Saturday 11 August 2018

Kebun Anggur Cameron Highland.

Akhirnya sampai juga ketempat ini. Terletak di Blue Valley, kebun anggur berskala kecil ini kepunyaan K.C Kwang & Son. 
Jalan kesini agak berlekuk lekuk tarnya dan sesetengahnya berbatuan. Agak kedalam ladang ini. 

Seronok tak terkata dapat melihat anggur segar bergantungan depan mata. Berketul-ketul buahnya. Masuk percuma tapi awas tidak boleh memetik apatah lagi nak merasa.  Cuma boleh memegang dan bergambar sahaja. Siap ada abang Bangla lagi duk mencangkung jadi spy disitu. 

Ini antara orang yang paling gembira. Adik saya. Beberapa kali datang tak pernah jumpa tempatnya sebelum ini. Walaupun begitu ada satu lagi ladang anggur di Bertam. Di situ buahnya boleh dipetik. Malangnya musimnya sudah berakhir. Kena tunggu musim baru pula. 

Lihat buahnya yang cantik. Bulat ungu kehitaman. Teruja nak beli dan rasa buah fresh dari ladang.  Sepeket berharga RM15 dengan  beratnya 500gm. Menurut anak pemilik, anggurnya boleh dimakan begitu saja kerana tidak disembur racun kimia. Ya kaa....

Pertama kali makan buahnya rasa lain macam saja. Rasa macam manis berjeruk. Eh,  saya mati-mati kata dah terkena. Mesti dah disuntik dengan pemanis tiruan ni. Memasing lepas tu takut nak makan. Takut ada toksid. Menyesal beli sampai 3 peket. 

Setelah di selidik. Dapat info dari grup rupanya ini anggur Kyoho asal dari Jepun. Memang rasanya begitu. Tekstur isinya lembut berair. Kulitnya tebal dan liat. Kena kupas kulitnya baru sedap makan. Lazimnya di buat jus, wine dan  sewaktu dengannya. Patut la pun.... Mmm... Lepas tu pakat pulun makan la kami. Dah hilang takut. 

Selain anggur terdapat juga tanaman tomato dan beberapa sayuran lain. Namun mata lebih tertarik pada pokok labu gergasi yang berkongsi para dengan pohon anggur. Warna orennya begitu terang.

Melawat kesini sebebenarnya seronok untuk bergambar.  Rata-rata berselfie dengan berbagai gaya keterujaan. 

Termasuk dalam senarai selfie terbanyak. Adik bongsu. 

Juga seorang lagi...anak dara kecil ni. Pergi kat mana pun gaya cekak pinggang tetap wajib. Mmm... begitulah cerita ceriti cuti kali ini. Lain kali sambung lagi. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 








23 comments:

  1. wahh ... jalan2 cari anggur rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Jalan-jalan cari anggur tau2 jumpa labus dan labis juga...

      Delete
  2. Allah Kak Mala, baru balik Cameron bulan lepas,kalau tahu singgah dah ke Blue Valley hehe in shaa Allah ada rezeki lain kali naik Cameron ana cari ladang ni. Singgah di Mardi pun pokok anggur hijau je yang ada, itupun tak berbuah dah hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pergi juga kat mardi tapi lihat kali ni kat plot utamanya tak banyak bunga mcm dulu. Dulu ada satu kali pi depa bagi petik kekwa percuma. Punya kutip bagai nak rak. Tapi tengok sebelah homestay mardi dah meriahkan kawasan tu. Banyak bunga.

      Delete
  3. Wow cantik nya. Cuaca di Cameron Highlands membolehkan vines anggur hidup subur.
    Si kecil tu pandai bergaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni mai cuaca siangnya agak panas. Malam saja baru rasa betul2 sejuk. Tahun2 sebelumnya cuaca sejuk siang malam. Siap keluar asap bila cakap sebab terlampau sejuk.

      Delete
  4. Yang jenis ni kalau perut kosong boleh rasa panas tu perut makan banyak-banyak.
    Memang warna anggur ini yang biasa untuk buat wine rasanya begitu manis masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la biasa duk makan anggur yang ranggup. Kena yang ni lembut isinya. Kulit pula liat dan tebal. Memang rasa dia bau jeruk.Seakan wine. Tu yang cuak.
      Rupanya yang kami beli tu buah terover ranum. Beli kat anak toke dipejabat nak rasa sebiji pun tak boleh juga. Tapi kawan ada bgtau time toke tak ada maid indon tu benarkan kita rasa dulu sebelum beli.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah bestnya makan angin di cameron. Teringat semasa mula-mula ke cameron tahun 86. Masa tu sejuknya jangan cakap la hehehe.. Anggur ni menurut sahabat saya seorang pengamal perubatan islam elok di makan dengan kulit dan bijinya sekali.. wallahu a`lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Dah lama tu Abu tahun 86. Kira cameron waktu tu masih lagi fresh. La ni dah berlain sangat.Dah banyak pembangunan. Banyak tempat baru dibuka. Tu sebab cuaca siang hari dia tak sejuk sangat macam dulu.

      Delete
  6. seronoknya cuti lagu ni...satu keluarga pergi bersama...saya pon tak perenah singgah kat ladang ni...baru pikiaq nak naik CH pon dah ngeri dengan trafic jam nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni 1st time cuti angkut semua famili ngan adik beradik juga 1st time hubby ikut. Tidak dia paling tak mahu bercuti. Cuti bagi dia kat kampung halaman saja uncle.Dia tak suka berjalan jauh. Walau dia berapa suka sangat sebab jalan bengkang bengkok tapi alhamdulillah hati dia dah terbuka. Tahun depan dia cakap nak ajak pi cuti di Melaka naik keretapi pulak.. Amboii...

      Delete
  7. Fantastic juicy fruits!
    Nice to see you, dear friend!
    Greetings

    ReplyDelete
  8. Kat CH ke tu NS? Mmg tak tau ada pokok anggur kat sana. Ingat ada stroberi je hihi...
    Mana gambo selfie NS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya anggur kat CH. Ada dua tempat. Satu lagi kat Bertam. Tengok sini anggurnya dah masak dan boleh dituai diladang. Lagi best.
      Gamba selfie banyak tapi besa la makcik ni pemalu sikit...setakat berblog belum pernah masuk gambar sendiri. Tu segan. Hihihi...

      Delete
  9. Those bunches of grapes, yum yum. I think if the farmer says you can have them, all will be gone in a jiffy. Hope you and your family are enjoying the holidays. Selamat Hari Raya Aidiladha (belated, sorry).

    ReplyDelete
  10. salam.

    terima kerana singgah ke blog saya. teruja juga bila melihat nama macam biasa dengar ( mungkin nama sahabat sekolah atau tempat kerja - tak ingat ).

    Apapun, hepi blogging..

    ReplyDelete
  11. izin saya link blog awak ke bloglist saya tanda kita pernah saling singgah membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Ya boleh link blog saya. Terima kasih sudi melawat.

      Delete
  12. Seronoknya dapat tengok kebun anggur depan mata. Saya yang dekat dengan Cameron Highlands ni pun tak pernah lagi ke kebun tu. Dah lama tak jejak CH. Takde siapa nak bawak. Haha.

    ReplyDelete
  13. Blh bg alamt kebun ni tk..

    ReplyDelete