Saturday 13 October 2018

Lotus/ Teratai

 Tempat saya masih hujan berterusan. Musim peralihan monsun sekarang. Saya pun agak kelam kabut kerana kena menjadi full time nanny menjaga dua cucu dirumah. Abah mereka kemalangan. Hari ini menjalani pembedahan paha masuk besi. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.

Memang memerlukan kesabaran yang tinggi apalagi cucu lelaki dalam fasa berjalan. Buasnya ya amat. Penat tapi terhibur. Tambah terhibur bila melihat lotus saya tak putus berbunga. 

Kembang yang kedua dan seterusnya sangat besar dan cantik kejadiannya. Senyum saya setiap kali melihatnya berdiri tegak depan rumah. 

Kelopak yang terbentuk sangat sempurna. Terbuka mengikut susunan. 

Pandang dari sisi mana pun tetap menawan. 

Kuntum kelima yang paling besar dan tinggi. Hampir enam kaki.

Walaupun begitu ada juga yang tidak menjadi. Kering sekerat jalan. Layu ditasik madu... 

Manakala yang lain  berjaya membuka kelopak. Kembang cantik bak cangkir. Bila petang bunga ini akan kembali menguncup.

...dan pagi esuknya kembang lagi. Proses ini berlaku dua ketiga hari kemudian kelopaknya mulai terlerai dan gugur.

Ini pod biji benihnya. Sepatutnya ia membesar menjadi kekacang benih. Namun setakat sekarang ianya belum berjaya. Biji benihnya terhenti membesar sekerat jalan lansung kering. 

Tak mengapa belum ada rezeki. Belum ada  rezeki juga untuk menambah koleksi  lain warna. Hurmm..hujan masih berlarutan. Dapat panggilan dari anak suaminya selamat bedah dan sudah sedar. Alhamdulillah. 

OK kawan-kawan,please take care. Happy blogging & happy gardening!









22 comments:

  1. Menjaga cucu is an adorable duty walau pun sedikit penat tetapi terhibur. Semoga abah mereka cepat sembuh.
    Cantik bunga teratai tu. Sangat puas hati kan melihat bunga berkembangan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mits. Tadi dah pergi melawat. Sakit sangat dia cakap tapi bila tengok muka anak-anak senyum terus. Hilang sakit sebentar. Macam tu saya dan hubby kat rumah. Letih melayan kerenah cucu berdua tapi pada masa yang sama lucu tengok gelagat terutamanya yang kecil. Baru nak pandai segala.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di tempat saya juga rasanya dah masuk permulaan musim tengkujuh, kerap hujan turun petang atau malam yang kadang-kadang membawa ke pagi. Moga abah mereka beroleh kesembuhan dan kesabaran atas ujian yang berlaku. Cantik sangat teratai tu, boleh jadi spa terapi minda buat akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Baru sebentar tadi anak bagitau bekas lubang yg ditebuk dibetis sakit dan membengkak. Kandung air dan berdarah. Nasib pakar yang melawat. Cepat di keluarkan lelehan. Doktor biasa boleh cakap tidak ada apa.
      Susah hati dengar ni. Takut jangkitan kuman.

      Delete
  4. Ingin sekali tanam lotus ini di pekarangan, banyak manfaat dan juga indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin menambah koleksi lagi tapi harus tunggu masa sebab ditempat saya tidak ada dijual. Kena balik kampung nak dapatkan ini.

      Delete
  5. semoga abahnya cepat2 sembuh, aamiin. Subhanallah cantik kelopak teratai kak Mala, ana tak ada ruang nak cuba tanam teratai ni kak, terhad sangat ruang .

    ReplyDelete
  6. Terima kasih dgn doa yang baik Ana.
    Kak pun ruang sempit juga. Selalu kena ubah sana sini. Tapi yg lotus ni mmang sukar dah nak diubah. Berat pasu dia.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ya Mr Thomas.
      Tiap kali kembang saya pasti teruja.

      Delete
  8. Teratai, Oh Teratai...Layu ditasik madu... haha! ;)
    Semoga Abah cucu cepat sembuh.
    Anyway beautiful pics. Mana gambar cucu buas ya amat tu? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan ucapan baik Cik Tabib. Menantu saya beransur sembuh tapi masih dihospital. Nanti one find day saya bercerita pula pasal cucu.

      Delete
  9. Wonderful photos!!!
    Have a nice weekend
    Grettings from Lisbon
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
  10. Syukur Alhamdulillah penantian lama juga kan ni bagi Kak Mala nak tunggu ianya berbunga, penantian penuh kesabaran.
    Akhirnya tak putus-putus ianya berbunga untuk Kak Mala.
    Moga menantu Kak Mala cepat sembuh.
    Suka agaknya dengan renovation dalam kebun Kak Mala punya projek tahun ini bagi lebih banyak cahaya matahari.
    Lotus ni nak cahaya banyak untuk berbunga, maklumlah duduk dalam tasik semula jadi pancaran cahaya matahari memang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana dengan ucapan baik.
      Menantu kak beransur sembuh. La ni kena duk fisio.

      Delete
  11. Cantik rupanya bunga teratai ni ye NS mcm bunga Ros... warna dia pun lembut je.....
    Moga menantu NS cepat sembuh.
    Yelahkan NS kalau bukan kita yg tolong jaga cucu sapa lagi kan

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Kalau tengok yg pokok kawin lagi la cantik. Tapi harga mahal. Teringin tapi tak mampu.

      Delete
  13. Ya Allah cantiknya Bunga mi mcm Bunga plastik.. nak kena Tanya apa rahsia tanam jadi mcm ni. Mama tanam polo Bunga semua mati kena makan siput babi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rahsia apa. Kak cuma buh baja subur tu pun jarang ikut jadual. Agaknya sebab taruh ikan guppy dalam tu taik depa jadi baja kut.

      Delete