Thursday 29 January 2015

Bunga dan Musim Kemarau - 1

Sekarang musim kering/kemarau sudah melanda di tempat saya. Sudah hampir tiga minggu hujan tidak turun. Kawasan padang rumput yang menghijau sudah bertukar warna. Saya agak risau dengan situasi ini kerana ini bermakna kelompok Che Kam akan beralih kepada pokok-pokok saya seratus peratus sebagai ganti rumput yang makin mengering. Banyak pokok-pokok dilaman homestay yang tidak dapat menahan terik mentari, menjadi layu dan mati. Menjadikan laman ini separuh kosong.

Musim kemarau juga menyaksikan kembalinya kupurama kelaman homestay. Walaupun cuaca kering namun masih ada lagi bunga-bunga yang tahan lasak berkembang segar  menarik unggas cantik ini berterbangan untuk menghisap madu.

Saya perasan ada seekor kupurama jenis baru  dengan corak dan warna yang begitu menarik melawat pokok kemuning saya. Agak malang saya tidak sempat merakam dengan sempurna, terkejut dengan kehadiran, dia cepat-cepat terbang lari. Saya berharap satu hari nanti dia datang lagi..

Walaupun mengharap kupurama tadi  melawat lagi, namun dalam masa yang sama saya  mulai risau dengan kembalinya  mereka kesini kerana ini bermakna  akan ada ulat-ulat yang memakan bunga dan daun. Lihat bunga Zinnia di atas, sudah ada yang bersarang dikelopaknya.

Bunga-bunga dilaman homestay adalah yang paling terdedah dengan cuaca ekstrim ini. Yang paling banyak mengering ialah pokok Torenia. Namun cosmos green lime  berlapis pemberian dari Julie M kelihatan segar berkembang tanapa sebarang masalah.

Cosmos yang berasal dari Amerika Latin ini bersaudara dekat dengan Ulam Raja yang memang terkenal mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan bagus untuk makanan kesihatan.

Ceria dalam panas terik.

Ini pula Daisy Butter. Bunga Peace.  Itu nama yang saya kenali pada zaman 70an dulu ketika mu;la-mula menanamnya. Namanya di gelar begitu kerana ia sering dijadikan pelekat dan ikon lambang keceriaan pada zaman hippies melanda.  

Saya memang suka sangat bunga comel ini. Agak lama juga ia hilang dari koleksi. Pemberian dari seorang kawan, kini saya mula menyemai benihnya untuk menceriakan taman. Daisy Butter kini sering dijadikan tanaman landskap.

African Marygold. Jenis  ini saja yang masih tinggal. Manakala tiga lagi jenis Dwarf French Marigold saya sudah pun putus benih.  

Berasal dari Mexico dan Guatemala, bunga  ini juga dikenali panggilan tempatan sebagai bunga Tahi Ayam. Walaupun berbau busuk tapi saya tetap menyenanginya kerana ia rajin sekali berbunga.

Termasuk dalam senarai paling tahan panas adalah bunga Satay ataupun bahasa botaninya Angelonia.

             
Juga berasal dari Amerika Latin, bunga ini sering dijadikan pokok pilihan untuk taman ala Inggeris. Dirumah, saya menanamnya kerana bunganya yang cantik,comel dan berbau masam manis, bukan kerana konsep.

Angelonia kedua saya. Berwarna pink belacan. Masih mencari lain-lain warna untuk disatukan.

Si Biru Brazilian Snapdragon, sangat cantik dan amat tolerate dengan terik matahari. Bunga ini sentiasa ramah berkembang setiap hari tanpa terkesan pun. 

Cantik kalau ditanam dalam kelompok yang banyak.

Mengakhiri kisah, RJ jenis baru yang di beri oleh adik saya, membesar cepat dengan suburnya. Saya letakmya ditempat yang tidak diterjah cahaya panas sepanjang hari. 

 Rare? Begitulah katanya. Pun pemberian dari adik. Manakala dua lagi jenis RJ rare mati gagal diselamatkan. Memandangkan bumi homestay sudah lama tidak disimbahi hujan, saya telah mengambil keputusan untuk membuang mana-mana pokok yang layu. Kecilkan kuota tanaman dan siraman. Begitulah yang mampu saya buat dimusim kemarau ini. Moga di musim yang seterusnya saya dapat meriahkan  laman ini kembali.

29 comments:

  1. Oh, just gorgeous butterflies ! And your flowers are beautiful !
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ela, thanks for visiting. Have a nice day!

      Delete
  2. Assalam kak mala, kat alor setar pun sama...kering kontang dah...kesian tengok pokok2 kat laman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana, sesetengah pokok bunga akan berbunga cantik semasa musim kemarau..dari pengalaman kak, dimusim ini bunga mekar lebih cantik kerana kelopaknya tidak rosak disimbahi hujan tapi kita lah pula kena rajin menyiram...

      Delete
  3. Semua cantik2...walau musim kemarau bunga dan kupu2 tetap meriah.

