Sunday, 1 July 2018

Raya Puasa 2018 - Cerita Pasal Mini Garden.

Selamat hari raya aidil fitri buat semua kawan bloggers saya. Walaupun agak terlambat ucapan ini namun rasanya mood raya dan rumah terbuka masih lagi ada dan berlangsung.  Saya tidak balik kampung. Beraya dirumah sendiri bersama adik-adik dan anak saudara disamping anak menantu dan  cucu-cucu. Agak meriah raya puasa kali ini. Ramai berkumpul dirumah.

Lebih bermakna lagi taman mini yang saya usahakan secara perlahan-lahan ini siap juga akhirnya menjelang raya. Walaupun tak secantik mana tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini semua hasil air tangan saya sendiri.

Masih ingat  lagi saya gagahi buat kerja kasar walau masih berperang dengan sakit. Pada masa yang sama saya juga berperang mulut   dengan cik suami kerana berebut kawasan sejemput itu. Suami nak begitu saya pula nak begini kerana ini laman saya pokok saya. Malu juga kat tukang kerana kami tak sependapat. Mujurlah  semua tukang saya yang cari jadi mereka tahu apa yang saya nak. Akhirnya cik suami dengan rasa tak puas hati terpaksa mengalah juga dan bagi laluan pada isterinya yang degil.

Ini 1st time buat stepping stone. Cara buat rujuk google bagai. Walau herot petot menjadi jugakan. Masa siap ni rasa bangga sangat sebab tua-tua pun boleh kreatif lagi. Lencun peluh nak siapkan. Ambil masa 3 hari sebab saya mudah letih.

Laluan kecil ini pula saya hiasi dengan batuan bukit yang saya ambil di Pantai Datai  belasan tahun dulu. Sebenarnya semua batuan ini sudah tertimbus dalam tanah. Saya korek  dan keluarkan kemudian cuci satu persatu. Penat juga buat kerja  ni.

Tapi bila siap hilang semua rasa penat. Rumput carpet yang ditanam pun tumbuh menghijau.

Saya juga membeli beberapa buah pasu besar untuk hiasan tambahan.  Memang agak mahal juga harganya. Tapi dah berkenan beli juga. Lagipun tuan nursery ni baik hati. Walaupun tidak kenal saya sebelum ini tapi dia benarkan saya membayar secara ansuran. Mmmm...tunggu lagi...

Termasuklah  mini fountain ini. Saya suka ada unsur air jadi semuanya saya angkut bawa balik dan hiaskan disatu sudut. Suami yang pada mulanya bersikap membatu akhirnya mula bagi respon bila dia tengok laman kami nampak lebih segar dan bersih.

Sekarang inilah tempat rehat dia kat luar. Selesa untuk dia nak duduk sambil membelek burung peliharaannya.

Sebenarnya tak mudah nak renovate ruang sejemput ni jika tak sehaluan. Nampak mudah tapi hampir sebulan  juga kami berperang mulut. Apalagi suami saya bukan basic garden walaupun dia orang kampung sejati. Selagi tidak siap  dia tidak dapat bayangkan diruang matanya apa dan bagaimana yang saya mahu.

Begitu la ceritanya. Jadi raya tahun ini memang sangat meriah. Cik suami pun sangat teruja selepas siap pagar, pintu, tingkap dan mini garden. Tahun depan kita renovate dapur pula. Itu kata dia. Wahhhh....melompat saya. Dah bayangkan dah ni nak buat macamana. Harap-harap tak tengkar lah pula ya...

OK kawan-kawan. Please take care. Happy blogging & happy gardening.

