Tuesday, 25 November 2014

A Pleasant Week...

Ya, minggu ini adalah minggu yang paling menyenangkan dan membahagiakan saya. Kenapa berkata begitu ?
Mestilah ada sebabnya. Sebelum itu jom kita nikmati keindahan matahari terbit dibelakang homestay. Saya memang seronok sangat kalau boleh merakam gambar bunga lalang ini. Awal-awal  pagi saya sudah siap usung kamera semata-mata mahu merakam keindahannya. Pada pandangan mata saya ianya cantik..


Turut dirakam anak bujang saya si Kastih...bersantai kena sinar pagi bersama girlfreindnya..Pandai dia pilih. Hitam berlegam...

Tadaaa....kemboja merah saya sudah hampir kembang sepenuhnya...Wangi disimbahi sinar mentari...

Mexican Sunflower benih FOC dari EM Nursery. Kali ini saya tidak mahu terleka lagi. Setiap kali bunga sulung berkembang mesti dirakam detik-detiknya.

Mmmm..cerah  mata tengok warnanya. Betul-betul solid orange.Itu sebablah saya seronok minggu ini. Bunga baru banyak yang berkembang dilaman. 

Dan inilah yang paling membahagiakan saya. Keluar juga bunganya padahal saya sudah fade-up, sudah buang pokoknya dilonggok sampah. Inilah bunga yang membuat saya dan adik pening kepala dulu. Ambil benih ini tapi yang keluar morning glory..terjawab sudah misteri bunga ini. Kisah dulunya  disini 

Bunga yang saya minat dan tunggu..Black Eyed Susan Vine. Ada dua kuntum saja..patutnya bunga dia bergugus. Adik beradik Thunbergia juga ini. Hai..nasib baik saya pungut dan tanam dia semula. Berbunga juga. Terima kasihh..


Bachelor Button orange dan merah. Juga bunga sulung. Mungkin baja kurang. Bunga yang keluar kecil sahaja. Agak lain bentuk pokok dan daunnya dari Bachelor Button kampung.

Vinca merah hati, semai benih dari pokok induk yang hidup sebulan sahaja. Ada juga warisnya. 

Cosmos musim kedua agak terencat pokoknya tapi bunganya tetap meriah. Ada layers walaupun benih asalnya selapis sahaja. 

Alamanda warna  pudar, tanam dari keratan batang. Saya ambil dikampung.

Melur susun yang wangi  mula kembali berbunga setelah sekian lama menyepi.

Asystassia SP, sangat meriah....bunga dari batang kecil yang saya cucuk dipasu tumpang.

Cuma Zinnia saja agak tidak mejadi kali ini. Puncanya..sudah terbentang didepan mata. Saya kehilangan warna kuning, merah pekat dan putih...putus benih agaknya..

Itulah kisahnya. Minggu yang happy untuk saya...Juga tumpang happy Kaspin dan anaknya Kastih. Enjoy bersama saya waktu sesi photo shoot. Agak lama mereka tidak meneman saya begini...


33 comments:

  1. Kak zai suka tengok pokok2 bunga mala cantik dah tu siap ada nama pokok2 dan
    dirakam pula dari kuntum sampai jadi bunga sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya saya buat lebih eluk lagi untuk rekodkan pasal bunga-bunga ni tapi kadang-kadang masa tu terhad...memang blog ni khas untuk bunga2 yang saya tanam. Esuk-esuk ni kalau dah sampai masa, sudah hilang antara satunya, bolehlah belek blog ni sebagai kenangan abadi...

      Delete
  2. Saya pun happy tengok bunga-bunga akak... bunga lalang pun saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ni kan Mar..minat lalang..ni kalau kena musim kering lagi lah banyak bunganya..

      Delete
  3. Cantik sungguh bunga lalang bila difotokan, walhal kalau tengok kat tanah geram ..jaa...semua gambar kat sini super power cun..se cun kaspin kastih yang manja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak duk tengah mengimprovekan lagi skill ambil gambar bunga ni...tapi masih tak pandai juga nak setting manual kamera ni..
      Kaspin tu memanglah, kak panggil dia tengok kamera tapi buat2 malu tunduk bawah..tengoklah gaya dia tu...manja mengalahkan anaknya pula..

      Delete
  4. Salam Kak Mala,

    Saya pun suka bunga lalang tu. Indahnya kampung kak! Tepi bukit! Pasti sejuk je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat kak tak lah sejuk sangat walau berbukit sebab dikelilinginya laut. Hawa air masin kan kering..
      Kak duk suka yang bunga lalang yang satu jenis lagi tu..yang puti gebu tu..suka lekat dibaju dan terbang ikut angin...eiii..nostalgia betul kalau tengok bunga lalang jenis tu...teringat kampung lama masa kecil2 dulu...

      Delete
    2. Laaaaa rumah kak tepi laut ka?? Ingat kat bendang and tepi bukit. Lalang tu dulu dulu masa saya kecik ada la tapi skrg macam dah takde kan??? Pastu ada macam debunga dia kat kapas2 halus lalang tu.. warna merah merah oren oren kan?

      Delete
    3. Merah oren tu pun kak suka..tapi kak tercari yang satu lagi tu...putih gebu macam kapas..lama dah tak nampak...

