Thursday, 6 November 2014

True Colors - Part 1

Minggu ini mood untuk posting kisah baja mol ikan tergendala. Semasa saya bersiap bahan untuk entry hari Sabtu, sebaldi air baja saya yang sudah siap di proses campuran airnya telah hilang begitu saja. Tinggal baldi kosong. Siapa pun tidak mengaku membuangkannya...mujurlah pati air mol simpan didalam rumah...Namun hati yang marah beransur reda bila melihat bunga-bunga yang berbagai warna kembang di laman dengan warna-warna yang cukup memikat..Jom sejukkan hati bersama saya..

Orkid Pinang/Tanah. Bunga fesyen lama yang tiba-tiba  mengetuk hati saya..

Campuran warna ungu dan kuning. Dulu yang color purple tumbuh terbiar dikampung, sikit pun tidak pandang. Sekarang...saya dah order color kuning & putih. Coming soon merah pula...

Tengok ini...cantik tak ? Berpusing-pusing macam aiskrim. Bunga apa...

Semestinya morning glory! Agak unik, MG Moon Vine ini kembang pada waktu petang hingga kemalam. Saiznya sebesar tapak tangan. Ada bau manis lembut seakan perfume. 

Ini kronologi Moon Vine yang saya rakam dari awal berputik hingga kesaat berkembang.

Setiap hari Moon Vine berbunga

Sungguh saya amat-amat berpuas hati dengan MG jenis ini. Terima kasih Mieyza Dahlan dari Seed Galore yang banyak membekal biji benih MG kepada saya.

Antara MG baru  yang ceria berbunga..

Salah satu sebab saya gemar pada MG ialah tentang warnanya..

Sudah lama mencari. Granpa Ott. Akhirnya dapat juga. Begitu solid ungunya..

MG Fuji batch kedua..color yang cukup asli...

Walau satu pokok tapi warnanya kadangkala agak berbeza.

Lagi jenis MG Fuji. Menarik pink nya.

Scarlet O'hara yang paling tahan lasak..sentiasa ada.

Sikecil biru

Sekarang mari lihat petunia saya pula..

Hasil dari semaian biji benih. Walau tumbuh meremut namun hanya tiga pokok saja yang berjaya membesar. Dua darinya saya letak dalam satu pasu. Tapi petunia saya semuanya senget sebelah sebab kadar cahaya yang tidak mencukupi.

Pokok ketiga. Sebenarnya anak-anak petunia ini tidak lansung mengikut warna asal ibunya. 


Ini pula balsam impatient dan Vinca.



Impatien putih dan merah..

Cosmos Green Lime

Crossandra batch kedua.

Plambago biru menutup tirai posting hari ini.




























34 comments:

  1. Hati yang marah boleh terubat bila tengok tanaman berhasil...bunga2 berkembang...mewangi mewarnai laman....
    'Dalam hati mulai bertaman2'...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam hati ada taman...sat gi mesti jadi cerita hindustan la pulaa....

      Delete
  2. betul ke kak mala..org kata ,,tangan sejuk,tanam apa pun menjadi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga Kam, banyak juga kak tanam tak menjadi..benda ni kena ada kesungguhan dan minat yang mendalam..bukan kira tangan sejuk atau panas...kak rasalah.

      Delete
  3. Orang sakit pun boleh jadi sihat bila tengok bunga yang berkembang. Macam2 warna dan sangat cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bunga adalah terapi yang begitu mengesankan..saya sakit mcmana pun mesti nak keluar tengok bunga juga, sekejap pun jadilah.

      Delete
  4. Teruja sungguh tengok Cosmos Green Lime dan Crossandra dan MG juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak suka tanam pokok yang mudah berbunga macam tu..senang replant

      Delete
  5. Love them all...thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Kenapa tak diletak nama afternoon glory agaknya ye hihi... betul macam aiskrim:)
    Cantik dan elok juga balik kerja tengok dah kembang - puas hati. Kalau kembang pagi nampak sekejap dah kena tinggal pergi kerja.. Kakak suka orkid kampung tu sebab tak perlu penjagaan rapi. Rumah bapak kakak tu letak sabut kelapa keliling atas tanah aje pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Zakie, orkid kampung ni cukup tahan lasak dan tak mudah mati sebab dia jenis ada rizom. itulah kak dulu tak pandang pun la ni baru terhegeh-hegeh suruh adik pos dari kampung...

      Delete
  7. memang mengasyikan melihat keindahan bunga bungaan yang mekar kembang di waktu pagi. jadi terapi mata dan minda..

    ReplyDelete
  8. macam selalu bila singgah ke blog kak mala...speechless dengan keindahan posting kembang pelbagai warna... seronoknya lah.. :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ana...kita pakat share seronok sorang sikit..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak Mala, wow cantik2nya bunga2 kakak, tergoda tgk morning glory moon vine tu, nnti book benih 2 biji ye kak;-) balsam walleriana merah putih tu pun cantik, jom trade..sukanya tgk bunga2 kakak, smua pun cantik2...thanks for sharing pic bunga2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Julie kalau ada kak poskan tapi setakat ni dia kering macam tu saja kudupnya. Tak lekat biji benih pun...

      Delete
  11. As Salam...cantik2 gebu semua bunga2 kat laman kak mala...esp morning glory tu memang mengancam...tahniah kak

    ReplyDelete
  12. Bunga putih kembang malam memang wangi sebab nak tarik pollinators ke mari yang bekerja malam.

    ReplyDelete
  13. wah wah wah... cantiknya taman dia... macam kat Cameron Highland gitu.. sejuk tangan menanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib terima kasih lawat blog kak. Tak dak lah secantik mana. Rumah taman biasa ja.. space pun ada ciput....

      Delete
  14. Your morning glories are mesmerising!! Love them all especially the Fuji one and the white one :-D I absolutely enjoyed this post, Normala. Thank you :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Donno why so passionate about morning glory, such a simple flower.

      Delete
  15. wahh cantiknyee gamba bunga2 nih..

    ReplyDelete
  16. Wow so beautiful flowers and photos, this makes me happy to look at the gray weather.
    Have a nice evening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Marit. Have a nice weekend & happy gardening!

      Delete
  17. Salam kenal..
    mula2 niat nak singgah blogwalking kat sini..tapi dah terpaku dgn keindahan bunga2 kat sini especially mg..cantik sangat (^___^)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imm. Terima kasih sudi melawat dan join kakak disini.

      Delete
  18. CANTIKNYA BUGA2 NI PLBGAI BETUK N WARNA

    ReplyDelete