    Kat mana homestay mala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai.. homestay ni, kawan kak yang punya. Kak cuma tanam pokok dan sayur atas tanah dia lah sebab kawan kak ni memang 99% tak sempat menjaga homestay ni. Lagipun dia tinggal berjauhan. Laman kak sendiri ciput saja, dah penuh. Jadi yang mana benih/pokok lebih2 tu kak transfer ke sebelah saja..luas juga kawasannya sebab corner lot..

      Delete
  4. very nice flowers and butterflies..aduhai baru banjir sekarang kemarau pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah Mud, orang baru habis banjir. Kami disini kemarau lah pula...

      Delete
  5. tak jemu masuk blog mala nie..dpt menikmati keindahan bunga dan sang ungas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yon. Tak ada kerja cari kerja begitulah setengah anggapan orang dekat kak ni....kalau tak rajin nanti mati pula pokok...Itu pun jangan masih berharap dapat membeli sebidang tanah untuk dibuat dusun...mampu ke ni....

      Delete
  6. kak Mala, disinipun panas namun ada juga hujan turun sebelah petang, ana doakan bunga-bunga kesayangan Kak Mala akan tetap subur mewangi, In Shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ana. Letih juga kalau musim kemarau ni..pukul sepuluh pagi dah tak boleh buat apa dah kat luar rumah. Panasnya mencengkam kulit.

      Delete
  7. Wow so wonderfully beautiful butterfly and fine flowers, lovely pictures of a girl who has snow and winter on all sides.
    Good Thursday to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Marit. Now is a hot season, butterfly start to visit my yard everyday.

      Delete
  8. Assalamualaikum k.mala,
    sana dah panas yer...sini tak hujan tp suhu masih boleh diterima kulit...agak mendung...cantik la bunga satay tu..sy pun suka jenis bunga2 kecik yang tahan lasak ni..fikir nak buat mcm akak juga...minima kan pokok2 semasa musim panas nanti..nak siram banyak2 tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia. kak duk tengah mengumpul bunga2 satay ni. Kalau tanam banyak2 memang cantik & sweet nampak. Sekarang baru ada 3 color tp yang putih belum berbunga lagi..

      Delete
  9. Salam Bahagia Kak Mala.

    Masuk minggu ke2 bulan January kemarau sini 3 minggu. Minggu ini baru mula hujan lebat sebelah petang semula. Cosmos sulphurues memang tahan panaskan.
    Semuanya nampak ceria berbunga walaupun kemarau di sana.

    ReplyDelete
  10. Salam Diana,
    Musim kemarau ni kena rajin siram la Diana. Apa yang lucunya ada juga pokok kak yang mati dimusim kemarau ni, bukan kerana kurang air tapi terover siram...

    ReplyDelete
  11. segar pokok-pokok bunga Kak Mala macam baru lepas hujan, tak tercemar sikit pun dengan cuaca semasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Sud@is, musim ni asyik menyiram saja kerjanya..sampai terlebih had jadinya..

      Delete
  12. Assalamualaikum Kak Mala,
    Alhamdulillah, tetap juga cantik2 bunga2 kakak di laman tu ye, esp Kosmos tu, kat laman rumah Julie dah pupus semuanya, semua husband dah tebas, semak sangat tumbuh sampai nampak mcm hutan cosmos dah laman rumah Julie, mayb next time Julie akan tanam lagi bunga cosmos ni :) bunga marigold tu dah ada benih yg matang tak kak? jom kita trade in, bunga marigold Julie tu dah ada yg matang :) Bunga satay tu memang cantik, pun dah pupus dari laman rumah Julie hehe...
    semoga di musim yang seterusnya kakak dapat meriahkan laman rumah kembali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marigold kerinting ni ada benih dia..kak ingat nak pos kat Julie. Dah semai pun pokok sonsang tu..tapi tak tahu nak hidup ke tidak. Satu lagi pokok MG biru & pokok plambago...tunggu ketiga-tiga tu hidup kak akan pos sekali lah ya...

      Delete
    2. Terima kasih banyak2 kak, InshAllah nanti Julie postkan ke kakak ye benih2 Marigold tu :)

      Delete
  13. Assalam...

    Bersua kembali sahabatku diblog yang berwarna warni dipenuhi kembang2 yang mewangi sesejuk mata dan hati memandang...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ..semoga semangat menulis KN akan menyubur kembali..

      Delete
  14. Biarpun berlubang kena makan unggas dek kerana gambar yg sharp dan cantik tetap indah dipandang mata. Warna-warna semuanya menceriakan mata memandang. Kakak suka tengok:)

    ReplyDelete
  15. masih ceria laman akak.. saya pun buat koleksi je bunga-bunga ni sebab suka... memang tak berkonsep langsung ... sekarang ni konsepnya susun - susun kat tempat redup .. minggu lepas balik dah banyak yang kecundang... sedih betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita ni Mar, suka tanam apa saja. Tak ada konsep. Tu yang berserabut laman tu..kadang2 teringin nak minimize pokok2 ni konon2 mcm mat saleh kata...less is more, tapi asal tengok bunga yang berkenan terus saja beli..Bukan lagi kurang tapi makin menyemak..sampai la ni nak bercuti tinggal rumah 2 hari pun dah rasa tak seronok..sebab takut pokok mati..

      Delete