      Delete
  5. salams kak mala,
    i miss u...rasa mcm lama sangat saya tak nampak akak post kat blog.....

    amboi pandai pilih pasangan meow akak:) dayang senandung hehehhe

    teringat zaman kecik dulu suka sangat dengan lalang yg kak mala ambik gambar tu
    saya akan potong dan letak dalam pasu, saya rasa mcm cantik sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miizaa...amboi..terimakasih sudi miss me...hahaa..memang kak sibuk sikit dengan kerja lain. Walaupun sibuk tapi gambar bunga tu tetap hari2 ambil. La ni stok gambar banyak sangat tapi time nak posting entry baru tu kurang..nak tu sampai satu dua pagi baru free..
      Itulah Kastih..stray cat saja yang ada..tak dak pilihan lah dia. Anak kak cakap ..tak ada taste dia ni...hahaa
      Miizaa..kak pun masa remaja dulu suka kerat bunga lalang ni dan bawa masuk rumah..kena marah dengan arwah mak...

      Delete
  6. Cantik sekali bunganya, warna warni! Rindu lama tak lihat Kaspin dan Kastih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula dari bulan puasa yang lalu, KK berdua ni sudah kurang ikut saya berkebun. Ini kerana Kastih sudah injak dewasa. Sering jauh dari ibunya. Cuma 2 minggu kebelakangan ini mereka kembali suka menemani saya macam dulu.

      Delete
  7. memang membahagiakan Kak Mala, anak bujang yang 'date' dgn bakal menantu tu pun sedang menikmati keindahan alam disekitarnya... Segala Puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. damainya alam di sekitar Kak mala..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm..betul Ana, Segala Puji Bagi Allah...kak dapat berkongsi nikmat mata dengan kawan2 semua...
      Anak bujang kak pilih Dayang Senandung lah pula...( mcm Amiiza cakap..)

      Delete
  8. subhanallah...sangat2 cantik semua bunga2 tu kak...mana hati tak merasa gembira dan tenang..

    ReplyDelete
  9. suka tengok bunga2 yang Mala tanam..siap ada nama. boleh buat rujukan bila tercari2 nama bunga. klu KY main tanam aje tanpa tau namanya. gambar yg di hasilkan pun menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala dulu pun tak tahu nama bunga juga. Tahu tanam saja. Bila berblog baca info dari kawan-kawan lain baru tahu nama bunga ni..banyak berlajar nama bunga dari Diana & Julie..

      Delete
  10. Assalamualaikum kak Mala, cantiknya pic2 kakak ni, lalang mmg cantik bila digambar, kemboja merah tu pujaan hatiku lah kak, suka sangat tengok. Bunga butang tu kecilnya kak, but still menawan, Julie ada tanam color jingga tp fail. Moga2 bunga butang kakak color merah tu boleh collect benih, nak juga dapatkan dari kakak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Julie kak pun harap ada biji benih...Sekarang kak dah ada color purple,putih,pink,merah dan orange. Cuma yang bicolor pink + putih ja kak tak dapat...doa2lah semuanya subur dan berbunga..

      Delete
  11. Salam Bahagia Kak Mala,

    Keluarga baru Kastih nanti jadi Yin Yang lah ya.
    Cantik sungguh pemandangan pagi indah di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bahagia buat Diana juga...
      Kak pun agak kalau si hitam dapat anak mesti akan jadi Yin & Yang. SiHitam tu kira anak dara la..belum pernah beranak lagi..hehhee...

      Delete
  12. mmg pleasant la kak mala...puas la tengok gambar-gambar yang cukup superb ni!

    ReplyDelete
  13. Oh so beautiful pictures and beautiful flowers, light at first is magical.
    Have a nice day, Marit.

    ReplyDelete
  14. Bila yg tangkap gambar ada skills, camera pula yg canggih tak mustahil the pleasant moment akan bertambah seri. Kakak yg tengok ni pun aduhai dalam hati asyik kata "cantiknya... cantiknya..." Puas mata memandang.

    Bunga Asystassia purple tu kakak rasa baru hari ini kakak tengok. Cantik sangat-sangatlah Kak Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie..bunga Asystasia tu dalam kelompok Ara Tanah/ rumput Isarel yang arnab makan tu ..senang tumbuh kat tepi rumah. Tapi Ara tanah dia bunga putih kecil2 selalu orang anggap weed. Yang jenis kak tanam ni bunga dia lebih besar dan cantik. Warna pink pun ada juga, kak duk mengidam belum dapat lagi..

      Delete
  15. cantik sangat gambar-gambar nya...mcm gambar2 dlm cerita omputih la k.mala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..Nadia. Nak tergelak kak bila Nadia ckp macam cerita orang putihh...Manalah adanya..bunga2 tu snap sekuntum-sekuntum kalau secara livenya..satu sana satu sini...bila masuk posting memang nampak cantik...tapi tang pemandangan bukit tu memang cantiklah ( bagi akak..) kak suka tengok sunrise tiap pagi. Ada kabus banyak.. Tu pun shoot dari jauh. Tidak pernah sempat nak pergi ambil jarak dekat..

      Delete
  16. Thank you Beijos Marie, visit me. I awlays follow your beauty handycraft in the face book.

    ReplyDelete