Saturday 12 August 2017

Rajuk dan Hilang....


Mendung...hujan...mendung...hujan...dah tak ingat berapa lama dah berlarutan. Apa yang pasti tahun ini kawasan perumahan saya ni kaya dengan rahmat tuhan. Taburan hujan yang sangat tinggi bermula dari bulan February dulu kalau tak silap saya sampailah  sekarang.

Bangun dari kemalasan, beberapa minggu lepas saya berusaha mencabut rumput di kebun tanpa cangkul. Saya guna tangan kerana mahu mencari anak-anak pokok yang mungkin tumbuh  dari benih bunga yang tidak sempat saya tuai.  Jumpa juga satu dua tapi ada juga yang hilang terus. 

Butter daisy ni pupus terus setelah bertahun-tahun menceriakan laman & kebun. Hilang begitu saja. Ini harga yang perlu dibayar bila leka dan mengabaikan. Memang ada rasa kesal dihati. Ralat & sedih...

Tapi ada lagi perkara lain yang buat saya sedih. Kucing saya Si Kaspin. Sudah sebulan lebih tak mau tidur dirumah. Dah 5 tahun bela dia dengan penuh kasih sayang. Sekali pun tak pernah pukul. Kiranya menjadi kesayangan keluarga dan popular pada  jiran tetangga. Mana saya pergi bersembang adalah dia kat situ. 

Selama hidupnya Kaspin tidak mahu berkongsi apapun dengan sesiapa walau dengan anaknya sendiri si Kastih. Sikap diva dan dominannya sangat ketara walaupun dia kucing betina. Dia juga tidak suka berkawan dan bermain dengan kucing lain kecuali sesekali bergurau dengan anaknya. Kawannya cuma saya dan jiran terdekat sahaja.

Awal rajuknya dia berehat dan tidur  sepanjang masa  didalam bilik bersama  adik jiran baik saya yang memang sangat sukakan kucing. Berminggu juga dia berulang kesitu. Semua terkejut dengan tingkahnya yang luar biasa dan mereka mensyaki pasti ada sesuatu yang tidak kena. 

Memang betul pun. Kemunculan orang ketiga dirumah saya sejak 5 bulan yang lalu membuatkan dia tidak senang hati dan sentiasa marah. Anak kecil yang membesar dengan penuh kelincahan ini berjaya membuat seisi rumah terhibur dengan keletah nakalnya. 

Kerana tidak tahan diganggu dan tempat kesukaannya dicerobohi membuatkan Kaspin membawa diri. Saya perasan bila dia jarang balik kerumah sampai time makan pun saya terpaksa  memangilnya berkali-kali.  Namun tak menduga dia akan merajuk berpanjangan. Saya mulai risau....

Dia kini  jauh berubah. Tidak selesa bermanja macam dulu. Balik cuma untuk makan kemudian bergegas keluar walau hujan lebat. Tempatnya sekarang di atas tembok  jiran berhadapan rumah. Walaupun nampak dimata tapi terasa jauh dihati...dah rasa kehilangan...

Dulu setiap malam  dia akan menemani saya dengan menempek badannya di depan atau belakang screen . Walaupun menggangu kerja tapi saya tetap suka dan rasa bahagia. Sambil mengetik keyboard saya akan picit-picit hidungya yang lembab.  

Kini semua tempat tidur & rehat Kaspin si Tome dah takluk. Screen computer pun dah beberapa kali jatuh dan hilang warna dek tulahnya. Kini dia  pula yang menemani saya ke kebun. Kaspin cuma jeling-jeling dari jauh atau pun menjarak. 

Ingat dulu-dulu, kalau tangkap apa pun mesti bawa balik tunjuk kat saya. Kat mana saya ada kat situ dia hidangkan. Ini beberapa bulan lepas. Pukul satu pagi. Saya dah tidur pun. Dia bawa masuk melalui tingkap bilik tidur yangmana kacanya saya buang untuk jadikan pintu dia keluar masuk. 

Ini pula tangkapan bulan puasa lepas. Saya kebilik air sebentar selepas sembahyang. Time keluar tengok dia duk tercatuk didepan pintu.  Rupa-rupanya nak bagitau.  Dah terbaring atas sejadah se ekor. 

Rasa kosong bila dia tak ada. Rasa rindu nak main tut cak kat padang.

Pagi petang ke kebun bersama...

Suka-suka ber sessi photo shoot di padang...

