Thursday, 15 August 2019

Taufan Lekima

Berlaku pada hari Jumaat 9hb Ogos, selepas maghrib.  Mulanya saya ingat ribut biasa sebab hari sebelumnya pun sudah ada gangguan ribut diwaktu subuh.
( Sebelum itu saya ingin memberi ucapan doa semoga blogger Paridah Ishak segera cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Atas sebab teknikal saya tidak dapat menurun komen di ruang postingnya )

Ketika itu saya sedikit pun tidak merasa cuak dan risau sehinggalah tiba- tiba terdengar dentuman kuat di bahagian dapur. Ya Rabbi, sudah melayang bumbung. Semuanya berlalu terlalu pantas. Air hujan mencurah masuk. Saya dan suami cuma sempat ambil barangan letrik. Yang lain biar kebasahan. Keselamatan paling utama.

Besuk pagi baru jelas keadaan. Atap bergelimpangan. Pokok pasuan di depan rumah pun banyak yang tumbang dan berserakkan.

Bahagian bumbung dapur yang tanggal. Pokok lemon turut jadi mangsa. Serentak itu tak berhenti masuk berita dan video di wassup grup mengenai bencana ini. Takutnya tengok. Seluruh Langkawi dilanda musibah. Begitu juga dengan sebahagian negeri lain di sebelah utara.

 Manakala pagar kebun habis tumbang. Sedih hati. Dua hari lagi nak raya namun redo saja menerima ujian kecil dari Tuhan.
Inilah taufan yang paling ganas melanda Langkawi selama 30 tahun menetap disini. Taufan Lekima!

Dengan kelajuan angin yang di rekod oleh MetMalaysia 100.8 km sejam...semuanya bisa tumbang. Taufan ini dikatakan bermula dari timur negeri Cina. Kita cuma terkena bahagian ekornya saja.

Bayangkan kalau terkena kepala atau badannya. Mmmh....tak tahu nak cakap. Walaupun begitu bersyukur kami selamat. Tiada kematian direkodkan disini walau keadaan macam dilanggar garuda. Pokok tumbang dimana-mana. Gerai dan rumah berserakkan. Kereta dihempap. Bot nelayan pun ada yang karam.

Pokok lemon walau rebah masih selamat dari di tebang.  Tegak semula setelah ditompang dengan kayu. Begitulah juga dengan hidup ini. Dugaan apa pun yang melanda  harus  di terima dengan tenang. Harus kuat dan sabar juga redha dengan ketentuanNya. Hingga saat entry ini ditulis keadaan di tempat saya masih belum reda dengan hujan dan angin kuat. Sesetengah kawasan dilanda banjir kilat.

Pada pagi yang sama, ketika hati
 masih walang tak tahu nak senyum atau marah bila melihat cucu melerai kuntuman  bunga-bunga ros yang  sedang berkembang dilaman. Ingat nak buat penyeri raya. Redho aja la...😥😥😥😥


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
🌿🌼🌿



24 comments:

  1. Innalillahi wainnailahi rojiun....syukur akak sekeluarga selamat, rumah mak angkat kami pun di kedah bumbung tercabut, risau tuan rumah sebab masa tu ada di kl raya umah anak...tak senang duduk nak balik tengok umah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah tanah besar beratus buah rumah rosak akibat dibadai taufan ini.

      Delete
  2. Banyak tempat di utara yang kena tempias badai Lekima ni
    Syukur tiada mengakibatkan kehilangan jiwa.
    Anggap sebagai ujian daripada-Nya

    ReplyDelete
  3. semoga semua selamat ., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tp masih windy sini. Hati tu cuak la juga. Dah kena kan....

      Delete
  4. salam takziah kak Mala, tabahlah dalam ujianNya..kami di selangor pun terkena juga cuma tak lah sekuat di langkawi dan utara tanahair, di sini dalam jam 2.30 pagi kalau tak silap ana, bunyi kuat awning belakang rumah dan Alhamdulillah tidak ada sebarang kerosakan. Yang penting kak Mala sekeluarga selamat dari segala musibah Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana.
      Amaran ribut last sekali dua hari lepas. Berdebar saja nanti.

      Delete
  5. allahuakhbar.. semoga semua dipermudahkan. ada juga dapat kiriman videos dari kawan2.
    ada kawan nak balik Langkawi flight terpaksa detour ke Penang. itupun Penang dah hujan lebat. CT dari KL nak balik Penang tunda dua hari sebab katanya hujan ribut di utara.
    semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNYa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Siti. Memang tahun ini Langkawi mengalami cuaca yang agak extrim. Ribut sangat kerap berlaku disini.

      Delete
  6. Syukur Mala dan keluarga selamat dan tidak terlalu banyak kerosakan harta benda. Sayang pokok pokok pasuan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bersyukur semuanya selamat. Walaupun begitu hati sentiasa dup dab sebab disini masih hujan dan berangin.

      Delete
  7. Dahsyat juga angin ni,semoga cepat dipulih kembali segala kerosakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat dasyat Mr Thomas. Sampai sekarang masih hujan n windy.Minggu lepas jadi puting beliung dilaut. Macam2 keluar kat Lkawi sekarang. Cuaca sungguh tak menentu.

      Delete
  8. Ya Allah ngerinya.. kesian pokok2akak semuanya jadi mcm.tu. tapi alhamdulillah semuafamilh selamat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok video kejadian lagi rasa ngeri. Terutamanya sebelah Pantai Chenang. Tak percaya jadi kat Langkawi. Rasa macam tengok bencara kat luar negeri.

      Delete
  9. Zumal pun risau masa taufan ni datang, masa tu baru sampai Kelantan. Terus teringat rumah. Alhamdulillah ok. Cuma bocor yang lama je ada. Jadi kolam dalam bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini sentiasa ada amaran ribut. Dari bulan lepas sampai bulan ni.

      Delete
  10. Saya dapat tahu pun lepas keluar berita. Dasyat juga taufan ni. Semoga segala baik pulih dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farihin. Dampai hari ni cuaca masih tak menentu. Dah sebulan lebih tapi masih berangin.

      Delete
  11. Alolo kesian Pula bila tgk kelopak Bunga kena tarik2mcm tu

    ReplyDelete
  12. Memang sayang sangat tapi dah cucu yang buat tak jadi nak marah.

    ReplyDelete
  13. The current monsoon is bringing lots of heavy rains and strong winds. Stay safe.

    ReplyDelete