Friday, 26 December 2014

Bunga-Bunga Homestay

December sudah sampai ke hujungnya  membawa hujan yang berpanjangan minggu ini. Walau pun sudah rasa angin timur meniup menandakan musim kemarau akan tiba tetapi tidak seperti tahun lepas, hujan masih berterusan turun dan suasana mendung menyelubungi suasana. Untuk minggu yang akan berakhir ini saya akan mempamirkan bunga-bunga yang sedang berkembang di  persekitaran laman homestay pula.  

Gambar  ini dirakam beberapa minggu lepas. Lihat bunga matahari giant saya yang sudah pun mulai layu dan pokoknya juga sudah nampak tua. Saya rasa sudah hampir 3 bulan lamanya saya mencuba tanam benihnya untuk musim baru namun serangan dari para siput telah menggagalkan usaha tersebut.

Namun ada juga bunga matahari jenis baru yang berjaya berbunga meriah di laman homestay.

Pokok ini pada mulanya saya tanam didalam pasu kerana takut di makan siput. Saya beli benihnya dari Myza Dahalan. Tapi didalam pasu dia tidak membesar dengan eluk. Jadi saya tawwakal saja pindahkan di homestay sebelah dan tanam di atas tanah. 

Mujur siput tidak kacau. Ia berjaya berbunga tapi saya lupa namanya. Yang ingat ada nama cherry kat belakang.

Kembang sepenuhnya. Warna asal  coklat merah ini sepatutnya pink. Mungkin keadaan tanah, cuaca setempat yang tidak memenuhi kriteria membuatkan colornya tidak timbul seperti asal tapi tetap juga menawan.


Meriah berbunga!

Dan ini pula torenia musim ke berapa saya sudah lupa. Mungkin keempat. Kali ini dia menguasai hampir sebahagian dari laman homestay.



Mekar bersama bunga marygold.

Cosmos yang terencat tapi penuh dengan bunga juga sama naik menakluki laman.

Madagascar Periwinkle putih bersih pemberian dari Diana ini pun tidak mahu kalah dengan yang lain. Merimbun setelah di pupuk dengan baja mol ikan.

Tengok..sampai keluar pagar.

Zinnia  yang berjaya melepasi rintangan dari cik siput. 

Ruellia  yang membiru bangkit berbunga hasil dari baja kopi.

                                 Pink Ruellia menutup tirai bunga-bunga homestay minggu ini

Thursday, 18 December 2014

Yang Pergi & Yang Tinggal..


Minggu lepas saya telah kehilangan seorang lagi orang yang disayangi - ibu mertua. Setelah dua tahun telantar sakit, akhirnnya pada pagi Selasa 9hb Julai 2014, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. 

Bergegas saya sekeluarga pulang ke kampung suami yang terletak di kaki Gunung Jerai. Saya tidak sempat berbuat apa-apa, cuma tinggalkan pesan pada kawan baik untuk tengokkan pokok-pokok saya, Kaspin dan juga Kastih. Dalam hati cuma mampu berdoa agar semua yang di tinggalkan  di rumah akan selamat.

Setelah semuanya selesai kami pulang semula ke rumah dan berdoa semoga aruah ibu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di Jannah. Sepanjang jalan pulang saya asyik terpikir - mmmm...macamana pokok bunga aku...Kaspin & Kastih mesti tercari-cari dan rindukan tuannya..

Jejak saja kaki saja di rumah, hati yang sedih beransur tenang... lega rasa hati tengok bunga semuanya cantik berkembang...















Kesian..bunga saya yang dua ekor ini. Tergedik-gedik sambut saya balik. Tengoklah..Kastih & Kaspin tergolek tidur kekenyangan  selepas diberi makan..
Begitulah cerita minggu ini, walau sedih ditinggalkan tapi yang ada masih ceria menghiburkan.


Sunday, 7 December 2014

Warna Warni Rose Jepun

Agak lama saya abaikan RJ saya setelah kecewa dengan tingkah laku Che Kam. Untuk pusingan kedua, semua RJ saya pindahkan ke homestay sebelah. Pusingan ketika pada bulan Ogos, masih di homestay, subur sekali. Ketika itu berlansungnya kenduri kawan baik sebelah rumah,..banyak lah RJ saya kena gasak dengan peminat sampai hilang warna kuning dan sejenis dua lagi.

RJ musim ke empat telah berbunga sejak dua minggu lepas.  Semuanya  berkembang serentak pada musim cuti sekolah....mmmm...lagi lah banyak ceritanya bila orang telah mula masuk homestay..sakit jiwa juga...nanti kita sambung cerita kat bawah. Sekarang mari cuci mata dulu  dengan kecomelan dan kemeriahan warna rose jepun saya.

RJ merah menyala...begitu terang warnanya.





















Cuma jenis hybrid ini sahaja yang saya ada. Sekarang ada bermacam-macam warna RJ hybrid di pasaran. Kedengaran sekarang ada hampir atau lebih 30 jenis RJ sudah. Saya masih belum sempat nak membeli yang lain. Mungkin budget tahun hadapan.

Terjumpa sekuntum warna kuning. Sesat sebatang.





OK,  sekrang sambung cerita tadi.... Ini adalah sebahagian RJ di depan laman homestay. Saya sebenarnya berbesar hati memberi pada tetamu homestay yang meminta apa saja jenis bunga . Tidak pernah kata tidak kecuali yang baru dibeli atau tidak ada benih.   Tapi saya tidak suka mereka memandai memetik sendiri sebab ramai tidak tahu cara memotong ranting atau batang pokok bunga tersebut. Walaupun saya sering menasihati mereka RJ ini lebih eluk ditanam dari keratan batang tapi nampaknya ada sorang dua yang tidak percaya dan tidak memiliki sifat sabar. 

Kebanyakkan lebih suka meminta pokok besar yang sudah berbunga dan tidak ada belas ehsan kepada saya tuan punya pokok yang juga mahu lihat bunga2nya berkembang cantik.

Hasilnya...anda lihatlah sendiri. Separuh pokok saya dicabutnya walaupun sebelum itu saya sudah memberinya keratan pokok ini. Saya tidak faham kenapa mereka begitu tamak. Sedangkan saya sacara ikhlas memberi kepada mereka lebih dari cukup. Tidak ada sifat kesian pada orangkah? Sakit jiwa kann...Cuti masih panjang, orang masih mendatang..saya harap pokok-pokok saya akan selamat dan terus subur. Begitupun saya halalkan apa yang diambil.. walaupun rasa terbuku itu tetap ada...