Friday, 22 December 2017

Pray For me.

Bersyukur dapat menulis semula disini setelah hampir sebulan bercuti sakit. Banyak perkara berlaku dan banyak juga cerita hendak disampaikan sampai tak tahu mana satu yang hendak didahulukan. Tak mengapalah, kalau ada masa saya akan posting satu persatu. 
Sebenarnya saya mulai berasa sakit dalam perut dari bulan lepas lagi tapi saya biarkan saja kerana mahu menjaga anak dalam pantang. Tak sangka sakit yang saya buat ringan ini menjadi begitu teruk hingga melemahkan seluruh sistem tubuh saya.

Saya ingat saya gastrik tapi doktor yang memeriksa cakap saya sakit lain. Antibiotik yang diberi membuatkan saya lemah dan hilang tenaga jadi saya cuma makan sekerat jalan saja. Sambil tu nak tunjuk gambar pokok limau purut saya yang sudah berbulan meluruh. Macam nak mati tapi tak mati pun...macam tuan dia juga jadinya. 

Bila sakit teramat sangat..saya cuma ingat nak mati. Untuk nak melawan sakit yang dibawa ini memang amat memerlukan semangat yang kuat. Saya teringat ibu meninggal dulu, simpton penyakitnya sama dengan yang saya alami. Saya rasa takut sangat...Ya Allah ya tuhanku...setiap hari saya berdoa agar pulih semula. Tiga hari lepas saya saya usaha ceriakan diri dengan mengorek hasil yang ditanam.

Kunyit untuk anak dalam pantang. Banyak umbisinya yang sudah mereput. Saja saya sibukkan diri. Kalau nak diikutkan lara berendam saja ditempat tidur. Sesekali rasa sakit masih terasa. Buat masa ini saya masih berdegil untuk scan diklinik swasta. Sebenarnya saya takut untuk menghadapi kenyataan. 

Saya dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dan berubah dalam sistem perut dan usus saya. Saya cuba manafaatkan dengan pokok herba yang ditanam setelah rasa tidak sesuai dengan ubat yang diberi. Gambar atas, ubi telor yang tak banyak bertelor dek kerana  tanah yang keras. Saya rebus dan makan semalam. 

Walaupun begitu ada juga hasil lain yang menjadi dan membuatkan saya gembira. Santapan orang dalam pantang juga. 

Hasil dari satu polybag sahaja. Lumayan juga!

Manakala tomato ceri bulat ini sudah kecut pokoknya akibat tidak disiram. Begitulah jadinya jika tukang kebun sakit...

Sampai lama mana saya boleh bertahan hanya tuhan saja yang tahu. One fine day, bila rasa bersedia baru saya akan pergi scan. Kalau masih dizinkan tuhan saya akan terus menulis disini dan melawat kawan-kawan. Jika saya menghilang lama, mungkin itu satu petanda. Minta maaf sekiranya saya lambat membalas komen atau tidak bersapa. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!


39 comments:

  1. Diana doakan agar kak Mala cepat sembuh.
    Risau dengarnya.
    Moga kak Mala dapat segera pergi check secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana. Mungkin antibiotik yang diambil mematikan bakteria baik sekali itu sebab kak jadi lemah badan nak buat apa pun letih sangat.

      Delete
    2. Kekadang pergi check semula untuk second opinion bagus juga Kak Mala.

      Delete
    3. Ya Diana...semua orang nasihat benda yang sama. Malangnya kak ni takut nak terima kenyataan...

      Delete
  2. Elok tidak berlengah mendapat diagnosis yang tepat. Cepat di ubat cepat baik . Tetapi diharap tidak ada apa yang serious.
    Wah banyak nye hasil tanaman!

    ReplyDelete
  3. Syafakallah Mala. Saya doakan supaya Allah SWT memberi kekuatan dan syifa kepada Mala..

    ReplyDelete
  4. Syafakallah kak Mala. Saya doakan supaya Allah SWT memberi kekuatan dan syifa kepada kak Mala..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak,
    Allahu. Agak terkejut mendengar berita ini. Saya doakan agar kak Mala diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah, moga ia menjadi asbab Allah SWT mengampuni kesalahan akak dan meninggikan darjat akak serta beroleh kesembuhan, syafakillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Terima kasih dengan doa yang baik dan menyejukan hati.

      Delete
  6. MasyaAllah risau mndengarnya...moga ada jln selesainya n mala segera sembuh...bnyk hasil tuaiannya...sedapnya ubi telor direbus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa Paridah, diumur meniti senja ni takut pula nak menghadapi kenyataan. Maklumlah teringat amal ibadat yang seciput cuma.

      Delete
  7. Take care, Normala. Pray that you will get well soon and you will have good appetite.
    Have a blessed new year <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your good wish Steph. May our new year be blessed.

