Selamat Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan bloggers dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semasa menulis entry ini, sudah masuk hari yang ke lima kita beraya. Alhamdulillah pada Ramadhan yang berlalu, dapat berpuasa penuh sebulan tanpa gangguan. Lega dan puas hati rasanya. Lebih menggembirakan bila ada terapi minda yang baru mekar dan mewangi ditaman...
Sebelum dan semasa menyambut raya bunga rose paling banyak berkembang tapi sayang tidak dapat kekal lama sebab di basahi hujan yang mencurah turun sepanjang minggu ini.
Huntington yang sangat rajin berbunga dan cepat membesar juga tahan lasak.
Prosperity yang comel.
Golden Celebration yang pertama kali berbunga. Harum manis baunya.
Jadi tidak cantik bila sering ditimpa hujan.
Rose di laman yang paling saya suka setakat ini...
Tidak wangi tapi saya suka tengok bentuk kelopaknya. Cuppy...
Red Piano namanya. Kalau kelopaknya tidak ditimpa hujan bunganya bertahan hampir atau lebih dari dua minggu.
Ini saya tidak tahu apa IDnya. Saya beli pada awal bulan puasa yang lalu di nursery kawan.
Mekar merah menyala..
Ini pula saya beli kelmarin. Juga tidak tahu IDnya. Suka tengok warnanya. Kelopaknya besar tapi tidak wangi.
Saya ambil gambarnya yang cantik berkembang pada pagi kelmarin...sebelum menjadi arwah.
raya saya...nak marah adik kesian pula.....Habis, cuma boleh mengeluh sahajalah. Orang kata mulut kambing berbisa....Harap-harap pucuk-pucuk baru akan tumbuh kembali.