Saya selalu berdoa dalam hati agar dia tidak marah dan merajuk lagi. Setiap kali dia pulang makan saya akan mengendong dan manja-manjakan dia sambil meminta maaf.. Harap dia faham.

Saya tak mau kehilangan dia sama seperti saya kehilangan pokok-pokok bunga ini . Dia bukan sekadar seekor kucing tapi juga sebahagian dari ahli keluarga yang saya ada dan sayang. Tiada yang keempat selepas ini. 

Ini satu pengajaraan dan peringatan buat saya. Jangan berleka. Lebih perihatin dan menghargai. Waktu ada leka dan abaikan. Bila menjauh baru nak merindu dan tercari-cari. Hati merana tanggunglah sendiri. Mmmm....saya juga rindu dan tertanya-tanya manalah menghilangnya kawan-kawan blog kita ya...Zakie Purvit, Kak Zai, Kak Nora, Julie M, Honey...Anna...dan ramai lagi angkatan lama...sudah tak meriah macam dulu..

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

35 comments:

  1. Subhanallah... sayu hati. Bagai dijentik hati teringin membelek blog baru tersedar ada teman yg selalu di hati ditinggal tanpa berita.

    Terima kasoh atas doa dam ingatan buat kakakdi Jb sini.

    Sedih juga tengok Kastih.. macam merajuk ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Lama tak bersapa di alam maya ni Zakei. Harap semuanya sihat walalfiat. Banyak kawan-kawan blogger kita yang makin slow...
      Kaspin memang betul2 merajuk. Ya la 5 tahun kita layan dia macam anak sendiri mau ke dia tak berasa bila ada orang baru. Sudahlah dia jenis tak mau berkongsi..

      Delete
    2. Rindu nak baca blog kak zakie jgak. walau baru sebulan dua selalu singgah blog kak zakie, terasa dekat saja tau. harap kak kembali menulis. ramai yg rindu tau. :)

      Delete
  2. Jika kucing pun pandai merajuk, apatah lagi manusia kan?

    Tapi bila sesuatu yang kita sayangi mula meminggirkan diri, pasti kita terapa sepi dan sayu hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Cik, kalau orang tu boleh juga duk tanya2...ni kucing, dia cuma tunjuk reaksi saja bagi kita faham. Itu yang rasa sedih.Sampai masa hujan lebat pun dia redah keluar juga. Sebelum ni dia sangat homely type.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Alahai jauh hati merajuk ye. Kucing pun ada perasaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah...memang tak boleh terima kenyataan dia merajuk tapi itulah hakikat yang terjadi. Selama 5 tahun duk melengkuk dalam rumah tau2 sekarang dah tak mau balik. Balik untuk makan je..

      Delete
  5. panjang benar rajuk si kucing
    tak mau berkongsi kasih sayang tuannya
    dah habis daya situan nak memujuknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah habis daya Kam. Setiap pagi saya akan pergi rumah jiran panggil2 nama dia ajak balik makan. kalau ikut rutin pukul 7 dah makan pagi. Kalau tak kejut dia tak balik. Lapar betul baru masuk rumah. Tu pun tak betah nak duduk lama. Habis makan tergedik-gedik keluar. Pernah saya tutup semua pintu. Gelisah dia kehulu kehilir sampai panjat tingkap nak keluar rumah juga.

      Delete
  6. SIAN MEOW KESAYANGAN MALA DAH MERAJUK...KAK JUGA RINDUKAN RAKAN BLOGGER YG RJN TEGUR SAPA KAK TP DH LAMA TAK MUNCUL SPT KAKZAKIE N ZAI MIIZA DLL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Paridah banyak kawan-kawan lama blogger agak menyepi dan kurang menulis. Agaknya ada channel lain kut...

      Delete
  7. sedih dan sayu entry akak ni. rupa2nya kucing pun pandai terasa dan jauh hati ya. kesian dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing kalau dah layan macam anak memang dia sangat manja dan cerdik tapi tak sangka pula boleh merajuk.

      Delete
  8. Sayu pulak rasanya. Itulah orang kata, masa ade depan mata, pandang gitu2 je. Bila dah menghilang baru tercari2. Harapnya kaspin cepat terpujuk dan balik rumah kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah harap-harap begitulah...saya ni jenis sensitif dengan kucing. Bila dah merajuk itu buat saya sedih hati. 5 tahun duk tidur sebilik....memang terasa bila dia tak dak. Saya ni kalau berjalan jauh atau balik kampung pun asyik teringat kucing kat rumah lebih dari anak pula..hehehe...