26 comments:

  1. WAH COMELNYA TAMAN MINI MALA DGN TANAMAN YG SUBUR...TENANG HATI MANDANGNYA...SALAMSYAWAL MALA N FMILI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Faridah. Tetimavkasih kerana sudi mengunjung. Saya tidak pernah henti melawat blog Faridah tapi saya tidak boleh meninggal komen disitu. Tak tahu lah kenapa. Puas saya cari ruangan komen tapi tak muncul pun.Tengok orang lain boleh pun masuk. Tak tahu silap teknik kat mana. Dulu masa guna computer rumah boleh saja. Sekarang guna hset tak boleh la pula. Malangnya computer pula rosak.

      Delete
    2. Mesti salute kepada Mala kerana berjaya buat sendiri garden yang cantik ni.
      Jasmin mengintai di celah celah pagar sungguh menarik.

      Delete
    3. Terima kasih Mits.
      Saya memang suka bunga thai jasmine ni. Walau tak wangi tapi bunganya sentiasa berkembang. Dah semai untuk hias barisan hadapan. Balik kampung tengok adik tanam berderet pokok ni rasa cantik pula.

      Delete
    4. Semai dengan biji benih ke ranting. Saya cuba tanam dengan ranting nya sudah beberapa kali tapi tak hidup.

      Delete
    5. Semai biji benih lebih senang hidup tapi lambat nak tunggu dia membesar. Semai cutting cepat berbunga. Setakat ni saya semai cutting mudah hidup. Guna tanah yg agak padat bukan peroi.

      Delete
  2. setiap orang ada kreativiti masing2 ya kak, cuma rajin atau malas nak explore. sekali dah siap boleh melopong dibuatnya ... tahniah atas kesungguhan kak dan hasil yang menarik 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih BroRi. Banyak benda saya nak buat sendiri termasuklah nak mengecat semula kerusi kayu beli tahun 90an dulu tapi dah khudrat makin menipis saya sedekahkan saja kat orang.

      Delete
  3. wahhhhh walaupun berperang mulut tapi hasilnya tetap cantik. Happy kan tengok usaha kita berbaloi macamni. Singgah sini & follow. Selamat Hari Raya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kak ngan abang memang selalu tak sependapat sebab itu kami akan berperang mulut selagi tak puas hati. Perang manja la juga kadang2 tu. Bagus juga perang ni sebab kami boleh tahu isi hati masing2. Semuanya diluahkan. Tu agaknya kekal 30 tahun bersama.

      Delete
  4. lawa lah.....teringin pulak saya nak buat garden jugak...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah..taman sejemput uncle. Duk mengidam tanah dusun pula. Bila la boleh dapat. Umur pun dah makin tua. Kalau tak sempat simpan kat anak cucu la jawabnya.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Selamat menyambut menyambut lebara buat akak sekeluarga. Cantik saya tengok mini garden tu, kiranya berbaloilah berperang mulut sebab hasilnya pun tidak mengecewakan. teringin juga nak buat mini garden hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Masih ada 20% lagi tak siap taman mini saya. Salah satunya pergola untuk nak tanam anggur.

      Delete
  6. Salam penghujung Syawal:)..lewat bebenar melawat ke sini.. meriah raya:)
    cantik taman mini..boleh jadi inspirasi buat kmi...

    ReplyDelete
  7. Salam penghujung Syawal NS....
    Seronoknya bila apa yg kita bayangkan dah ada depan matakan...
    Cantik!.... Terasa mlm pun nak tido kat taman hihi.... sejuklah mata memandang.
    Saya suka jugak tp ruang depan kat rumah taman, faham faham ajelah...

    Take care ye NS, moga NS sihat sihat selalu

    ReplyDelete
  8. Selamat hari Raya kak Mala, kreatif betul kak Mala ni, cantiklah laman kak Mala, rasa mcm nak ke sana je hihi

    ReplyDelete
  9. There are plenty to see in this mini garden. How lovely! I like those stepping stones. Thank you for sharing the idea.

    Btw sorry that your comment was not uploaded in my blog.

    ReplyDelete
  10. Gorgeous Mini Garden Kak Mala.
    Good Job!

    ReplyDelete