Tuesday, 25 March 2014

Mencari Dahlia

Dalam sebanyak bunga yang ada, cuma dua pokok bunga saja yang saya minat dan nak  cari ketika itu. Satu antaranya ialah si Dahlia. Mungkin bukan nasib saya, atau tak pandai cari nursery, tak banyak dahlia yang eluk saya dapat. Sudah berbelas tahun juga Dahlia hilang dari koleksi taman. Belum pernah saya jumpa pokok ini ada di jual di Langkawi ataupun di Alor Setar. Kalau yang tanam dengan biji benih pasaraya  pula terbantut saja pertumbuhannya. Asyik besar-besar tu lah juga. Empat bulan masih 3 inci. Boleh?

malasaad.blogapot.com
Ada satu kedai, didepannya  berdiri megah si maroon ini. Punyalah besar dan rimbun pokoknya.  Warna ini saya minat dan belum dapat. Puas kecek nak beli batangnya. Sampai sudah tak mahu jual..

Tengok dia tanam kat dalam semak-semak pun subur.  Kecek batang ja...pun tak mau jual....

malasaad.blogspot.com
Yang ini bunga cukup cantik tapi pokoknya nampak luyu saja. Macam tak sihat. Mahal juga. Puas tawar dapat lah harga yang di kehendaki..

malasaad.blogspot.com
Ini paling segar dan murah sangat harganya. Satu color saja pula yang ada. On the way balik nampaklah pokok-pokok ini di tepi jalan. Tapi semua dah kecut dan hampir kering. Tanya harga - RM15.00 satu. Hah? mak datuk mahalnya. Tak padan dengan pokok. Saya cakap kat dia - pokok ni dah nak mati...3 sepuluh ringgit saya ambil la..
Mmmm...OK..ambil la..Nampak pasrah pun dia ..kesian...

malasaad.blogspot.com

malasaad.blogspot.com

malasaad.blogspot.com

 Saya sedang mendidik pokok-pokok Dahlia ini sekarang supaya kembali segar dan pulih.

6 comments:

  1. Boleh semai dari bunga yg kering tak Mala? Geramnya kakak tengok dah macam kat Cameron Highland aje.. cantik betul. Kenapalah di tanam kat semak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan biji benih pun boleh Zie. Tapi puas nak kena kerobek bunga dia cari. Jarang sangat nak dapat..

      Delete
  2. Dahlia lebih mudah tumbuh dari ubi dia (tuber) lagi tahan lasak. Pokok dahlia ni berubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada orang jual ubi kat situ Diana. Bila kak tanya diaorang macam cengang2 saja. Dalam 5 pokok kak beli satu pokok saja ada ubi. Dulu-dulu kak biasa tanam dengan batang. lebih cepat tumbuh.

      Delete
  3. Saya pernah beli ubi dahlia ni di Cameron Highlands dan Fraser Hill... saya tak berapa pandai lagi masa tu... pernah juga semai dari benih.. belum berjaya dapat bunga comel lagi.. beli pokok di Fraser Hill tak menjadi juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak suka kalau boleh dapat dahlia yang ditanam di kampung turun temurun. Yang tu sahih tahan lasak punya. Tapi susah sangat nak jumpa koleksi dahlia dilaman orang lain pun. Dulu-dulu masa kak kecil, jiran-jiran Cina yang suka sangat tanam pokok ni. Macam2 color...

      Delete