Monday 28 May 2018

Ramadhan 2018

Selamat berpuasa semua. Bertemu juga kita dengan Ramadhan tahun ini. Syukur saya dapat menjalani ibadah ini walaupun pada tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan hati. Saya cepat merasa letih dan kepenatan.

Sudah sebulan ya saya tidak posting disini. Terlampau tumpu membersih kebun. Tau tau sudah tiba piliharaya...kemudian puasa. Musim hujan pula melanda bila habis merumput. Sudah merimba balik kebun saya. Penat. Apa boleh buat. Beralih pula pokok depan rumah. Mempelam musim baru sudah pun boleh dituai.

Alhamdulillah. Masak dibulan puasa. Musim ni lebat dan kurang buruk buahnya. Sudah berniat nak makan bersama jiran. Sampai juga hajat. 

Untuk masak serentak buah ini harus diperam terlebih dahulu. Ini dah masak ranum eluk. Manis bergula.

Saya buat pulut lemak berkuah santan. Tapau dan edarkan untuk jiran tetangga.  Kutipan pertama ini untuk sebahagian jiran. Sebahagian lagi pula untuk kutipan kali kedua.

Sepatutnya saya nak posting kisah ziarah kasih balik kampung bulan lepas tapi tertunda lagi. Minggu depan balik lagi kampung. Nak berbuka puasa bersama adik-adik. Nanti boleh la kut cerita pasal bunga.  Balik kampung nanti mesti nak beli bunga baru  lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

21 comments:

  1. bulan posa makan pulut pelam memang syoq ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya BroRi...sedap juga bila buat siam style. Dulu2 saya tak makan bersama kuah santan yang dimasak dgn sedikit tepung jagung.cuma makan dengan pulut lemak saja. Tapi lepas makan style siam punya pulut pelam sedap pula rasa.Itu kali ni buat kuah dia sekali.

      Delete
  2. Kuningnya mangga sungguh mengancam.

    Semoga kesihatan Mala bertambah baik..

    ReplyDelete
  3. Pelam ni kalau tua betul. Peram 3 hari dah masak. Saya suka sampai kulit luar dia oren berbintik baru kupas. Manis sangat tapi isi dia jadi lembek sikit lah.
    Bulan puasa kali ni memang saya lekeh sikit. Mungkin kesan dari sakit dalam perut dulu. Dulu lepas subuh tak pernah tidur tunggu kecerah pastu tu kekebun. Sekarang tak boleh begitu. Saya kena banyak berihat dan tidur sekejap tapi alhamdulillah perut rasa ok.

    ReplyDelete
  4. Oh how sweet! From the sweet mango to the morning glory. What a pleasant surprise. Have a blessed Ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1439H buat akak sekeluarga. Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan tahun ini menambah rahmat dan keberkatan dari-Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu.
      Terima kasih dengan doa yang baik. Alhamdulillah setakat ni kak blh berpuasa.Harap boleh sampai kehujung Ramadhan.

      Delete
  6. Tengok pelam dengan pulut tu teringin pulak dah aihh....pokok dah berbunga tu...2 hari lepaih ambih yang dok ijau lagi buat kerabu pelam...sedapnya....rasa macam dok kat siam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah beberapa kali buat kerabu bulan puasa ni. Satu resepi baru dari siam yg dicuba. Ayam mempelam. Wah sedap sangat. Ayam digoreng tepung sampai garing kemudian digaul dengan sos ala siam campur pelam tua. Sedappp...

      Delete
  7. Kat rumah bapak ada dua pokok pelam. yang sepokok tu baru jer pertama kali berbuah. tak tau pulak jenis apa namanya. Tapi buahnya memang besar, manis dan bijinya nipis jer.

    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni mempelam cukup menjadi dimana-mana.bulan puasa ni saya pun ada menerima mempelam masak dan tua dari beberapa orang jiran.

      Delete
  8. salam Ramadan
    Meriahnya buah pelam tu.
    Geram nenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm...balik dari kampung petang semalam tengok sebakul lg dah kuning. Ni untuk pulut pelam round kedua la ni...

      Delete
  9. mempelam yg tanam sendiri pasti lebih sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure Mr Thomas. Tapi pelam ni kalau masak atas pokok tak sedap. Dia masak tak menyeluruh. Better peram juga buah tua.

      Delete
  10. Pokok pelam saya ada 2 batang dan tengah berbuah la ni. 2 hari lepaih baru dibajakan. Jangan tanya baja jeneh apa...dia tuleh baja, saya taboq teruih sekaki dari peredu pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok pelam saya tak pernah berbaja. Padahal bermacam baja ada kat rumah. Pernah tengok pokok pelam yg buahnya lebat mcm nak runtuh pokok. Tuan dia cakap taruh baja buah keliking pokok. Jarak sekaki.

      Delete
  11. Enak juga buat jus mangga untuk berbuka puasa kak Mala.

    Syukur Alhamdulillah banyak betul lebat buahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum sebiji pun cuba buah jus. Nak buat puding pun belum menjadi juga.

      Delete
  12. Saya pun lama tak menjengah blog NS... Bila ada blog ni rindukan bila lama ditinggalkan.
    Cantik mangganya kuning menyerlah.

    Hari tu saya dpt mangga dpd adik ipar tinggalan mangga arwah pak mertua, saya biarkan je dia sebelah sinki tu patutlah masaknya tak rata hahahaha

    ReplyDelete