      Delete
  8. Thank you very much for your beautiful wishes !!
    Happy New Year to you too !!
    Greetings

    ReplyDelete
  9. Moga awak cepat sihat dan sembuh seperti sedia. Aamiin.

    Memang jika dah sakit ni, kebun yang kita sayang terbiar. Saya dah pernah kena setahun yang lepas. Lepas je sihat sikit, saya amalkan terus berkebun. Bak kata awak la, tak nak biarkan diri terus dirundung kesedihan. Kena kuatkan diri dan positif selalu.

    Banyak jugak hasil kebun awak tu. Halia dengan kunyit tu, jika nak ubi dia besar, memang kena tanam dalam bekas besar.

    Awak jaga diri ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan nasihat Ci Azz. Sudah pergi kehospital untuk rawatan kedua tapi diaorang cuma tukar ubat, bg ubat gastrik balik tak ada dibuat scan ke apa. Alhamdulillah kurang sikit rasa sakit tapi kena pantang lebih dari orang dalam pantang terutamanya makanan berasid dan pedas.

      Delete
  10. Sorrry lah Mala saya tak tau Mala sakit. Blog saya ada pblm. Banyak blog saya tak boleh buka tetiba ni boleh pulak. Orang lain nak komen blog saya pun kata tak boleh buat.

    Saya harap Mala dah sihat betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa Adam. Terima kasih masih ingat nak lawat.
      Sakit saya on off kata org. Banyak kerja saya tergendala. Projek nak tukar pagar & minimize tanaman depan laman pun belum selesai dari tahun lepas. Waktu sihat saya buat. Rasa sakit berhenti. Patut dah selesai tapi dah kesihatan tak mengizinkan. Dah 3 kali tukar ubat. Kali keempat rasanya kena masuk wad..

      Delete
    2. Kalau kena masuk wad, mala mest masuk. Kesihatan penting. Kesian kat anak2 bila tengok mala masih sakit. Pagar tu biarkan dulu. Dah betul2 sihat baru sambung buat.

      Delete
    3. Terus terang cakap saya takut sebenarnya. Seumur hidup 2 kali je masuk wad. Tu pun sebab bersalin. Selebihnya jadi pesakit luar saja. Kalau boleh tak mau dengar ada sakit itu dan ini. Tapi itulah, dugaan Tuhan mesti ada hikmahnya. Sepanjang hidup saya selalunya tidak pernah lari dari masalah tapi bila bab penyakit ni rasa macam nak lari masuk gua saja....tak sangka jadi penakut begini.

      Delete
  11. Semoga cepat sihat...InsyaAllah dipermudahkan semua urusan sehari hari...

    Oh ya...tomato ceri kah itu...nampak bulat2 saja...tidak lonjong sikit seperti selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Raihana dengan doa yang baik.
      Tomato ceri ini memang jenis bulat dan cepat berbuah. Seronok tanam dia.

      Delete
  12. Sedih pulak bila saya membaca entri ni huhu...
    Moga NS cepat sembuh ye.
    Insyaallah setiap penyakit tu ada ubatnya. Lagi cepat kita jumpa doktor insyaallah lebih cepat untuk kita sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Hainom...bila sakit teruk begitu memang ingat nak mati saja. Macam2 terlintas difikiran...Kak ni berdoa siang malam cepatlah sembuh...tapi setakat menulis ni rasanya perut kak tak boleh sembuh 100%. Apa pun mesti kena pergi jumpa pakar juga.

      Delete
  13. hasil kebun yg lumayan,moga2 dah sembuh,selalunya doctor nak boroscope dlm perut utk pastikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mr Thomas. Betul tu doktor nak cek apa jadi dalam perut. Saya dah siap tanya sakit tak proses tu. Doc cakap pesakit akan berada dalam keadaan separa sedap. Kalau boleh saya nak pengsan terus...bila sedar dah habis pun rawatan tu..hahaha...takut.






      Delete
  14. Syafakillah ye.. mama doakan yg baik2 aje semoga takde apa2 yg serius.. apapun mama kagum tgk hasil tanam semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Berkat doa kawan2 kak semakin pulih.

      Delete
  15. Semuga Kak Mala beransur sihat.. kuatkan semangat, Kak.

    ReplyDelete
  16. Sekarang macamne da cek semula dengan doktor ke. moga makin sihat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Siti tanya kabar. Kak sudah 90% sihat tapi masih belum boleh angkat benda berat dan tidak boleh kerja under pressure dah. Tiada lanjutan jumpa doktor kerana sakit kak berkurangan dalam tempoh yang diberi selama 2 minggu oleh doktor.
      Terpaksa berpantang makan masam dan pedas.

      Delete