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tiba-tiba rasa sedikit sebak membaca coretan yang akhir tu.. Tertanya-tanya akan rakan blogger kita yang dulu sama-sama memeriahkan dunia blog akhirnya menyepikan diri tanpa berita.

    #cantik sangat view kawasan perumahan akak. bukit dengan kabus memutih. padang rumput yang menghijau. lupa sekejap saya pada rajuk si meoww tu. Harap rajuknya dah berakhir...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu..semoga Abu juga berasa dalam keadaan keceriaan dan sihat.
      Kak pun tak tahu apa sebab ramai menyepi sekarang ni. Malas menulis atau mungkin dah jemu atau mungkin menulis pada saluran lain pula. Walau dimana berada harap mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera.
      #### Ini satu keistimewaannya kawasan yang kak duduk ni dikelilingi bukit bukau dari semua arah. Ada hari kabus sangat tebal macam duk luar negeri pula...

      Delete
  10. Sedih kak Zai baca n3 mala. Klau dah bela begitu lama memang sayangnya tak terkata. Kak Zai faham sbb pernah kehilangan rabit kesayangan.

    P/s: kak Zai ada cuma kadang2 kurang sihat maklumlah umur pun dah senja. Ada juga yg rindu rupanya. Kak Zai lebih ke insta buat masa ini. Ni IG kak Zai... Mamasya.r

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai...terima kasih dengar juga keluhan rindu kami ni. Bukan saya, kawan blogger lain pun perasan ramai angkatan lama menyepi. Muncul la sekali sekala..Saya tak dak IG..hehehe...ketinggalan sikit.
      ****Saya risau Kaspin lebih dari risau kat anak...itulah bila dah terlebih sayang..

      Delete
  11. best juga ada kucin, tlg jaga rumah. cantikla kak tempat kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu masa dulu kak dah henti bela kucing sebab dah tak larat nak berair mata bila kucing sakit, mati atau hilang. Tapi sejak 5 tahun lepas terjebak pula sebab tuan asal Kaspin tak mau bela dia sebab dia kucing betina.

      Delete
  12. Harap Kaspin pulang pulang ke rumah cepat! Sedih baca!
    Hope Mala dapat cari pokok butter daisy semula! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas posting kisah Kaspin, dia mula balik lebih kerap dan sudah mahu sesekali tidur siang & malam di rumah. Agaknya dia tahu saya sedih sangat kut...rasa agak lega juga.

      **** sayang betul butter daisy tu...puas saya cari memang tak ada...

      Delete
  13. Replies
    1. Terima kasih mamapp sudi melawat blog kakak. Salam ukhwah.

      Delete
  14. Kaspin pun macam kita ada perasaan. Juga ada sifat merajuk mungkin iri hati. Entahlah hanya Kaspin je yg tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sungguh nak tenangkan dia...2,3 hari lepas sudah mau balik tidur...lepas tu merajuk lagi...

      Delete
  15. Assalamualaikum kak Mala,
    Wah kucing kakak pun pandai merajuk ya hihi! Comel2 kucing kakak. Bunga2 ros jepun Julie pun banyak yg dah pupus, hanya tinggal beberapa jenis je, memang sayang sungguh bila sebahagian koleksi kita pupus mcm tu je, Julie pun lama dah tak menulis dlm blog ni kak, memang banyak yang nak dikongsikan, tapi tu la, belum ada kesempatan agaknya ya hihi...InshAllah ada tuang dan masa Julie akan update blog. Happy gardening kak Mala....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie. Thanks for respon. Rajin2lah menulis...lama tak dengar kabar pasal pokok2 Julie.

      Delete
  16. Sama kes juga dengan kucing Diana ni si Panther , bila bawa balik kawan merajuk lari siap tunjuk perasan panjat pokok tinggi-tinggi tak nak kena ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ada rasa kagum ya kat kucing kita bela ni.... pandai depa tunjuk perasaan.

      Delete
  17. Panjang betul rajuknya ye NS...
    Kucing kat rumah ni pun mcm tu NM. Walaupun tak sampai mcm Kaspin tp ada satu masa tu dia kencing merata walaupun betina, bila kita bela kucing lain ...

    Yelah....lama dah kanda Zakie menyepi. Apa khabar agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang jantan memanjut satu rumah. Dah la musim hujan. Kucing kalau dah manja denga tuan dia suka rajuk agaknya.

      Delete