Tuesday, 21 July 2015

Bunga Syawal

Selamat Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin  kepada semua rakan-rakan bloggers dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semasa menulis entry ini, sudah masuk hari yang ke lima kita beraya. Alhamdulillah pada Ramadhan yang berlalu, dapat berpuasa penuh sebulan tanpa gangguan. Lega dan puas hati rasanya. Lebih menggembirakan bila ada terapi minda yang baru mekar dan mewangi ditaman...

 Sebelum dan semasa menyambut raya bunga rose paling banyak berkembang tapi sayang tidak dapat kekal lama sebab di basahi hujan yang mencurah turun sepanjang minggu ini.

Huntington yang sangat rajin berbunga dan cepat membesar juga tahan lasak.

Prosperity yang comel.

Golden Celebration yang pertama kali berbunga. Harum manis baunya.

Jadi tidak cantik bila sering ditimpa hujan.

Rose di laman yang paling saya suka setakat ini...



Tidak wangi tapi saya suka tengok bentuk kelopaknya. Cuppy...


      Red Piano namanya. Kalau kelopaknya tidak ditimpa hujan bunganya bertahan hampir atau lebih                                                                                dari dua minggu.

Ini saya tidak tahu apa IDnya. Saya beli pada awal bulan puasa yang lalu di nursery kawan.

Mekar merah menyala..



Ini pula saya beli kelmarin. Juga tidak tahu IDnya. Suka tengok warnanya. Kelopaknya besar tapi tidak wangi.



Saya ambil gambarnya yang cantik berkembang pada pagi kelmarin...sebelum menjadi arwah.

      Namun pada petang harinya, inilah hasil yang saya dapat. Dua pasu rose merah dan pink belacan               saya yang baru dibeli itu licin dimakan oleh Che Kam akibat adik saya tidak menutup pintu                                                    pagar. Habis semua daun dan bunga dirembatnya.

      Tinggal batang dan kenangan gambar di atas saja, Che Kam ni kan betul-betul merosakkan mood
         raya saya...nak marah adik kesian pula.....Habis, cuma boleh mengeluh sahajalah. Orang kata                            mulut kambing berbisa....Harap-harap pucuk-pucuk baru akan tumbuh kembali.

32 comments:

  1. Alahai kesiannya...kalau saya pun tak tahu nak cakap apa. Sedih bila jadi macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samapai kehari ini bila tengok batang yang togel tu rasa dah macam nak give up ja..sudah lah beli pun harga berpuluh sepokok..

      Delete
  2. salams kak, cantiknya.....macamana cik kam makan sampai habis tu...tak terkena durinya ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amiizaa, kambing di sini bukan kira duri ke apa ke semuanya dia rembat...heran juga bila fikirkan. Rasa2nya kambing2 jiran kak dikampung satu masa dulu, tak semua pokok dia makan..

      Delete
  3. Assalam Kak.. selamat hari raya .. maaf zahir dan batin... tertunggu-tunggu bunga akak ke udara... hmm nasib sempat dipotretkan sebelum jadi bahan makanan cik kam.. ceria dan sejuk mata memandang .. dah mula shopping bunga ros dimusim raya ni.. cik kam ni memang pantang lepa.. segera je dia meratah pokok kita... semoga bunga2 akak tu subur semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar, Itulah ..kak baru duk tengah nak buat comeback dengan bunga rose ni. Last kak buat collection masa zaman 90an nu...dah lama sangat..kita baru nak mula dia dah buat kita jadi down pula..Kak harap jangan lah mati pokok2 yang dia ragut tu..

      Delete
  4. Sangat indah mawarnya. Smoga segera pulih dan berbunga indah seperti semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Endah. Saya pun sangat berharap agar mawar saya kembali berbunga.

      Delete
  5. Cantik bunga ros Normala! Kambing makan daun ros jugak ke? dahsyat jugak kambing kat sane! hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dasyat kambing sini Malar..sepupu dinosour juga kut..tak kira duri pun dia makan..

      Delete
  6. Lahawlawalaquwata... kaming... kambing... sampai gondol dibuatnya. Kakak ingatkan tadi Kak Mala buat semaian baru untuk bunga-bunga yang di atas. Alkisahnya gondol dibuat cik kam. Kalau kena pada kakak mahu kakak perembat kambing-kambing tu... geram!

    Salam aidil fitri dari kakak. Moga ceria selalu walau bunga dah kena gondolkan cik kam hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kak boleh rembat kambing tu dah lama kak buat. Dulu ada sekor kambing cedera, entah sapa yang hentamnya. Petang hari tuan dia round dengan motor bawa parang tajam tanya sapa buat kambing dia...

      Delete
  7. Assalamualaikum Normala,

    Selamat Hari Raya diucapkan..

    Saya pun suka sangat menanam pokok bunga rose tapi sejak kebeakangan ni cuaca panas so pokok2 rose semua kering.. Sedih... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam LZ. Kat sini 2 minggu pertama puasa panas dan kering. Pas tu hujan sampai sekarang. Habis daun jadi black spot.

      Delete
  8. eeii geramnya ..rasa mcm nak petik2 ja si mawar tu..

    ReplyDelete
  9. Very beautiful! Loveliest roses I have seen thus far :-D These plump and gorgeous roses made me happy. Thank you!!!

    ReplyDelete
  10. Salam aidilfitri Kak Mala & family...Subhanallah...cantik2nya bunga rose kakak ni..suka sangat Julie tengok..terasa cam nak tanam rose je..aduh kesiannya bunga rose kakak tu..harap2 berpucuklah semula, dlu bunga rose Julie mati akibat dimakan kerbau..harap2 bunga rose kakak tu hidup & x merajuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri buat Julie juga. Alhamdulillah pucuk baru dah keluar. lega rasa...

      Delete
  11. Banyak nyer Ros ... KN memang suka ros...wanginyerr..

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah makin merimbun semula dan lagi meriah.
    cantik-cantik koleksi bunga ros Kak Mala. Geram tengok.
    Salam Aidilfitri.
    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  13. banyak dah koleksi pokok rose Mala.cantik dan subur..
    rose akak habis mati kering semasa cuaca panas tempoh hari. kebetulan tiada masa untuk menjaganya kerana akk sakit kaki dan menjaga emak yg sakit. sedih rasanya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yon....terkini ros saya daunnya habis kehitaman sebab hujan yang berterusan lebih dari dua minggu..balik kampung lama pula..jenuh nah pulihkan..

      Delete
  14. As Salam Kak Mala....akak sehat ke? kenapa dah lama tak bersiaran...sunyilah kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bonda, akak sehat..terima kasih kerana terasa kak lama menghilang..bukan apa kak balik kampung lepas raya jaga adik di wad jantung..baru dua hari balik kerumah. Pokok2 tu tak tahu nak cerita macamana..banyak kerja lah jawabnya. Hujan pula tak henti2...nanti kak posting bunga baru..

      Delete
  15. Betul ke x ya...mkn kelopak bunga rose buat bahagian intim wanita tu harum???

    Ruby ada terdgr petua tu

    ReplyDelete
  16. Percaya ke tidak, makan kelopak ros ni sudah akak amalkan dari masa 80an lagi..Ruby dah lahir ke waktu tu..hehee..petua awet muda katanya..kalau untuk harumkan bahagian intim tu tak tahu lah pula...mungkin juga kut..ataupun guna untuk buat air basuhan...

    ReplyDelete
  17. mana nak beli red piano ni..cantik sgt

    ReplyDelete