Tuesday, 15 September 2015

Mandevilla

Pertama kali mendengar nama ini saya terasa macam catchy. Kenapa? sebab bila disebur-sebut berulangkali,  segera teringat kepada nama besar ini -- Nelson Mandela. Namun sayang bunga ini tidak berkaitan lansung dengannya.

Berasal dari Amerika tengah, ia mendapat nama dari seorang diplomat British yang juga seorang botanis yang bernama Hendry John Mandeville.  Mirip dengan bunga Alamanda kerana mereka datang dari keluarga yang sama iaitu Apocynaceae. Namun Mandevilla lebih memikat kerana mempunyai pelbagai warna  yang sangat menarik dari  spesis-spesis  hybridnya.

Kisah saya pula, sangat  teringin memilikinya bila pertama kali melihat  tiga tahun yang lalu. Memandangkan harganya terlalu mahal bagi pokok yang kecil kenit saya pendamkan hasrat itu sehinggalah saya dapat mengesanya di online, Ogos tahun lepas. Punya exited empat pokok sekali hadap dengan harga hampir RM100.00...Konon-konon nak bunga banyak macam ini..

Dek teruja masa tu, malam-malam saya berkeras tangan bikin trellis untuknya. Malangnya beberapa bulan selepas itu satu persatu pokok tersebut mati tanpa sebab. Akhirnya tinggal sepokok sahaja yang survive. Pelbagai cara saya cuba dari tukar tanah hingga kebaja, tetapi Mandevilla terakhir ni tetap begitu-begitu saja. Tak mau berbunga. Kurus melidi walaupun berusaha memanjat ke atas. Waktu itu saya betul-betul fade up..beli mahal-mahal matilah pula...


Untuk mengubat rasa kecewa konon, saya membeli sepokok lagi jenis hybrid daun bulat masa balik kampung awal tahun ini. Merah hati. Puas tawar dapat RM22.00..

Pada masa yang sama terjumpa pula satu nurseri yang menjualnya dengan harga yang sangat murah. Beli lagi.  RM12.00 je..pokok punyalah besar....Duhhh.. kenapa tak datang awal-awal kat sini....semua color ada. Tapi memandangkan budget habis. Beli satu saja....Ruginya saya.....

Berbalik pada kisah Mandevilla yang tinggal sepokok itu. Hampir sebelas bulan berlalu, sekitar July lepas,  barulah ia berputik. Nak sambut raya kut. Sekuntum saja lekat.  Merah cili. Jadi tiga yang mati sebelum ini ialah pink tua , putih dan light pink.

Kesian...nak hadiah juga kenangan  kat saya walaupun tidak sihat.

Saya cuba semai pucuk mudanya..kesinambungan hayat jika hidup

Setelah beberapa siri kegagalan dengan Mandevilla barulah saya pelajari jenis hybrid yang berdaun bulat hijau gelap amat susah berbunga dan membesar. Tapi dari jenis berdaun nipis panjang amat berbaloi dibeli kerana berbunga sepanjang masa....

Lihat, dari mula beli sampai sekarang. Dah hampir  tujuh bulan tak  putus-putus berbunga...

Memanjat bagai juara sampai kebumbung.  Menyesal pula mula-mula beli tahun lepas hentam empat pokok sekali gus...Tapi itulah risiko yang harus saya tanggung bila hati melampau dari fikiran..Harap kawan-kawan gardeners tidak segelojoh saya. Berlajar dari kesilapan...bagaimana,  ada yang berpengalaman teruk macam saya tak? Silalah kongsi bersama...Happy gardening!









15 comments:

  1. sekali pandang macam bunga kemboja kecil ye kak,kak mala memang gigih dengan tanamannya :)

    ReplyDelete
  2. I also thought is Adenium! Cantik Kak Mala!

    ReplyDelete
  3. Memang menawan warna merah itu,
    Tak mustahil hati cepat tertawan.

    Mungkin terkejut agaknya Kak Mala belum dapat sesuaikan diri, lebih-lebih lagi kalau nursery baru dapatkan sahaja dari negara jiran macam Thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Diana, rasanya baru sangat di ambil dari Thailand, nursery tu pun tak sempat nak warm up pokok-pokok tu lagi, tau2 kak dah tergedik-gedik order...
      Kak tengok ada kawan2 fb beli yang jenis berlapis. Cantik sangat. Tapi itulah yang jenis daun tebal ni memang susah nak berbunga...

      Delete
  4. Subhanallah...cukup menawan la kak mala...daun pun cantik..blum penah tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Ana macam2 bunga yang dijual kat nursery kita tak pernah tengok lansung...Tapi itulah sebelum membeli tengok2 dulu...sesuai tak dengan persekitaran kita. Macam kak ni suka sangat bereksperimen...tapi banyak yang gagal...

      Delete
  5. Cantiknya... Saya sangat ingin mencoba menanam mandevilla, tapi entah kapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please beli dan tanam nanti kita boleh saling sharing maklumat penjagaannya...

      Delete
  6. salams kak mala,
    memang cantik bunganya...kalau dah suka harga mahal pun sanggup beli.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasa ralat juga kekadang tu...bila empat2 pokok kiok....

      Delete
  7. Assalamulaiakum Kak Mala,
    SubhanAllah memang sungguh cantik bunga mandevilla ni, esp color merah tu...tengok je terus Julie nak memilikinya juga, menawan sungguh! Nursery jual RM12 je kak, wah nak kirim dgn kakaklah hehe...anyway terima kasih banyak2 kak atas perkongsian info tentang bunga yg sungguh menawan ni, semoga bunga mandevilla kakak semakin subur & cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie...yang RM12.00 tu jangan nak ada la..habis orang beli. Kak ada pergi kali kedua kesitu baru-baru ni..licin dah....mamat Bangla kat situ suruh kak ambil yang jenis daun bulat..oohhh...kita dah terkena. Sorri lah....

      Delete
  8. Assalam,
    Menurut kwn2, yg warna putih tu mmg senang 'galak' berbunga dan mudah membesar; Wallah'ulam.
    Suka tengoklah warna merah tu..mengancam betul.
    Nak beli jugalah nanti kalau terjumpa yg murah2 sikit; memang harga dlm RM12-20 kalau di tempat saya. Barangkali kalau di Cameron Highland mungkin murah lagi.

    ReplyDelete