi dan Sabah sahaja. Mungkin juga ada di negeri lain tapi ramai orang tidak tahu ia boleh dimakan.

    ReplyDelete
  3. Xpernah tau pasal rumpai laut ni.
    Bila2 ke Sabah r Langkawi nanti bolehlah cuba try makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Langkawi tak selalu ada. Kat Sabah mungkin sentiasa jumpa di pasar sebab disana lautnya luas dan rumpai ini tumbuh dengan banyak tapi tak pasti pula samada ia juga diternak macam rumpai laut merah & perang tu..

      Delete
  4. Kat Sabah ini memang kaya dengan pelbagai rumpai laut, lebih-lebih lagi di Semporna ada penternakan besar rumpai laut ini. Kalau naik bot sana lautnya cetek memang boleh nampak rumpai laut di setengah-setengah kawasan.
    Diana pun tak pandai lagi makan rumpai laut ini.
    Sekarang ini baru masuk phase mencuba pelbagai jenis makanan laut bercangkerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pula kalau bab makan jenis siput2 ni memang suka sangat.Kalau kat Sabah mesti ada pelbagai jenis makanan bercengkerang ni ya..Maklumlah lautnya luas dan kaya dengan hidupan marin.

      Delete
  5. Makanan ni banyak kt Sabah kak.. dah jadi salah satu makanan tradisi...hehe.. cuma tulah sy tak makan sangat... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah memang tempatnya Tie.Kat Langkawi ni sesekali musim adalah jumpa orang jual. Sekitar tahun 2010 dulu kak pernah order rumpai laut dari Sabah yang warna perang tu buat jelly & makan. Adoi..hanyir pun sanggup telan. Kan masa tu viral sat rumpai ni & menjadi kegilaan orang kat semenanjung ni...

      Delete
  6. Saya tak perenah try pon walaupun pernah menetap dan bekerja di langkawi suatu waktu dulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang luar susah nak jatuh cinta kat laktud ni Uncle..hehehe

      Delete
  7. Tak pernah sekali pun saya makan laktud sebab tempat saya lautnya tak ada tu. Kat pasar pun tak jual. Kalau ada cuba nak jual mungkin tak laku.

    Bila tengok gambar kat entry ni saya rasa saya lebih sanggup makan laktud berbanding dgn bronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa makan bronok dulu saya tak pernah jumpa dia hidup2. Selalu makan yang dah readymade kat kedai makan atau rumah orang kenduri. Waktu tu tak pernah ada orang jual cara terbuka. Cuma dengar saja orang cerita bronok tu rupa dia begitu begini. Waktu tu tak rasa apa2 pun tapi bila dah tengok sekali...mmmh..terkejut ada geli pun ada.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sahabat dari Sabah menceritakan mengenai rumpai laut ini. Kebetulan beliau berasal dari kampug air di Sabah yang memang menjadikan rumpai laut sebagai hasil pendapatan. Saya belum pernah memakannya, rasanya tekak saya juga tidak mampu menelannya. Bronok pula pertama kali saya tahu dan melihatnya di sini. kat tempat saya bronok ni nama sejenis kuih, sagu yang digaul dengan kelapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bronok kat sesetengah tempat ialah sejenis kuih. Kat Sabah ada pelbagai rumpai laut dan dikomersilkan. Ada ada rumpai dibuat jelly, diternak dan dijual dengan harga yang mahal.Saya pernah order yang kering dulu sebab viral boleh ganti kolagen.

      Delete
  9. Tak pernah dengar. Tapi rumpai nie nampak cantik. Apa rasanya?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak Mala...
    Samalah kita kak, Julie pernah mkn rumpai laut ni, tp x berminat hihi, walaupun rata2 org2 kg Julie mmg suka dgn lato (sebutan org kg Julie) ni, selalunya diorg akan buat jeruk lato, letak cili pedas2...still Julie x bleh nak terima rumpai laut ni hihi...not my taste kata mat salleh hihi...have a great day kak Mala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie...
      Ya, ada kawan cakap kat Sabah dipanggil lato-lato. Sudah dekat sama juga kan dengan laktud ni. Tapi kat Sabah ada bermacam jenis rumpai laut ni kan Julie. Kak masih simpan lagi satu tupperware kecil jelly yang kak masak dari rumpailaut kering order dari Sabah sekitar 2012 dulu. Masih eluk dan tidak berkulat pun.

      Delete
  11. assalamualaikum pn normala...saya nur'atiqah..sye berminat hendak buat kajian berkenaan laktut nie...bleh x sye tahu individu yang mahir tentang laktut nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur'Atiqah.
      Saya tidak tahu sebenarnya siapa yang mahir tentang laktud ini selain dari yang mahir makan saja. Mungkin boleh rujuk dengan Jabatan Pertanian atau Jabatan Perikanan Langkawi.

      Delete
  12. Assalamualaikum puan. saya pelajar Uitm sedang mencari pembekal rumpai laut perang untuk dibuat kajian. Boleh puan share dimana saya boleh dapatkannya jika puan tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Lily.
      Lama dulu kak ada order seeweed kering perang dari Sabah tapi dah lupa pada siapa. Cuba taip google cari pengedar rumpai laut kering. Mesti jumpa senarainya. Harap membantu ya.

      Delete