Wednesday, 14 February 2018

Garden Renovation - My Stepping Stone

Alhamdulillah berkat
doa dari rakan semua saya sudah 90% sembuh dari sakit hampir tiga minggu yang lalu. Namun tidak dapat nak posting disini kerana computer rosak. Cuma hari ini saya cuba berlajar taip melalui handphone. Harap maaf jika tersilap typo atau apa2
Lima tahun sebelum ini saya   berwadah melalui computer. Terkial-kial tercari nak masuk gambar macamana. Terus terang cakap saya tak pandai posting melalui phone. Hari ini first time buat. Rasa lece teramat sangat. Mata pula rabun. Rasa sukar amat. Screen computer kan besar...senang.

Ini dari sebahagian cerita selepas sembuh dari sakit. Renovate garden dan minimize segala pokok. Antara yang terkorban diruang ini ialah pokok alamanda, pokok jambu air dan pokok belimbing kampung.
                
 Sepatutnya ubahsuai di laman depan ini dibuat  dari tahun lepas tapi tertangguh ketahun ini kerana keadaan saya yang tidak sihat. Banyak program yang saya rancang untuk tahun ini tidak menjadi. Saya tidak ralat malahan bersyukur. Saya masih bernafas. 

Ruang tanah kosong ini saya nak tanam rumput carpet dan atur stepping stone. Beberapa hari lepas saya ke nursery mencari paten yang saya mahu malangnya tidak ada. Yang ada pula bersais besar dengan harga yang mahal. Agak sukar mencari barang pilihan disini kerana semuanya terhad. Mahu seperti dihajati harus di order dari tanah besar. Lambat lah gitu...jadi nekad buat sendiri.

First time bancuh simen. Main agak saja. Acuan hubby yang buatkan. Setakat itu saja dia tolong. Saya pula bukan seorang pengarah
 yang baik atau seorang yang sabar menanti. Jadi nak cepat usaha sendiri. Sebelum ni dah banyak upah orang dari mengangkut pasu, tebang pokok dan juga baiki kebun.

Lihatlah duniaaa....jadi jugakan. Nampak jelas corak daun cotton rose yang saya tekap. Setakat ini 14 keping sudah siap. Puas hati walau ada yang herot petot. Penat lelah berbaloi. Muka saya pun dah hitam legam kalah bangla. Angkut pasir, rata tanah, cungkil batu. Semua sendiri bikin. Buruh kasar katakan.

 OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging and happy gardening!
Happy Chinese New Year untuk kawan blogger yang menyambutnya.

16 comments:

  1. Wah boleh buat sendiri . . . Salute! Tetapi Mala nak kena jaga kesihatan juga. Harap cepat sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Memang saya jadi lupa kat penyakit yg dibawa bila buat kerja. Pernah terlupa pi tarik akar kayu.Terasa perut tegang. Cepat2 saya berihat. Takut juga

      Delete
  2. Macam kerja2 berat ni Mala.
    Harap2 jaga kesihatan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kerja berat WP. Bahagian ni tak boleh upah orang.
      WP saya tak boleh nak komen kat posting WP. Tak tau kenapa. Dulu guna computer tak ada masalah pun. Tak tahu nak setting mcmana bg boleh komen.

      Delete
  3. Alhamdulillah, awak dah semakin sihat. Tapi jangan kuat sangat buat kerja tu. Perlahan-perlahan dulu. Tahniah berjaya buat stapping stone tu. Saya ni dari dulu berangan nak buat tapi tak buat-buat jugak. Haha.

    Sayangnya pokok jambu air kena tebang. Tak sabar nak tengok hasil renovation garden awak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan nasihat. Kadang2 saya terlupa saya baru sembuh sakit. Maklumlah nak qada sebulan setengah masa saya terbuang.Memang saya tak boleh buat kerja kelam kabut.Mudah letih.
      Saya sangat teruja nak buat stepping stone dari batu kecil pebbles. Dah beli batu pun.
      Ya sangat sayang dengan pokok buah yang ditebang tak dapat dielak.

      Delete
  4. Cantiknya Blok Tu. Kreatif letak acuan bunga. Tak sabar mama bk tgk hasilnya mesti cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat lagi nak siap mini garden saya. Rumput pun baru tanam ja. sekarang pula musim panas. Mungkin 3 bulan baru nak menjadi kut.

      Delete
  5. idea yang bagus ... stepping stone ... tak sabar nak tunggu siap. apa2 pun kesihatan dan keselamatan #1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih BroRi atas nasihat tentang kesihatan saya.
      Herot petot juga stepping stone saya tapi tak pa kan baru nampak macam semula jadi sikit..hehehe...

      Delete
  6. Wah! Renovation in progress,pasti lebih cantik dan menarik lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah Mr Thomas. Masalah besar sekarang saya harus buat pilihan yang betul pokok apa yang harus dimasukkan. Cuma setengah saja terpilih bakinya terpaksa tinggal dikebun.

      Delete
  7. Cik Mala,
    Tengok cik berkebun,teringin amat nak elokkan tanah sejemput ditepi pagar rumah. Stepping stones tu dok memanggil manggil minta dibuat. Tapi badan dan tenaga rasa tak kuat. Apalagi bila kena jadi misi sepanjang hayat... aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mokaja...kat belah sana boleh beli kat kedai. Adik saya cakap macam yang saya buat ni RM6je sekeping. Macam2 pilihan ada. lebih cantik. Kat tempat saya kalau ada pun berbelas satu. Mana tahan dengan bajet seciput saya. Tu sebab saya buat sendiri bodo2. Tapi buat sendiri ni save la sikit. Simen setengah kampit pun tak habis lagi.

      Delete
  8. Alhamdulillah kalau NS dah sihat. Semangat nak renovate garden tu yg cepat sembuh tu agaknya NS..

    Wah menjadi jugak nampaknya hasil keje NS tu. Sure puas kan NS dpt buat sendiri

    ReplyDelete
  9. Syukur sembuh juga saya setelah hampir 2 bulan berdendang sakit. Berkat doa kawan2 juga. Terima kasih.
    Garden saya pun dah 80% siap. Walaupun kecil tp ambil masa juga sebab buat sorang2.

    ReplyDelete